Written by AbangNara | October 23rd, 2012

Kumpulan Sepah sudah pun berpecah. Mamat kini bergerak seorang diri sementara Jepp dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepahtu. Abang Nara ingatkan at least Sepahtu akan turut serta dalam Maharaja Lawak Mega 2012, sayangnya apabila nama peserta dikeluarkan, nama mereka tidak tersenarai. Ini sangat-sangat mengecewakan.

kumpulan sepah

Pasti ramai peminat Sepah yang kecewa dengan ketiadaan mereka di dalam program berprestij ini. Lawak-lawak kumpulan Sepah sememangnya berada di dalam kelas mereka yang tersendiri. Apa pun Shuib menegaskan mereka tidak turut serta di dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menjaga hati banyak pihak:-

Dahulu kami bertiga. Sekarang ini hanya tinggal kami berdua saja. Jadi, jika kami masuk, kami akan rasa janggal pula. Sejujurnya, kami telah mengambil masa selama tiga bulan untuk buat keputusan sama ada kami patut sertainya atau pun tidak. Oleh itu, rasanya inilah keputusannya terbaik kami yang mana kami tidak masuk. Kami tidak mahu orang pertikaikan kemasukan kami. Lagi pun, sebelum ini kami cipta nama dengan bertiga. Untuk berdua (Sepahtu), rasanya masih belum cukup matang lagi untuk kami melakukannya.

sepahtu

Pastinya Maharaja Lawak Mega 2012 akan kurang serinya tanpa kehadiran kumpulan Sepah. Walaupun ramai yang kecewa, Abang Nara rasa ini adalah keputusan yang dibuat setelah mereka berfikir lama. Diharap Sepah akan membuat comeback di dalam mana-mana program lawak di masa hadapan. Ramai yang merindukan lawak awesome mereka. Tak gitu?

P.S: Apabila kilat menyambar

Written by AbangNara | October 22nd, 2012

Abang Nara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Datuk Lee Chong Wei. Tidak lupa ucapan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi kejohanan Terbuka Denmark semalam. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan terus mengharumkan nama Malaysia di masa hadapan.

gambar pra perkahwinan lcw

Pastinya kini Datuk Lee Chong Wei sudah pun mengalihkan perhatiannya kepada majlis perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada 10 November kelak. Kedua-dua bakal pengantin ini telah pun mengambil gambar pra perkahwinan mereka baru-baru ini. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan sekali.

gambar pra perkahwinan lcw

Semoga segala persiapan perkahwinan Datuk Lee Chong Wei akan berjalan dengan lancar. Lagi 11 keping gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Lee Chong Wei Official Fans Club.

P.S: Zulfahmi Khairuddin lari daripada semburan champagne semasa menaiki podium MotoGP.

 
Written by AbangNara | October 22nd, 2012

Bertunang pada 30 May 2011, Elly Mazlein dan tunangnya, Azmi masih belum lagi bergelar suami isteri. Terbaru, Elly Mazlein dilihat menghadiri majlis pelancaran filem Awan Dania The Movie tanpa cincin tunang di jarinya. Tindakan itu menimbulkan spekulasi terhadap status pertunangannya.

elly mazlein

Ditemubual oleh Kosmo hari ini, Elly Mazlein enggan mengulas mengenai status pertunangannya itu. Elly tidak memberitahu sama ada dirinya masih tunangan orang atau pun sebaliknya. Kata Elly:-

Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai jug

elly mazlein

Hmmmm. Mendalam kata-kata Elly Mazlein ini. Sukar untuk ditafsirkan apakah maksud yang sebenarnya. Hanya tuan punya badan sahaja yang tau. Apa pun Abang Nara doakan agar hubungan pertunangan Elly Mazlein masih kekal dan akan terus ke jinjang pelamin dalam masa terdekat ini.

jubah kurung

P.S: Tampil menawan di pagi Hari Raya Haji dengan jubah kurung daripada Gudang.MY. Hanya RM139 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh negara. Klik di sini untuk melihat lebih banyak warna pilihan dan membuat tempahan.

Written by AbangNara | October 22nd, 2012

Seronok sungguh menjadi insan yang bernama Maya Karin ini. Di kala kita sedang sibuk dengan kerja di pejabat, tup-tup Maya Karin berkongsi gambar dirinya di Kathmandu. Untuk anda yang tidak tahu, Maya Karin berada di sana untuk mencabar dirinya mendaki salah sebuah gunung.

maya karin

Adakah Maya Karin akan mendaki Gunung Everest? Fuh ~~ Mungkin tidak kerana itu terlalu mencabar walaupun untuk pendaki gunung profesional. Diharap Maya Karin akan mendaki gunung yang rendah-rendah sahaja. Yang penting, keselamatan diri harus dijaga.

maya karin

Lelaki di sebelah Maya Karin itu ialah ayahnya. Nampaknya perjalanan ke Kathmandu ini akan turut menjadi satu sesi mengukuhkan lagi hubungan seorang anak dan seorang ayah. Yang pasti, Maya Karin pasti akan terjaga rapi di samping ayahnya yang tercinta.

maya karin

Kepada Maya Karin dan ayahnya, all the best and good luck. Jangan mencabar diri lebih daripada kemampuan anda. Keselamatan harus diutamakan. Dan paling penting, jangan jatuh cinta dengan orang Nepal. Kang tak pasal-pasal ramai yang kecewa di Malaysia ini. Hehehe.

maya karin

P.S: Satu office ingin bercuti ke Korea tetapi mahukan pakej percutian yang lain daripada lain? LIKE Facebook PelangiBonda sekarang kerana mereka menawarkan pakej fotografi untuk anda. Kenangan anda di sana akan diabadikan di dalam album ekslusif mereka. Dijamin kualiti tip top!!!

Page 10 of 39« First...89101112...2030...Last »