Written by AbangNara | January 29th, 2013

Permulaan tahun 2013 menjadi satu titik tolak penghijrahan buat Azza Elite. Kalau selama ini Azza  “free hair“, kini dia telah pun membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Comel jugak Abang Nara tengok.

azza elite bertudung

Berkata kepada Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-

Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.

azza elite bertudung

Tahniah kepada Azza Elite atas penghijrahan ini. Pasti suami anda akan bertambah-tambah sayang selepas ini. Untuk anda yang tidak tahu, tahun ini umur Azza sudah pun mencecah 35 tahun. Jadi orang kata memang molek benarlah untuk melakukan perubahan di dalam hidup.

azza elite bertudung

Semoga dengan perubahan ini, rezeki Azza akan dimurahkan dan Azza mendapat apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri iaitu cahaya mata sendiri. Semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Wanita dengan punggung terlebar di dunia.

Written by AbangNara | January 28th, 2013

Dua cerita dalam satu entri. Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.

nazmi faiz

Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.

Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.

rita

Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. Hehehe ~~

P.S: Iklan Ikea Thailand yang fail

Written by serenity | January 28th, 2013

Berita yang hangat pagi ini mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan telah disangkal sendiri oleh suami Rita Rudaini itu melalui MH Online.

Aidil membuat penafian itu melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan. Aidil menambah yang dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.

Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini.

Aidil turut memberitahu dia akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan.

Begitu pula cerita pihak Aidil. Sekarang kita tunggu penjelasan Nazmi pula jika ada. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Written by serenity | January 28th, 2013

Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi.

Kami mengambil tweets yang ditweet ulang oleh beberapa pengguna twitter, oleh sebab itu tweet handles mereka dikaburkan.

Kalau betul ini semua tidak berlaku, kasihan juga Tengku Fiella. Mungkin Nazmi hanya menyebut Aidil Zafuan kerana nama itu yang terlintas di fikirannya.

Apa pun kita tunggu jika Nazmi dan Aidil akan membuat ulasan lanjut berkenaan perkara ini.

Page 5 of 33« First...34567...102030...Last »