Written by AbangNara | September 28th, 2012

Masih lagi entri yang berkaitan dengan majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry Fashion. Selain daripada Izara Aishah dan Intan Ladyna, banyak lagi selebriti wanita popular seperti Sasha Saidin, Sharifah Sofia, Marsha dan Vanidah Imran yang menghadirkan diri. Kesemuanya tampil dengan gaya mereka yang tersendiri.

sharifa

Sudah tentu yang mencuri perhatian ialah Sharifah Sofia yang hadir dengan imej bertudungnya. Sedap dan redup je mata memandang. Abang Nara suka. Semoga Sharifah Sofia diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam penghijrahannya ini. Lagi 20 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Video rasmi lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Awesome!!!

 
Written by AbangNara | September 27th, 2012

Ini sememangnya agak pelik tetapi itulah kenyataannya. Kalau anda masih ingat, isteri Sham Kamikaze, Farazila telah menfailkan permohonan cerai akhir bulan Ogos yang lepas. Namun hari ini (Khamis), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan yang mereka bukan lagi suami isteri sejak 1 September 2011.

sham kamikaze dan isteri cerai

Sham Kamikaze dan Farazila yang hadir ke mahkamah untuk kes permohonan cerai telah diberitahu yang tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Sham telah melafazkan cerai terhadap isterinya 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

sham kamizake

Berikut ialah penerangan daripada Hakim Syarie Atras Mohammad Zin:-

Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini. Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak. Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah.

Farazila melahirkan rasa kelegaannya kerana kes penceraiannya ini telah selesai sementara Sham Kamikaze pula berkata yang di redha dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangganya. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | September 27th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada Khairul Fahmi yang popular dengan nama Apek sudah menemui cinta baru selepas gagal dalam percintaan sebelum ini. Walaupun sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan Leuniey Natasha, Apek menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya sekadar kawan biasa.

apek dan leuniey bercinta

Sebentar tadi, menerusi Instagram, Apek telah pun mengupload gambarnya bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik apabila Leuniey turut sama mengupload gambar dengan caption yang sama menerusi akaun Instagramnya pulak. Adakah mereka berdua kini sudah sah menjadi pasangan kekasih?

apek dan leuniey bercinta

Pastinya ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan berita ini. Namun Abang Nara gembira kerana di mata ini Apek dan Leuniey memang sama cantik sama padan.  Diharap selepas ini tiada lagi kontroversi yang melanda Apek sekaligus Apek dapat fokus terhadap kerjayanya. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

P.S: Bisnes kad lutsinar.

Written by AbangNara | September 27th, 2012

Lupakan seketika sisi seksi Nora Danish yang ditampilkan di ruang suratkhabar baru-baru ini. Hari ini Nora Danish telah mengupload beberapa keping gambarnya berpakaian baju kurung sekolah menerusi Facebook Nora Danish bersempena dengan filem Lagenda Budak Hostel. Cute gila kot ~~

nora danish

Kalau zaman sekolah dulu ada awek secomel Nora Danish, pastinya menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki. Silap-silap boleh putus member dibuatnya. Layankan lagi 6 keping gambar Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Nazmi Faiz di FC Beira Mar

 
Page 1 of 2712345...Last »