Written by AbangNara | November 12th, 2012

Sedar tak sedar sudah 4 tahun rupanya Abang Nara menulis di BeautifulNara ini. Dengan hanya 100 pembaca sehari pada tahun 2008, kini BeautifulNara adalah 10 daripada laman web Malaysia yang paling banyak dilawati.

BEAUTIFULNARA

Pertengahan tahun 2012, Abang Nara mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberikan 100% fokus terhadap BeautifulNara. Senang cerita, Abang Nara kini ialah full time blogger. Nampak macam seronok kerana bekerja sendiri, tetapi hakikatnya agak sukar lebih-lebih kini Abang Nara sudah pun bergelar seorang ayah.

beautifulnara

Kadang-kadang bila nak update blog, si anak tiba-tiba buat muka manja nak berdukung. Bila idea datang, si anak menangis nakkan susu. Wife Abang Nara sekarang ini pula tiada di rumah sebab tengah menjalani kursus kerja selama 3 bulan. Memang kelam kabut dibuatnya.

BEAUTIFULNARA

Ketika si anak sudah tidur, Abang Nara dengan pantasnya akan update berita terkini untuk pembaca BeautifulNara. Abang Nara cuba menulis dengan gaya santai untuk menghiburkan pembaca. Kadang-kadang cuba buat lawak untuk membuatkan anda tergelak. Abang Nara cuba yang terbaik untuk anda semua.

beautifulnara

Kadang-kadang penat juga kerana terpaksa menapis komen-komen melampau yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara. Ditambah pula dengan email-email daripada orang tidak dikenali yang berkongsi pendapat tentang industri hiburan negara. Semuanya Abang Nara baca dan kongsikan di BeautifulNara sekiranya bersesuaian.

BEAUTIFULNARA

Selalunya jemputan ke majlis-majlis tertentu pun terpaksa tidak pergi kerana komitmen terhadap keluarga. Bukan sombong, cuma anak masih kecil dan masih perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Diharap tiada yang salah sangka. Mana yang sempat hadir, akan Abang Nara pergi jika keadaan mengizinkan.

BEAUTIFULNARA

Inilah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan Abang Nara sebagai seorang full time blogger. Masih baru dan masih banyak yang kena dipelajari. Abang Nara dah kongsikan cerita ini di www.projectlisten.com.my. Kongsikan cerita anda di sana juga!!!

Written by AbangNara | November 12th, 2012

Abang Nara tak ada lagi ke gambar nikah Diana Danielle ngan Farid Kamil? Tak puas lah tengok kecomelan diorang berdua. Cemburu sangat-sangat.” Itulah antara kata-kata yang sering Abang Nara terima menerusi email dan Facebook. Nampaknya ramai yang mahukan lebih banyak gambar detik-detik bahagia Farid Kamil dan Diana Danielle.

diana danielle farid kamil

Untuk tidak menghampakan anda, Carlos Nizam Photography yang merupakan salah seorang jurugambar rasmi untuk majlis pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil telah berkongsi gambar-gambar ekslusif ketika majlis berlangsung. Abang Nara suka sangat-sangat semua gambar yang diambil. Awesome gila-gila kot!!!

diana danielle farid kamil

Lagi 15 keping gambar sekitar majlis pernikahan DD dan FK dengan membaca entri ini sepenuhnya. LIKE Facebook Carlos Nizam Photography dan lawati laman web Carlos Nizam sebagai tanda terima kasih anda.

 
Written by AbangNara | November 12th, 2012

Maaf agak lambat mengupdate gambar-gambar red carpet Anugerah Skrin 2012. Memang sengaja buat anda semua tertunggu-tunggu. Lagipun kehambaran Anugerah Skrin 2012 membuatkan Abang Nara terasa agak kurang bersemangat untuk berkongsi gambar-gambar di malam tersebut.

red carpet ask2012

Namun untuk tidak menghampakan anda yang pastinya teringin melihat keanggunan dan kekacakan selebriti Malaysia dengan pakaian bertemakan “Fairy Tale”, Abang Nara kongsikan juga untuk tatapan anda semua. Abang Nara paling suka pakaian Nora Danish sebagai Puteri Hang Li Po ketika menyampaikan hadiah. Sesuai sangat.

nora danish

Lagi 61 keping gambar sekitar red carpet ASK2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 12th, 2012

Wow. Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

shila amzah

Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.

Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang.

Bagi Abang Nara, pasti ada sebabnya harga sebegini yang dikenakan oleh pengurusan Shila Amzah. Abang Nara yakin mereka yang mendapatkan khidmat Shila akan berpuas hati dengan bayaran yang dikeluarkan. Lagipun nama Shila sekarang memang makin popular. Jadi memanglah mahal sikit kan?

P.S: Lukisan dinding yang super realistik

Page 20 of 32« First...10...1819202122...30...Last »