Written by AbangNara | November 30th, 2012

Lama tak mendengar cerita terbaru angkasawan negara kita ini. Yang terbaru, Sheikh Muszaphar, Dr Halina dan anak mereka, Bella telah pun pergi menunaikan umrah. Seronok Abang Nara melihat gelak si cilik Bella menerusi gambar yang telah dikongsikan oleh Dr Halina di blognya, Barelysupermommy.

dr halina

Untuk anda yang tidak tahu, Dr Halina kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan Sheikh Muszaphar. Semoga kandungan tersebut akan membesar dengan sihat dan dipermudahkan ketika kelahiran nanti. Harap-harap dapat anak lelaki untuk melengkapkan keluarga mereka.

dr halina

Lagi 6 keping gambar Sheikh Muszaphar dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 30th, 2012

Tiada info menarik yang boleh Abang Nara kongsikan dengan anda di hari Jumaat ini. Jadi untuk membuang masa yang sememangnya terbuang akibat kemalasan, marilah kita membuat undian yang mana satu pilihan hati anda di antara Maya Karin dan Izara Aishah.

maya karin izara aishah

Undian ini sekadar suka-suka sahaja. Tak perlu nak serius-serius sangat. Kedua-dua pelakon hebat ini telah bertemu ketika majlis Most Glam & Most Stylish 2012. Pasti sukar membuat keputusan sekiranya disuruh memilih salah seorang.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Maya Karin? Izara Aishah? Kalau Abang Nara, sudah tentu setia pada Neelofa. Hahaha (gurau-gurau jer ek, jangan marah).

Written by AbangNara | November 30th, 2012

Menjadi lelaki bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila dah jadi seorang suami dan ayah. Kena perlu banyak tenaga untuk uruskan hal keluarga. Nak angkat barang dapur, nak main dengan anak, nak drive kereta dan macam-macam lagilah.

nu prep tongkat ali

Bila waktu siang dah gunakan tenaga yang banyak, pukul 9 malam je Abang Nara dah kepenatan. Terbaring tido sambil berdengkur. Abang Nara tak ambil apa-apa supplement sebab banyak sangat sampai tak tahu nak pilih apa. Pening kepala dibuatnya.

nu prep tongkat ali

Tapi ada sorang member Abang Nara nie (gambar seperti di atas) memang macam tak kenal erti penat. Futsal join, badminton main, jaga anak pun jaga anak, siang kerja tapi tenaga tue sentiasa ada je. Abang Nara terus korek rahsia dia. Tup-tup dia tunjuk supplement yang dia makan.

nu prep tongkat ali

Nu-Prep Tongkat Ali. Abang Nara skeptical pada mulanya. Selama ini Abang Nara selalu minum air tongkat ali panas kat kedai mamak tapi tak ada kesan apa-apa. Disebabkan kawan Abang Nara kata yang Nu-Prep Tongkat Ali ini disarankan oleh pakar sakit tuan, Dr. Ismail Thamby, terus tanpa ragu Abang Nara beli dan cuba.

nu prep tongkat ali

Seperti yang disarankan, Abang Nara telan 2 biji Nu-Prep Tongkat Ali selepas mengambil sarapan. Sebotol Nu-Prep mengandungi 60 biji pil, jadi ianya boleh tahan untuk sebulan. Nu-Prep diekstrak daripada akar tongkat ali yang asli untuk memastikan kualiti yang maksimum. Ini bukan tongkat ali yang biasa-biasa kerana Nu-Prep dihasilkan menerusi kajian saintifik yang mendalam.

nu prep tongkat ali

Paling penting bagi Abang Nara, Nu-Prep Tongkat Ali ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekarang ini kan banyak sangat supplement produk di Malaysia yang tak tahu entah dari mana datangnya. Kalau silap makan, memang boleh bawa maut. Jadi sijil kelulusan ini memang sangat penting. Abang Nara taknak mati sia-sia.

nu prep tongkat ali

Minggu pertama makan Nu-Prep Tongkat Ali, Abang Nara masih tak terasa kesannya. Mungkin badan Abang Nara masih dalam proses pembiasaan. Masuk minggu kedua, tiba-tiba badan Abang Nara terasa lebih bertenaga. Antara impaknya ialah:-
1. Abang Nara dah tak tidur siang. Selalu kena power nap pukul 3 untuk recharge tenaga, tapi sekarang tidak lagi.
2. Lepas Subuh dah tak tidur. Before this memang rasa nak sambung tidur lepas sembahyang, tapi sekarang lepas sembahyang terus bangun jaga anak.
3. Mata lebih segar dan fokus ketika memandu. Ini serius sangat best. Selalu kalau drive jauh-jauh mata cepat mengantuk. Sekarang tidak lagi ~~
4. Tenaga yang banyak berlebihan sampai terpaksa lari thread mill di waktu pagi dan petang.
5. Makan sikit dah kenyang. Jimat beras Abang Nara.
6. Secara saintifiknya, Nu-Prep Tongkat Ali melancarkan peredaran darah. Jadi disebabkan itulah badan Abang Nara terasa bertenaga.

nu prep tongkat ali
Dan banyak lagilah kesan-kesan positif selepas Abang Nara ambil Nu-Prep ini. Yang paling penting, bila badan dah sihat, tenaga dah banyak, isteri pun tersenyum lebar. Itukan pride kita sebagai orang lelaki? Memang berbeza sangat-sangat berbanding dulu dan sekarang.

nu prep tongkat ali

Sekarang ini sudah masuk bulan ke 2 Abang Nara consume Nu-Prep Tongkat Ali. Inilah RM160 yang terbaik Abang Nara pernah laburkan untuk supplement produk. Confiden sangat dengan kualiti supplement ni kerana Nu-Prep Tongkat Ali dijamin menggunakan ekstrak akar Tongkat Ali yang asli, malah juga produk Malaysia yang telah dipatenkan di US dan Europe. Mantap kan?

nu prep

Berita baik untuk pembaca BeautifulNara (terutamanya untuk isteri dan suami prihatin), anda boleh mendapatkan Nu-Prep Tongkat Ali dengan harga diskaun. Hanya perlu buat pembelian secara online di laman web Nu-Prep dan masukkan code “nara10off”. Cubalah, anda pasti akan berpuas hati 100% dengan kesan yang akan anda alami. Untuk info lanjut tentang produk ini, layari www.nuprep.com.my.

Written by serenity | November 30th, 2012

Bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim telah mengesahkan yang pertunangannya dengan pembantu peribadi Asliza Abdullah telah putus seminggu lepas.
Ezad yang kini berusia 33 tahun memberitahu mStar Online yang percintaan empat tahun mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.

Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini.

Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu…

Ezad dan Azliza bertunang 1 Jun lepas dan sepatutnya berkahwin Julai 2012. Walaupun ada khabar angin yang mengatakan pertunangan tersebut putus kerana pihak perempuan tidak bersungguh-sungguh, Ezad meminta agar tiada siapa yang dipersalahkan.

Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini.

Ezad turut mengakui sudah serik bercinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT sahaja selepas ini. Dia turut memberitahu akan memfokuskan kepada kariernya selepas ini.

Untuk makluman anda, hari ini ialah ulangtahun kelahiran Ezad yang ke 33. Semoga sukses selalu dari kami di BeautifulNara.com. Kredit gambar Fanpage Ezad Lazim FC.

Page 1 of 3212345...Last »