Written by AbangNara | October 28th, 2012

Setelah gagal dalam perkahwinan keduanya, Hattan hari ini menerusi Metro Ahad meluahkan niat di hati untuk bertaut semula dengan isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin. Menurut Hattan, dia dan Arianie saling memerlukan lebih-lebih lagi dengan kewujudan Adam Eiman, anak hasil perkongsian hidup mereka.

hattan rujuk isteri pertama

Kata Hattan:-

Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik. Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami. Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

hattan rujuk isteri pertama
Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu. Selepas penceraian, Arianie tidak pernah berkahwin semula. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Hattan yang hanya mahukan majlis perkahwinan secara kecil-kecil dan betapa dia menyesali kesilapan dulu. Kata Hattan lagi:-

Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah. Saya selalu renung semula kesilapan lalu dan buang mana tingkah-laku yang tidak disenangi Arianie. Begitu juga dia, mana yang saya tidak berkenan, dia buang. Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat dan saya tak nak ulang kesilapan itu.

Semoga niat suci murni Hattan ini akan dipermudahkan. Lebih-lebih lagi untuk kebaikan anak mereka berdua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan kembali hidup baru. Sama-samalah kita doakan agar perancangan Hattan ini akan terlaksana dalam masa terdekat tanpa sebarang halangan.

P.S: Iklan syarikat LG yang sangat cool!!!

Written by AbangNara | October 28th, 2012

Sekitar hujung Disember sehingga awal Januari 2013 akan menyaksikan terikatnya hubungan suami isteri antara Khairul Fahmi (Apek) dan Nur Eilunie Natasha (Leuniey). Tarikhnya masih belum dapat ditetapkan kerana Apek kini sedang sibuk menjalani latihan dengan skuad kebangsaan untuk Piala AFF.

gambar perkahwinan apek leuniey

Apa pun, ayah kepada Khairul Fahmi, Che Mat Hussain berharap akan perkahwinan ini akan menutup segala kontroversi yang pernah melanda anaknya. Katanya kepada Kosmo:-

Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya.

Kepada yang tertanya-tanya sama ada pasangan ini akan bertunang sebelum pernikahan, jawapannya ialah majlis pertunangan akan dilakukan sebelum majlis pernikahan berlangsung. Apa pun semoga perkahwinan ini akan lebih mematangkan Apek. Sama-samalah kita doakan agar segala persiapan mereka untuk hari bahagia akan berjalan dengan lancar.

P.S: Gambar umat Islam menunaikan haji.

Written by AbangNara | October 26th, 2012

Semakin hari semakin hampir masanya ke majlis perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil. Hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Terima kasih kepada KadLawo.com, kini pembaca BeautifulNara dapat melihat kad undangan bakal mempelai ini.

kad kahwin diana danielle farid kamil

Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua pembaca BeautifulNara. Jangan terkorban di jalan raya. Pandu berhati-hati. 4 lagi gambar kad kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 26th, 2012

Kata orang tua-tua, bila sesuatu tue ada di depan mata, kita kurang menghargainya. Itulah yang sedang  berlaku kepada Abang Nara. Wife Abang Nara sekarang sedang menjalani kursus di Melaka selama 3 bulan. Minggu pertama ketiadaannya, Abang Nara dah rindu nak berborak manja dengan wife yang tercinta.

nescafe gold

Jadi sekarang ini, setiap hari Ahad Abang Nara akan ke Melaka untuk melawat wife. Masa yang terhad digunakan sebaik mungkin. Bercerita, cari gaduh, buat lawak dan menjaga anak bersama-sama. Selalunya kami berdua akan bercerita di anjung rumah nenek wife Abang Nara sambil menikmati secawan Nescafe Gold.

nescafe gold

Bercakap mengenai menghargai, Abang Nara teruja dengan contest yang sedang dijalankan oleh Nescafe Gold. Dengan tagline “Savouring The World”, konsep contest menerusi Facebook Nescafe Gold ini memang sangat menarik.

nescafe gold

Setiap kali anda ambil gambar, pasti ada cerita di sebalik gambar itu kan? Dalam contest Nescafe Gold ini, anda hanya perlu uploadkan gambar yang berkaitan dengan 3 tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, tema yang pertama ialah “Start Your Day”.

nescafe gold

Untuk tema pertama ini, Abang Nara dah upload gambar diri ini sedang meminum Nescafe Gold sambil mengadap laptop di pagi hari. Lepas tue buat caption yang menarik dan mampu memikat hati juri. Sambil-sambil tue doa lebih sikit supaya leh menang.

nescafe gold

Anda boleh upload sebanyak mana gambar yang anda rasakan sesuai. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang hadiah yang best. Untuk tema pertama ini, hadiahnya ialah percutian 3 hari 2 malam di Tanjong Jara Resort. Susah jugak nak menang sebab Abang Nara tengok contestant lain semua kreatif-kreatif belaka.

nescafe goldSo tunggu apa lagi? Kongsikanlah gambar yang anda rasa menunjukkan nilai penghargaan tertinggi yang berkaitan dengan tema pertandingan Nescafe Gold ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Nescafe Gold.

Page 5 of 39« First...34567...102030...Last »