Sabtu ini, status Liyana Jasmay akan bertukar daripada “single” kepada “married“. Sebagai persediaan untuk hari bahagianya, semalam telah diadakan majlis malam berinai yang telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat Liyana Jasmay.
Bertemakan Bollywood, antara rakan selebriti yang hadir ialah Nabila Huda, Lisa Surihani dan Umie Aida. Majlis malam berinai ini nampak sangat meriah. Yang pasti, Liyana Jasmay confirm sedang berdebar-debar menunggu detik pernikahannya pagi Sabtu kelak.
Lagi 12 gambar malam berinai Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Lama tidak mendengar khabar terkini Yasmin Hani. Semenjak berkahwin, Yasmin kurang tampil menghiasi drama-drama tempatan. Bukan diam sebarang diam, rupa-rupanya Yasmin Hani sibuk di belakang tabir dan terlibat dengan penerbitan telemovie Laksam Girl.
Agak menarik juga telemovie Laksa Girl yang bakal ditayangkan Sabtu ini (2 Februari) bermula jam 9 pagi sehingga 11 pagi di saluran Astro Ceria (611). Mengisahkan tentang Dahlia, yang taksub dengan Kpop. Dahlia belajar memasak bersungguh-sungguh daripada datuknya untuk memenangi pakej percutian ke Korea. Adakah Dahlia akan berjaya? Nak tahu kenalah tengok cerita Laksam Girl ini.
Daripada video promo di atas nampak jalan ceritanya agak menarik dan penuh kelucuan. Abang Nara nak suruh anak-anak saudara Abang Nara tengok. Bolehlah mereka belajar tentang usaha keras, cita-cita dan impian. Tak adalah asyik tengok Ultraman Max yang tak ada faedah tue. Tak gitu?
Agak menarik kesedaran yang ditunjukkan oleh orang ramai yang beragama Islam mengenai drama Sahara yang bakal (sudah) ditayangkan di Astro Prima. Ramai yang tidak berpuas hati dengan imej wanita berniqab yang ditunjukkan menerusi promo drama tersebut.
Malah menerusi Facebook Zaharuddin.net, Ustaz Zaharuddin turut sama mengecam tindakan pengarah drama ini yang mempamerkan imej wanita berhijab dengan gambaran yang salah. Kata beliau:-
Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.
Video promo drama Sahara untuk tatapan anda di bawah:-
Facebook Hentikan Drama Sahara kini telah mendapat kira-kira 7,000 LIKES dan angka tersebut terus meningkat setiap masa. Bagi Abang Nara seharusnya pihak yang terbabit dengan drama ini lebih peka serta memahami sensitivi umat Islam di Malaysia dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
P.S: Trip ke Korea promosi utk bulan 3 ni ada tinggal BEBERAPA seat sahaja! .LIKE Facebook Pelangibonda! untuk info lanjut.
Kalau tak silap, sudah lebih sebulan Apek dan Leuniey bergelar suami isteri. Pastinya masih dalam fasa berbulan madu. Abang Nara suka skodeng gambar-gambar mereka berdua kerana keromantisan yang dipaparkan.
Boleh tahan kelakar dan gila-gila jugak posing pasangan suami isteri. Jelas terserlah kebahagiaan mereka. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Pastinya ramai yang mendoakan agar mereka berdua cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Confirm comel!!!
9 lagi gambar Apek dan Leuniey selepas bergelar suami isteri dengan membaca entri ini sepenuhnya.