Written by AbangNara | December 27th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang “taste” Zul Ariffin selepas dia membuat pengakuan mencintai Gayatri Su-Lin Pillai yang lebih tua daripadanya. Mana taknya, sebelum ini Zul juga pernah mempunyai hubungan dengan Abby Abadi yang juga lebih tua berbanding dirinya.

zul ariffin

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Zul menafikan yang dirinya meminati wanita lebih tua. Menurut Zul, dia tertaarik dengan Gayatri kerana personalitinya, bukan usia. Kata Zul:-

Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya. Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa.

zul ariffin

Nak buat macam mana kan Zul jatuh cinta dengan wanita lebih tua. Asalkan bahagia sudah lah. Lagipun wanita lebih berusia memang lebih matang dan cara berfikir lebih bagus. Tak gitu? Apa kata anda?

Written by AbangNara | December 27th, 2012

Semalam, seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol anak tirinya. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Februari 2012. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.
ruffedgeBagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
ruffedge Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. “Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. Laporan asal Sinar Harian.

P.S: Budak darjah 6 minta restu untuk bercinta

Written by AbangNara | December 27th, 2012

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi. Namun begitu, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang gambar ketika majlis pernikahan mereka berlangsung. Terima kasih kepada The Photolicious, kini pembaca BeautifulNara dapat melihat betapa berserinya mereka berdua di hari bahagia.

gambar nikah fazurina

Abang Nara membaca komen-komen anda mengenai kepentingan restu seorang ibu di dalam entri sebelum ini. Agak menarik juga. Ada pembaca yang berkongsi pengalaman hidup mereka sendiri. Ada yang bahagia, dan ada yang sengsara. Sila ke entri ini untuk membaca komen-komen daripada pembaca BeautifulNara.

gambar nikah fazurina

Bagi Abang Nara, restu ibu nak tak nak memang perlu didapatkan. Sekarang ini mereka sudah pun bergelar suami isteri. Jadi Fazurina dan Hykal perlu berusaha untuk memenangi hati si ibu. Selalulah datang melawat, bawak buah tangan dan sentiasa bertanya khabar. Insya-Allah suatu hari nanti pintu hati si ibu akan terbuka jua.

gambar nikah fazurina

Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat. Kredit gambar kepada Facebook The Photolicious.

P.S: Permohonan pakej komunikasi rebat RM200 untuk belia

Written by serenity | December 26th, 2012

Pernah ada pembaca BeautifulNara.com yang meminta untuk kami menampilkan gambar terbaru bekas penyanyi kelahiran TV3, Eisya yang terkenal dengan lagunya yang bertajuk Nurani. Tak pernah dengar lagu Nurani? Silakan ke YouTube. Kebetulan pula kami ada menerima gambar Eisya yang terbaru jadi kami kongsikan gambar-gambar beliau dengan anda di sini.

Buat pengetahuan anda, Eisya sudah bersara dari nyanyian sejak berkahwin dengan suaminya, malah semalam pada hari Krismas, genap sepuluh tahun perkahwinan mereka. Hasil perkongsian hidup mereka, telah dikurniakan dengan tiga orang anak, dua lelaki dan yang bongsu perempuan.

Jadi kepada peminat Eisya yang pernah menghubungi kami untuk perkembangan terbaru Eisya, diharap berpuas hati dengan gambar-gambar ini. Apa yang nyata, Eisya tetap maintain comel dan muda walaupun sudah memasuki umur 3.0 series.

Page 5 of 29« First...34567...1020...Last »