Written by AbangNara | November 3rd, 2012

Sebentar tadi bertempat di Hotel Flamingo Ampang, majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle telah berlangsung. Mereka berdua kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

gambar nikah diana danielle

Pengantin lelaki telah membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh 7 dulang oleh pengantin perempuan. Mas kahwin adalah sebanyak RM10,000. Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan pengantin serba putih.

Written by serenity | November 2nd, 2012

Adakah anda masih ingat dengan Pertandingan Lagu Melayu Antarabangsa yang mula diperkenalkan tahun lepas? Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini yang dibuka khusus kepada warga asing mempertandingkan bakat mereka dalam membawakan lagu-lagu ciptaan komposer Malaysia dengan lirik berbahasa Melayu. Namun, kalau tahun lepas peserta dari Yaman memenangi kategori lelaki manakala peserta dari Kemboja memenangi kategori wanita, tahun ini sepuluh orang peserta dari sepuluh buah negara akan berentap untuk mendapat gelaran juara Pertandingan Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2012.

Peserta-peserta yang telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir kali ini ialah Uleh Chika Kingsley dari Nigeria, Ameen Mohammed Ammen dari Iraq, Oliver Ng Tat Chung dari Mauritius, Rene Mark Barrow dari United Kingdom, dan Noreldin Mohamed Taha Mansor dari Sudan untuk Kategori Lelaki.

Manakala untuk Kategori Wanita, lima peserta yang terpilih ke peringkat akhir ialah Zhao Chen dari China, Tebogo Amogelang Mokone dari Botswana, Choi Hye Min dari Korea, Sonam Dolma Lama dari Nepal dan Paing Patrya dari Kemboja.

Tuliskan dalam diari anda, Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2012  bakal berlangsung pada hari Sabtu, 3 November 2012, pukul 8.00 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Kalau tak berkesempatan menonton secara langsung, anda juga boleh menonton siaran langsung pertandingan ini di TV2 mulai jam 9.00 malam.

Untuk pengetahuan anda, penganjuran PALMA 2012 ialah yang untuk tahun kedua selepas kejayaan penganjuran pada tahun lepas. Seperti tahun sebelumnya pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta bukan warganegara dan ia mendapat maklum balas positif daripada warga asing yang terdiri daripada pekerja kedutaan dan suruhanjaya tinggi, perwakilan negara luar termasuklah yang sedang berkhidmat di sektor swasta serta kakitangan dan pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).

Selain mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai perhubungan rasmi di persada dunia melalui pembudayaan bahasa, pertandingan ini juga diadakan bagi mengembangkan populariti lagu Melayu ke luar negara. Ia bermatlamat untuk membuahkan hasil yang baik serta dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sayang akan bahasanya sendiri.

Bagaimana, hebatkah warga-warga asing ini menyanyikan lagu melayu? Saksikan prebiu di sini:-

Written by AbangNara | November 2nd, 2012

Terlalu cantik gambar yang diambil oleh Annas Easkey ini sehingga Abang Nara terasa wajib untuk kongsikannya dengan anda semua. Daripada apa yang diberitahu, gambar-gambar ini diambil untuk kad perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil. Kalau tak silap, temanya adalah retro iaitu Saloma dan P. Ramlee.

annas easkey

Lagi 4 keping gambar bakal mempelai ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook AnnasEaskeyPhotography.

 
Written by AbangNara | November 2nd, 2012

Wow. Nampaknya artis Kpop begitu laku sekali sehinggakan dijemput khas untuk datang ke Malaysia membuat persembahan. Sebelum ini sudah kecoh mengenai pembayaran artis Kpop yang mencecah jutaan ringgit di Hari Belia, kali ini kumpulan Nu’Est dan Vixx akan diterbangkan sempena Shout Awards.

kumpulan kpop

Abang Nara tak berapa kenal kumpulan Nu’Est dan Vixx ini. Rasanya tak adalah berapa popular sangat pun kat Korea kumpulan ini. Boleh jadi mereka memang popular tetapi Abang Nara je yang tak tahu. Menurut penganjur Shout Awards, kedua-dua kumpulan ini dijemput berdasarkan cadangan oleh peminat menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

kumpulan kpop

Sememangnya tanggungjawab penganjur untuk mengikut citarasa peminat. Namun Abang Nara rasa tak perlulah nak mengikut kehendak mereka 100%. Cukup-cukuplah artis Kpop selalu datang buat konsert di Malaysia ini. Rasanya tak perlu lagi beri peluang yang begitu banyak kepada mereka.

kumpulan kpop

Bagi Abang Nara, lebih baik beri peluang kepada artis-artis tempatan untuk membuat persembahan. Namun kata orang, kalau tak ada demand, tak adalah supplynya kan? Mungkin di masa depan pihak penganjur perlu lebih tegas dan tidak mengikut kehendak peminat sangat. Apa kata anda?

P.S: Udang Halloween!!!

Page 30 of 32« First...1020...2829303132