Written by AbangNara | November 28th, 2012

Lama rasanya tidak menulis mengenai Abby Abadi. Ada sesiapa yang rindu kepada insan ini? Hari ini, Abby Abadi menerusi akaun Twitternya sempat memberikan tazkirah ringkas kepada rakan-rakan artisnya. Kata Abby, artis Malaysia perlu sedar yang mereka selama ini dijauhkan daripada agama.

abby abadi

Abang Nara memang suka kalau orang bagi peringatan. Manusia kan mudah lupa. Cuma bagi Abang Nara ayat yang digunakan oleh Abby nampak agak kasar. Mungkin Abby perlu belajar cara teguran yang lebih berhemah.

abby abadi

Abby Abadi juga turut sempat menyelitkan sentimen politik di dalam tazkirah ringkasnya. Hmmm. Abang Nara no komen. Kang tak pasal-pasal kena tangkap sebab salah bagi komen.

abby abadi

Turut diselitkan sedikit pesanan buat Zed Zaidi yang merupakan Presiden Seniman.

abby abadi

Abang Nara pasti ramai di luar sana yang mengikuti akaun Twitter Abby Abadi. Abang Nara baca ramai yang tidak puas hati dengan kata-kata Abby Abadi. Mungkin kerana Abby mencampuradukkan politik di dalam nasihatnya. Abang Nara pasti ada teknik yang lebih sesuai untuk Abby Abadi memberi teguran kepada rakan-rakan artisnya. Tak gitu?

Written by AbangNara | November 28th, 2012

Nasib baik Abang Nara terbaca komen seorang pembaca BeautifulNara yang menyatakan Fazura turut hadir ke Shout Awards 2012. Dengan pantas Abang Nara terus mencari gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh tuan punya badan menerusi Instagram. Memang Fazura sangat-sangat dazzling di malam itu.

fazura shout awards

Baru-baru ini juga Fazura telah menghadiri satu program yang diberi nama “Bahagia & Membahagiakan”. Kehadiran Fazura di program tersebut dengan bertudung dan berjubah ternyata menarik perhatian ramai. Adakah Fazura sedang mempersiapkan diri untuk menempuh alam perkahwinan?

fazura shout awards

4 lagi gambar Nur Fazura di Shout Awards 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Mesej untuk semua pengguna telefon bimbit.

 
Written by AbangNara | November 28th, 2012

Abang Nara baru perasan yang diri ini tidak berkongsi gambar-gambar sekitar majlis Shout Awards 2012 baru-baru ini. Mungkin majlis ini terlalu urban untuk Abang Nara yang hanyalah orang kampung sahaja. Orang bandar suka la kot majlis sebegini.

izara aishah

Antara selebriti wanita yang hadir di malam itu ialah Izara Aishah, Yuna, Siti Saleha, Nora Danish dan Sara Ali. Paling menarik sudah tentu apabila Izara Aishah tampil memegang erat tangan Farid Kamil ketika menyampaikan anugerah. Confirm Diana Danielle terbakar tengok. Hehehe.

izara aishah

Lagi 13 keping gambar selebriti-selebriti wanita di malam Shout Awards 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar BuahMulut.

 
Written by AbangNara | November 28th, 2012

Setiap orang ada ketakutan mereka yang tersendiri. Ada yang takut lipas. Ada yang tak boleh tengok kucing. Lelaki kacak seperti Abang Nara pun ada kelemahannya. Abang Nara takut dengan ketinggian.

fear factor

Nampak tak muka cuak Abang Nara di atas? Gambar ini diambil ketika Abang Nara cuba menaiki permainan “anti gravity” kat Sunway Lagoon. Menatang alah ini akan ditolak tinggi ke atas udara dalam masa beberapa saat sahaja. Memang seram gila!!!
fear factor
Lutut Abang Nara terketar-ketar masa ini. Akibatnya, dengan muka tak malu, Abang Nara suruh wife je gantikan. Abang Nara memang takut sangat-sangat dengan ketinggian. Pernah masa kat Korea pergi theme park Everland, Abang Nara menangis bagai nak rak bila naik roller coaster dan pirate ship.
fear factor
Jadi apabila Abang Nara tahu yang 30 orang selebriti Malaysia memasuki pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia, Abang Nara rasa teruja sangat. Selama ini diorang nampak macam hebat dan kool je kan? Menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia ini, confirm segala rahsia ketakutan mereka akan diketahui. Yeah ~~
fear factor
Dihoskan oleh pelakon kacak (tapi Abang Nara lebih kacak) Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia telah pun menjalani penggambaran di Cape Town baru-baru ini. Lasak tak lasaklah penggambaran yang dilakukan sampai Aaron Aziz yang tough nie pun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Nasib baik dah sembuh dah.
fear factor
Selebriti pilihan Abang Nara untuk Fear Factor Selebriti Malaysia tak lain tak bukan ialah Jehan Miskin. Badan tough, muka kacak, nampak aktif bersukan dan tak takutkan apa-apa. Rasa-rasa macam Jehan boleh menang je. Kalau tak menang pun, confirm masuk final punya.
fear factor
Antara selebriti lain yang turut join Fear Factor Selebriti Malaysia ini ialah Elfira Loy, Dafi, Johan As’ari, Didie Alias, Kaka dan ramai lagilah. 30 orang ini dibahagikan kepada 13 kumpulan dan akan berentap sesama sendiri. Hanya mereka yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal tertinggi akan layak bergelar juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
fear factor
Siapakah yang akan layak ke pusingan seterusnya? Siapakah yang akan tersingkir? Abang Nara harap Elfira Loy bertahan lama sikit. Boleh tengok aksi comel dia lama-lama. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Fear Factor Malaysia dan website Fear Factor Malaysia.

Page 3 of 3212345...102030...Last »