Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Satu perkara yang Abang Nara hormat kepada Anzalna ialah keterbukaannya dalam mengakui dirinya sudah berpunya. Kalau selebriti lain bukan main cuba untuk menafikan, Anzalna dengan penuh tenang memberitahu yang Hanif Zaki adalah kekasihnya.

anzalna dan kekasih

Memang sama cantik sama padan kedua-duanya. Sweet je mata memandang. Untunglah Hanif dapat kekasih secantik Anzalna. Semoga cepat-cepat masuk meminang untuk dijadikan mahkota hati. Amboi ~~ Ayat romantis pulak Abang Nara nie. Hehehe.

anzalna dan kekasih

Kepada Anzalna dan Hanif, semoga kekal bahagia buat selama-lamanya. Lagi 9 gambar pasangan bercinta ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Untungnya menjadi insan bernama Nora Danish. Seringkali dapat pergi berjalan-jalan ke luar negara. Kalau bulan lepas Nora Danish bercuti ke Dubai, kali ini Nora berkongsi menerusi Instagram gambarnya berjalan-jalan di sekitar Jepun pula.

nora danish jepun

Tidak diketahui pula tujuan Nora Danish ke Jepun. Kemungkinan besar ada photoshoot kerana tidak terlalu ramai yang mengikuti trip ini. Yang pasti, mesti ramai orang ingat Nora Danish orang Jepun kerana kecantikannya yang setanding dengan wanita-wanita di sana.

nora danish jepun

14 lagi gambar Nora Danish berjalan-jalan di sekitar Jepun dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nora Danish.

 
Written by serenity | January 22nd, 2013

Amar Asyraf terlebih dahulu muncul di kaca televisyen untuk drama ‘Dalam Hati Ada Taman’ yang bersiaran di Astro dengan watak bernama Daniel, tetapi dia lebih dikenali dengan watak Zain Hakim dalam drama slot Akasia di TV3, Setia Hujung Nyawa dengan imej terbaru rambut crew-cut yang kemas.

Boleh dikatakan Amar Asyraf kelihatan lebih kacak bergaya dengan imej terbarunya itu, yang menyebabkan dia mendapat perhatian peminat-peminat wanita. Turut berlakon bersamanya dalam drama tersebut sebagai pelakon wanita utama ialah Nelydia Senrose.

Namun begitu, kalau sekadar minat tiada salahnya, kerana Amar mengakui dia telah bertunang pada Aidilfitri lepas dengan seorang gadis dari Perak yang dirahsiakan namanya. Menurut Amar, dia dan tunangnya telah bercinta selama dua tahun. Lagi beberapa gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Amar Asyraf dan Mangga Online.

 
Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Abang Nara tengah fikir apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki di belakang Nabila Huda. Adakah dia sedang mencekik leher Nabila? Atau mengurut manja leher jenjang itu? Yang penting, Nabila Huda nampak seksi menghiasi muka depan majalah GLAM Lelaki edisi terbaru ini.

nabila huda

Baru-baru ini juga Nabila Huda telah berkongsi menerusi Instagram gambar dirinya ddan rakan-rakan menghadiri konsert We Love Asia. Gaya pemakaian Nabila tak ubah seperti anak dara. Pasti banyak gadis yang mencemburui keseksian bentuk badan Nabila. Ramping sangat-sangat.

nabila huda

Lagi 5 keping gambar Nabila Huda dan rakan-rakan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 33« First...89101112...2030...Last »