Written by AbangNara | October 29th, 2012

Nampaknya kehidupan Adda selepas bercerai dengan suaminya semakin tidak menentu. Untuk yang tidak tahu, Adda telah pun diceraikan selepas hanya berkahwin selama 17 hari. Sebelum ini Adda pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Ketika itu Adda tampil dengan imej tidak bertudung.

adda tudung

Semasa majlis perkahwinannya, Adda telah pun memakai tudung dan tampak begitu cantik sekali. Selepas diceraikan, Adda masih kekal dengan imej bertudung litup.
adda tudung

Namun tidak lama kemudian, Adda tiba-tiba tampil dengan imej seperti Datuk Siti Nurhaliza iaitu dengan hanya memakai penutup kepala.
adda tudung
Dan semalam, Adda kembali semula kepada imej tidak bertudung sepenuhnya. Agak mengejutkan namun nampak seperti Adda masih tidak bersedia untuk memakai tudung.

adda tudung
Ditanya mengenai isu sekejap pakai tudung sekejap tidak ini, Adda berkata kepada Pancaindera:-

Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru

Abang Nara nampak Adda seperti tidak memandang serius akan perkara ini. Namun pastinya Adda ada sebab yang tersendiri. Semoga pintu hati Adda akan terbuka kembali untuk memakai tudung seperti dulu.
jubah hitam gudangP.S: Raya Aidiladha sudah berlalu namun anda masih boleh mendapatkan jubah hitam ekslusif yang sangat cantik ini. Klik di sini untuk melihat lebih banyak pilihan.

Written by AbangNara | October 29th, 2012

Kalau dah namanya parti, takkan nak bersedih pulak kan? Happy sungguh Nabila Huda dan rakan-rakan menyambut parti Halloween baru-baru ini. Kesemua gambar-gambar ini telah dikongsi oleh Nabila Huda menerusi akaun Instagramnya. Pasti Nabila mahu berkongsi kegembiraan dengan peminat-peminatnya.

nabila huda parti halloween

Kalau tak silap Abang Nara, Nabila Huda memakai kostum vampire ketika menghadiri parti ini. Pasti ramai yang menjadi mangsa gigitan Nabila pada malam tersebut. Nasib baik Abang Nara tak pergi. Lagi 4 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Kehidupan seekor tapak sulaiman.

 
Written by AbangNara | October 29th, 2012

Abang Nara pernah makan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Gombak. Boleh tahan jugaklah rasanya. Tak sangka pula rupa-rupanya “Datuk J” yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik restoran Sekinchan Ikan Bakar.

datuk jamal sekinchan ikan bakar

Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-

Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu.

tasha shilla datuk j

Tak ada sebab rasanya Datuk Jamal untuk membuat hubungan sulit dengan Tasha Shilla. Wifenya pun cun melecun orangnya. Lagipun bak kata si isteri, suaminya sibuk dengan perniagaan dan tak ada masa untuk semua ini. Diharap selepas ini tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk Jamal dan Tasha Shilla terpampang di dada akhbar.

Written by serenity | October 29th, 2012

Demam BigBang, kumpulan K-pop dari Korea Selatan bukan saja merebak pada skala tempatan, malah kumpulan ini digilai di seluruh dunia. Kemunculan single ‘Monster’ baru-baru ini menyemarakkan lagi populariti kumpulan ini yang sememangnya tidak pernah padam sejak kemunculan mereka di persada muzik antarabangsa sejak enam tahun lalu.

Kumpulan yang dianggotai lima jejaka bernama G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri ini  telah mengadakan konsert pertama mereka di negara ini pada malam 27 Oktober lepas di Stadium Merdeka. Dikatakan 15,000 peminat telah membanjiri stadium dan tiket-tiket pula khabarnya sudah habis dijual awal-awal lagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang menarik, ahli kumpulan itu, G-Dragon telah memberitahu yang peminat-peminat di Malaysia adalah yang terbaik.

Kami sungguh terharu kerana akhirnya kami dapat sampai ke sini dan begitu gembira melihat sokongan yang sebegini hebat. Banyak-banyak tempat kami singgah setakat ini, peminat di Malaysia yang terbaik sekali.

Anggota BigBang juga dikatakan cuba untuk berbahasa Malaysia dengan menyebut: “Apa khabar?” dan “Aku Cinta Padamu” dalam persembahan mereka yang ditonton oleh para peminat yang setia memberikan sambutan dan sokongan sehingga ke akhir konsert walaupun dalam keadaan cuaca hujan yang tidak menentu.

Kami amat sukakan Malaysia. Kamu semua menakjubkan! Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda seikhlasnya dari hati kami.

Saya berjanji, kami pasti akan datang semula ke sini untuk anda.

Selepas konsert di Malaysia yang menelan kos perbelanjaan RM 4 juta, BigBang akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) dan kembali semula ke Asia untuk menyudahkan siri jelajah BigBang Alive Galaxy 2012.

BigBang Alive Galaxy Tour 2012 In Malaysia dibawakan YG Entertainment dan Live Entertainment, anjuran Running Into The Sun dengan PMP serta ditaja Samsung Galaxy. Kredit info Harian Metro dan kredit gambar pada BigBang Worldwide. Lagi 141 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2012 akan berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri pada 3 November 2012 (Sabtu), jam 8.00 malam. Seramai 10 orang peserta dari 10 buah negara iaitu Botswana, United Kingdom, Iraq, Korea, Nigeria, China, Nepal, Sudan, Mauritius dan  Cambodia akan bertanding bagi merebut gelaran juara dan hadiah utama iaitu wang bernilai RM 10,000.

Anda juga boleh saksikan siaran pertandingan ini secara langsung di TV2 pada tarikh dan waktu yang sama. Jangan lupa saksikannya! Maklumat lanjut, layari Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara .

 
Page 4 of 39« First...23456...102030...Last »