Written by AbangNara | November 29th, 2012

Majalah GLAM dan GLAM Lelaki adalah antara 2 buah majalah yang paling popular di Malaysia. Kalau tak silap Abang Nara, setiap tahun pihak GLAM akan mengadakan majlis anugerah Most Glam & Most Stylish untuk selebriti-selebriti popular Malaysia.

most glam

Di antara selebriti yang hadir ialah Izara Aishah, Ummi Nazeera, Rosyam Noor, Sazzy Falak dan ramai lagi. Kesemuanya hadir dengan pakaian yang super duper glamour. Memang cantik menarik dan tertarik sungguh.

most glam

Diharap tahun depan pihak GLAM sudi menjemput Abang Nara. Bolehlah tangkap gambar yang lebih cantik untuk pembaca BeautifulNara. Lagi 8 keping gambar yang diambil daripada Instagram dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Prank paling dasyat di dalam lif.

 
Written by AbangNara | November 29th, 2012

Wow. Abang Nara baru tahu mengenai hal ini. Terkejut juga apabila mendengar kata-kata yang tidak sepatutnya terkeluar daripada sebuah kumpulan sehebat Bunkface. Habis teruk kena hentam Kpop. Confirm peminat Kpop mengamuk punya

bunkface kpop

Antara kata-kata yang dikeluarkan ialah:-

SAM: jangan dengar K Pop, ko tau dorang miming tak? diorang miming, diorang buat plastic surgery, lepastu korang bajet diorang handsome
YOUK: kitorang ni yang penat2 buat band, susah payah main cari chord, belajar susah2, dorang senang joget2, mekap2 sket, dah dapat juta2 duit..kitorang xpuas hati
PAAN: support la local, nak kawin pun duit takdak bagi diorang buat apa

Kalau korang tengok video di atas, semua kata-kata itu bermula pada minit 7.20. Abang Nara rasa tak perlu kot Bunkface buat macam ini. Sepatutnya belajar daripada Kpop macam mana mereka mampu menawan jutaan hati penduduk seluruh dunia. Kalau setakat condemn tak ada gunanya jugak kan?

Written by AbangNara | November 29th, 2012

Sebelum apa-apa, tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasukan Malaysia yang berjaya membaham Laos 4-1 semalam. Walaupun Apek kelihatan kecewa tidak diturunkan sebagai penjaga gol , kekacakan Apek ketika difokus oleh kamera semalam jelas terserlah.

apek dan leuniey nona

Kepada pengguna Android dan iPhone, tahukah anda yang anda boleh membaca majalah Nona dan apa sahaja bahan bacaan terbitan Karangkraf di telefon anda? Pembelian boleh dilakukan di website Emall Karangkraf tetapi pembacaan HANYA boleh dilakukan di telefon dan tablet anda. Sila search app “Emall” (logo app di bawah) di Google Store dan iStore anda.

apek dan leuniey nona

P.S: Harga di Emall Karangkeraf lebih murah daripada di kedai. Contohnya majalah Nona kalau beli di kedai ialah RM8.90 tapi kalau di Emall Karangkraf cuma RM7.15.

Written by AbangNara | November 29th, 2012

Akhirnya Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah sepakat untuk menamakan anak perempuan mereka Naira Mikayla. Cantik sungguh nama tersebut. Abang Nara masih tak sempat mencari apa maksudnya, tapi Abang Nara yakin maksudnya secantik sebutannya.

anak nabil ahmad

Dalam perkembangan terkini kerjaya Nabil, khabarnya Nabil tidak akan menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM. Kemungkinanta besar Nabil mahu meluangkan lebih masa bersama anak tercinta. Abang Nara pasti Nabil sedang excited untuk menjaga anaknya.

anak nabil

Semoga Naira Mikayla membesar menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya. Sama-sama kita doakan.

P.S: Video burung nuri sedang mengorat

Page 2 of 3212345...102030...Last »