Written by AbangNara | August 29th, 2012

Perbicaraan kes mahkamah Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila kini memasuki fasa yang seterusnya apabila Jimmy semalam menyerahkan 2 salinan video kepada mahkamah untuk mempertikaikan kelayakan isterinya menuntut hak penjagaan anak mereka, Zahra Rania Shanley.

video isteri jimmy

Selain daripada video, Jimmy turut menyertakan cetakan salinan SMS daripada ibu mertuanya, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila. Kes ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah Suhaila sendiri melihat video tersebut. Buat masa ini, isi kandungan video tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak umum.

Written by AbangNara | August 28th, 2012

Rasanya macam baru semalam Abang Nara berkongsi gambar-gambar perkahwinan Lan A To Z dan isterinya, Siti Nur Ain, tup-tup hari ini mereka berdua dikurniakan berita gembira dengan kelahiran cahaya mata lelaki. Sungguh pantas masa berlalu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan suami isteri ini.

anak lan to z
Di bawah ialah gambar anak Lan A To Z. Comel kan?

anak lan to z

Semoga dengan kehadiran anak comel ini akan memeriahkan lagi suasana hari raya buat Lan dan isteri. Tahniah sekali lagi. Kredit foto kepada blog Zarul Umbrella.

Written by AbangNara | August 28th, 2012

Mungkin ramai di antara anda yang mendengar cerita kononnya hubungan Fasha dan keluarga Jejai tidak mesra. Sehubungan dengan itu, pasti anda tertanya-tanya sama ada Fasha Sandha ada menyambut hari raya bersama keluarga Jejai. Biarlah gambar-gambar ini menjadi jawapan kepada persoalan anda dan merungkaikan segala misteri selama ini.

fasha sandha

Untuk makluman, Fasha dan Jejai pulang berhari raya agak lewat kerana Jejai terlibat dengan perlumbaan kereta di China. Walaupun begitu, Abang Nara pasti Jejai dan Fasha sangat gembira kerana masih sempat berhari raya bersama keluarga yang tercinta. Semoga selepas ini tiada lagi cerita yang bukan-bukan mengenai Fasha dan keluarga Jejai.

fasha sandha

Lagi 4 keping gambar Fasha Sandha beraya bersama keluarga Jejai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 28th, 2012

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

tengku cleopatra haidar

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita.

tengku cleopatra
Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan. Tak sabar rasanya nak melihat kecomelan Tengku Cleopatra Haidar yang bakal ditunjukkan di dalam majlis cukur jambul dalam bulan Syawal ini. Confirm cute mute punya.

P.S: Super Kampung Style – parody terbaik Oppa Gangnam Style.

Page 3 of 3012345...102030...Last »