Written by AbangNara | December 28th, 2012

Setelah selesai akad nikah, sudah pasti perkara yang ditunggu-tunggu ialah menyarungkan cincin ke jari suami/isteri tercinta. Di mata Abang Nara, Apek dan Leuniey ini memang sama cantik dan sama padan. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke syurga.

apek dan leuniey

Tak sabar rasanya untuk menunggu majlis resepsi perkahwinan mereka berdua kelak. Confirm lagi meriah dan gilang gemilang punya. 4 lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Apek dan Leuniey dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar BuahMulut.

 
Written by AbangNara | December 28th, 2012

Pastinya Apek teruja melihat kecantikan isterinya di dalam busana pernikahan rekaan Ezuwan Ismail. Memang menawan sungguh. Terserlah kejelitaan Leuniey yang membuatkan hati Apek jatuh cinta padanya.

leuniey

Diharap Apek dapat bersabar melihat kecantikan isteri sendiri. Jangan gelojoh sangat. Hehehe. Apa pun jutaan tahniah kepada mereka berdua yang telah pun sah bergelar suami isteri. Semoga dengan perkahwinan ini kehidupan mereka akan lebih tenang dan bebas daripada kontroversi.

leuniey

8 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Apek dan Leuniey dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Ezuwan Ismail dan Instagram Media Hiburan.

 
Written by AbangNara | December 28th, 2012

Kira-kira jam 10 pagi tadi, telah pun berlangsung majlis pernikahan di antara Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Eilunie Natasha Nazri. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

gambar nikah apek

Kedua-dua mempelai memang tampak sama cantik dan sama padan. Nantikan sebentar lagi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Apek dan Leuniey untuk tatapan anda. Jutaan tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka berdua.

gambar nikah apek

P.S: Dapatkan harga Year End Sale daripada BlissCandid untuk merakamkan detik-detik indah hari perkahwinan anda. Murah dan sangat berbaloi dengan kualiti yang diberikan. Hantar email ke blisscandid@gmail.com atau LIKE Facebook BlissCandid untuk info lanjut.

Written by serenity | December 27th, 2012

Menurut pelakon Eina Azman yang mula dikenali ramai sejak membintangi drama Mimpi Cinderella, dirinya dan hero drama tersebut iaitu Afiq Muiz tidak bercinta. Ini ialah lanjutan dari gosip yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang menyatakan pasangan ini dilihat keluar bersama dan  bermesraan dalam cara yang memualkan di Sunway Piramid baru-baru ini.

Apabila empunya diri beria-ia menafikan mungkin juga ada kebenarannya. Bagaimanapun, tertarik juga kami kerana memang rajin sekali Eina Azman memuat naik gambarnya bersama Afiq Muiz di Twitter.

Photobucket
Photobucket

Kalau dah bergambar mesra begini dan disebarkan pula di Twitter, malah ada mata yang pernah nampak mereka keluar bersama bagaimana pula tidak timbul gosip yang mereka berdua bercinta, tak gitu? Buat pengetahuan anda Eina Azman dan Afiq Muiz digandingkan sebagai pelakon utama dalam drama TV3, Mimpi Cinderella yang telah sampai episod akhir malam 25 Disember lepas.

Kalau bercinta pun rasa tak ada salah di mana-mana memandangkan keduanya bukanlah berstatus suami atau isteri orang, tak gitu? Gituuuuuu! Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Twitter Eina Azman.

***

Teater “Bah Tilot” akan dipentaskan di Auditorium JKKN Negeri Sembilan pada 29 dan 30 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad) pukul 8.30 malam. Teater ini diarahkan oleh Khamsah Abdullah dan dibintangi oleh Muhd Anil Miraj, Ayu Zahira dan ramai lagi. Orang ramai dijemput menonton teater ini. Masuk adalah PERCUMA.

Maklumat lanjut, hubungi JKKN Negeri Sembilan di 06-767 6793/763 6308.

 
Page 4 of 29« First...23456...1020...Last »