Written by AbangNara | November 1st, 2012

Nampaknya usaha untuk mencari bapa kandung Diana Danielle telah berakhir dengan kegagalan. Menurut Media Hiburan, Sabtu ini Diana Danielle bakal berwalikan hakim untuk majlis pernikahannya bersama Farid Kamil. Sebelum ini, usaha mencari ayah kandung Diana Danielle telah dilakukan dengan begitu gigih termasuk membuat iklan di suratkhabar.
diana danielle nikah

Kalau dah tak dapat jumpa nak buat macam mana kan? Yang penting pernikahan yang bakal dilakukan tetap sah di sisi agama. Walaupun pasti ada rasa terkilan, Abang Nara berharap agar berita kurang gembira ini tidak menganggu persiapan perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil.

P.S: Serangga seperti diselaputi kristal apabila terkena titisan air.

Written by AbangNara | November 1st, 2012

Rasanya semua orang kenal insan bernama Zaiton Sameon. Popular dengan lagu Menaruh Harapan, kisah hidup Zaiton Sameon telah diceritakan di dalam filem yang diberi tajuk Zaiton Ceritaku ini. Filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

zaiton ceritaku

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah benar cerita Zaiton Sameon menjadi “gila” pada satu ketika dulu. Kesemuanya akan terjawab di dalam filem ini. Abang Nara masih tak sempat tengok tetapi daripada apa yang didengar, filem ini sangat menyentuh perasaan.

Kalau berkesempatan, marilah kita beramai-ramai ke pawagam untuk menonton sebuah filem kehidupan penyanyi popular ini. Pasti banyak kisah hidupnya yang kita tidak ketahui diceritakan menerusi filem ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/ZaitonCeritaku.

Written by AbangNara | November 1st, 2012

Masih ingat lagi dengan gambar-gambar kehamilan Zahnita Wilson yang Abang Nara pernah kongsikan tidak lama dulu? Kini Zahnita telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan seorang bayi perempuan. Tahniah diucapkan.

zahnita wilson

Menurut portal GUA, bayi kedua hasil perkahwinan Zahnita dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor ini diberikan nama Zasha. Zahnita telah mendirikan rumahtangga ketika berusia 20 tahun dan mendapat seorang cahaya mata lelaki bernama Zahra Feena yang kini berusia 6 tahun.

anak zahnita

Semoga dengan kelahiran cahaya mata perempuan ini akan menceriakan dan memeriahkan lagi kehidupan Zahnita sekeluarga. Pasti si bayi secomel emaknya. Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan.

P.S: Kreatif gila!!! Pensel vs kamera.

Written by AbangNara | November 1st, 2012

Berita ini pasti mengecewakan peminat Yana Samsudin dan Shaheizy Sam yang berhempas pulas mengundi lagu “Begini Caranya” sehingga sampai ke peringkat separuh akhir AJL27. Lagu duet mereka ini akan dinyanyikan oleh Ajai dan Marsha.

yana dan sam

Menurut Shaheizy Sam, dia merasakan tidak sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut kerana dirinya lebih kepada seorang pelakon berbanding penyanyi. Kata Sam kepada Kosmo:-

Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.

Hmmmm. Pelik jugak. Mungkin Sam tak yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk menyanyi secara live. Agaknya Sam tak biasa berada di atas pentas. Maybe takut suara yang keluar secara live berbeza dengan apa yang dirakam di dalam studio. Apa pun semoga keputusan yang dibuat ini akan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

P.S: Kompleks sukan air bertukar kepada taman tema.

Page 32 of 32« First...1020...2829303132