Written by AbangNara | October 30th, 2012

Pertamanya Abang Nara ingin meminta maaf kepada Nabila Huda. Abang Nara tersilap rupanya. Rupa-rupanya kostum yang dipakai olehnya bukanlah bersempena Hari Halloween, tetapi sempena majlis hari jadi kawannya.
hari jadi nabila huda

Abang Nara tak pernah pergi sambutan hari jadi dengan tema-tema macam ini. Mati-mati Abang Nara ingat parti Halloween. Nasib baik Nabila Huda menerangkan hal ini di Twitternya.
nabila

Menurut Nabila, Halloween disambut pada 31 Oktober sedangkan dirinya hadir dengan kostum sebegitu pada 28 Oktober. Jadi tak mungkin pakaian tersebut dipakai untuk menyambut Halloween. Ada logiknya juga penerangan Nabila di situ.
nabila
Apa pun terima kasih kepada Nabila Huda kerana memberi idea untuk Abang Nara menganjurkan majlis hari jadi diri ini tahun hadapan. Abang Nara ingat nak buat tema Star Wars. Diharap ada orang datang dengan kostum Yoda nanti. Hehehe.

P.S: Seni alam semulajadi yang sangat cantik.

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Istanbul Aku Datang ialah sebuah filem arahan Bernard Chauly. Sebelum ini Bernard pernah mengarahkan filem seperti Pisau Cukur dan Gol & Gincu. Abang Nara tidak sempat menghadiri malam gala tayangan filem ini, namun daripada reputasi si pengarah, pastinya filem Istanbul Aku Datang ini ialah sebuah filem yang berkualiti.

filem istanbul aku datang

Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat, filem Istanbul Aku Datang menjalani penggambaran di Istanbul. Pasti banyak shoot-shoot menarik yang berjaya dirakamkan di sana. Tak sabar rasanya nak pergi menonton filem ini di pawagam. Selain daripada barisan pelakon, Nur Fazura turut hadir memberi sokongan kepada filem ini.

filem istanbul aku datang

Apa pun Lisa nampak sangat cute dengan rambut pendeknya. Nampak muda sangat-sangat. 9 lagi gambar Lisa Surihani di malam gala tayangan filem Istanbul Aku Datang dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Pretty Peektures.

P.S: Cicak armadillo. Seram gak!!!

 
Written by AbangNara | October 30th, 2012

Abang Nara mengakui kebenaran kata-kata Zed Zaidi mengenai artis daripada program realiti. Tidak semua, tetapi kebanyakan mereka sememangnya sekadar tangkap muat. Dalam erti kata lain, tidak berkualiti.

zed zaidi

Berkata kepada Sinar Online, Zed Zaidi menegaskan yang kebanjiran artis tidak berkualiti harus dikawal. Katanya:-

Segala bentuk usaha untuk mengeluarkan bakat baru itu bagus tetapi kena berpada-pada supaya kebanjiran artis tidak berkualiti dapat dikawal. Artis kita semakin lama semakin bijak dan berkualiti tetapi untuk lahirkan yang berkualiti itu semakin kurang. Artis sekarang, keluar saja memang tangkap muat. Apabila tak melalui proses yang sebenar seperti berdaftar dengan persatuan, ini yang berlaku. Jika seorang artis ini buat hal, habis semua artis lain terpalit sama dituduh salah dan buruk.

zed

Namun bagi Abang Nara, program realiti ini ada bagusnya jugak. Banyak artis terutamanya penyanyi berbakat besar yang berjaya dicungkil. Contoh Hafiz AF, Black Mentor, Mawi dan ramai lagi. Biasalah awal-awal keluar program realiti memanglah tak tahu nak buat apa. Jadi pihak pengurusan perlulah bertanggungjawap untuk membantu apa yang patut. Tak ke gitu?

P.S: Seni ukiran salji

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba ke salah satu acara hiburan berprestij Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27). Cepat sungguh masa berlalu. Semalam telah pun diumumkan 30 buah lagu yang bakal berentap di pusingan separuh akhir.

ajl27 final

Antara lagu kegemaran Abang Nara yang berjaya ke separuh akhir ialah Ombak Rindu, Teman Pengganti dan Terukir Di Bintang. Kesemua 30 buah lagu yang akan berentap sangat hebat. Sukar untuk membuat pilihan lagu manakah yang akan berjaya ke pusingan akhir.

ajl27 final

Apakah lagu pilihan anda untuk berjaya ke final kelak? Senarai penuh 30 buah lagu yang berjaya ke separuh akhir Muzik-Muzik 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 3912345...102030...Last »