Written by AbangNara | October 31st, 2012

Abang Nara memang perasan yang Nur Fazura jarang muncul di kaca TV dan di pawagam. Asyik-asyik pelakon yang sama je. Nak naik muak pun ada jugak. Rupa-rupanya Fazura lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dalam bidang lakonannya.
fazura

Sesetengah pelakon main rembat je semua tawaran yang diberikan kerana takut tak ada job, namun Fazura mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bagi Fazura, watak yang diberikan kepadanya haruslah tidak melibat adegan di ranjang seperti berlakondi katil, berpelukan dan berbaring.

Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti. Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu (Pisau Cukur). Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

fazura

Apa yang lebih mengkagumkan Abang Nara ialah Fazura tidak mengcondemn mana-mana pelakon yang memilih watak mempunyai adegan ranjang. Bagi Fazura, itu semua terpulang kepada individu masing-masing.

Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini. Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

Ada betulnya kata Fazura kan? Kalau lebih ramai pelakon sebegini, sudah tentu penerbit-penerbit drama akan lebih akur dengan kehendak mereka. Yang pastinya, skrip drama dan filem akan bertambah baik dan tidak lagi memperbodohkan penonton. Semoga selepas ini lebih ramai yang akan mengambil langkah seperti Fazura ini. Info asal portal Murai.

ryaniez promo

P.S: Hanya dengan SEMURAH RM1,100 anda sudah boleh mendapatkan jurugambar hebat untuk majlis perkahwinan anda kelak. Hubungi mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography untuk maklumat lanjut. Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti gambar di hari istimewa anda.

Written by AbangNara | October 31st, 2012

Amboi meriahnya majlis pertunangan anak dara Rosyam Noor ini. Baru berusia 23 tahun, Arniesha Azureen telah selamat menjadi tunangan kepada lelaki pilihannya, Hafiz pada hari Ahad yang lalu. Majlis yang berjalan nampak amat meriah sekali.

gambar tunang anak rosyam noor

Semoga pertunangan mereka ini akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti. Sama-sama kita doakan. Lagi 16 keping gambar yang diambil daripada Internet dengan membaca entri ini sepenuhnya.

au

P.S: Jubah kurung moden untuk anda.

 
Written by AbangNara | October 31st, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang murah rezeki Scha semenjak menjadi isteri ini. Terbaru, Scha dilantik menjadi Duta Avon menggantikan Fazura. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha atas perlantikan ini.
scha duta avon
Kini Avon mempunyai 2 orang selebriti sebagai duta mereka iaitu Neelofa dan Scha. Scha ditugaskan sebagai jurucakap untuk segala produk wangian Avon. Kata Scha:-

Saya kini mengambil alih tugas yang ditinggalkan Fazura. Tugas saya adalah menjadi duta dan jurucakap untuk semua produk haruman termasuk yang terbaru, City Rush daripada Avon. Neelofa pula adalah duta untuk produk kecantikan dan make-up dan ia lebih dikenali sebagai Avon Colors. Jadi saya harap dengan penjelasan ini akan dapat enjernihkan kekeliruan yang ada.

scha duta avon

Sementara itu Fazura pula mengganggap perlantikan Scha sebagai Duta Avon menggantikan dirinya adalah satu perkara biasa. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Fazura yang sangat positif. Katanya:-

Saya melihat perkara ini sebagai lumrah atau perkara normal. Jauh sekali untuk saya berkecil hati atau memandang ia dari sudut negatif. Satu perkara biasa buat saya. Bagi saya Scha Al-Yahya adalah seorang aktres yang jelita dan popular. Malah dia juga mempunyai produk yang kuat di belakangnya seperti drama dan filem. Sebaliknya, saya jarang ada produk sepertinya.

Kan bagus kalau semua selebriti bersikap positif macam Fazura ini? Tak ada nak dengki-dengki. Pasti aman bahagia. Apa pun tahniah kepada Scha atas perlantikan ini sekali lagi. Kepada Fazura, pasti ada rezeki yang lebih baik untuk anda selepas ini. Info portal Murai.

Written by AbangNara | October 31st, 2012

Lama tidak mendengar khabar Yasmin Hani Richardson semenjak statusnya bertukar menjadi isteri. Nasib baik dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang, peminat Yasmin Hani dapat mengikuti perkembangannya menerusi Instagram. Terima kasih kepada Yasmin Hani kerana sudi berkongsi gambarnya di Beijing untuk rakaman program Destinasi Cinta.

beijing china

Yasmin Hani masih maintain cun melecun seperti ketika zaman anak dara. Pasangan suami isteri ini nampak sangat bahagia di dalam gambar-gambar yang dikongsikan. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan sampai bila-bila. Tak sabar rasanya nak tengok program Destinasi Cinta nanti.

beijing china

Lagi 7 gambar Yasmin Hani dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Jom meluncur ke kelas.

 
Page 1 of 3912345...Last »