Written by AbangNara | October 31st, 2012

Aduh. Sedih pula mendengar cerita pergolakan di dalam rumah tangga Chef Riz dan Ana Dahlia ini. Bukan apa, pasangan ini memang nampak sangat sepadan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Diharap perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan tidak berakhir dengan perpisahan.

chef riz ana dahnlia

Chef Riz enggan mengesahkan dakwaan yang mereka berdua sudah mengambil borang penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Namun Chef Riz mengakui yang ada perselisahan faham antara mereka berdua. Kata Chef Riz kepada Kosmo:-

Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami. Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya.

chef riz ana dahnlia

Semoga usaha Chef Riz akan berhasil dan hidup mereka akan kembali bahagia seperti awal perkahwinan dulu. Sama-samalah kita doakan agar jodoh mereka kekal. Dah berkahwin ini, kena banyak tolak ansur dan cuba memahami. Tak ke gitu?

P.S: Taufan Sandy di bandar New York

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Masih ingat lagi dengan entri gambar kekasih baru Wafi yang Abang Nara kongsikan baru-baru ini? Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Dan pada 28 Oktober yang lalu, pasangan bercinta ini sudah pun mengikat tali pertunangan. Tahniah diucapkan.

wafi bertunang

Nampaknya Wafi lebih bernasib baik di dalam percintaan berbanding dengan bekas isterinya, Anne Ngasri. Nama tunang Wafi ialah Rafeda Razif. Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi. Mereka berdua dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini.

wafi dan tunang

Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Wafi dan Rafeda. Semoga majlis pernikahan kelak akan berjalan dengan lancar. Kredit info Media Hiburan.

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Satu gabungan yang sangat menarik di mata Abang Nara. Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor telah disahkan sebagai pengacara AIM19 yang akan berlangsung pada 17 November 2012 ini. Kehebatan Paknil sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Manakala Abang Nara sememangnya menyukai lawak Adibah Noor yang sempoi ketika menjadi pengacara.

pengacara AIM19

Kepada yang ingin menyaksikan AIM19 di televisyen, pastikan anda membuka saluran Astro Ria 104 tepat jam 8.30 malam untuk Karpet Glamor AIM19. Pada jam 9 malam pula, majlis anugerah akan bermula. Diharap tahun ini keputusan AIM19 tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi.

aim 10

Antara nama besar yang akan membuat persembahan pada malam AIM19 ialah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Jimmy Palikan dan ramai lagi. Adakah anda sudah bersedia untuk merasai kehangatan malam anugerah ini? Apa pun, beri pendapat anda terlebih dahulu tentang pemilihan pengacara AIM19 kali ini. Ok atau tidak ok?

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Ahad lalu telah pun berlangsung majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, anak kedua kepada pasangan suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di Restoran Songket, Kuala Lumpur.

gambar cukur jambul anak linda jasmine

Turut diadakan serentak ialah sambutan hari jadi yang ketiga untuk anak sulung mereka, Tengku Ratu Haidar. Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini akan sentiasa bahagia, murah rezeki dan dipanjangkan umur. 17 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Songket Salikin Sidek.

 
Page 2 of 3912345...102030...Last »