Written by AbangNara | August 9th, 2012

Fuh ~~~ Abang Nara sebenarnya nak rahsiakan je tentang promotion duit raya RM1,000 daripada Celcom First Data nie. Kalau korang tak tahu, kemungkinan untuk Abang Nara menang lebih tinggi la kot. Namun bak kata pepatah, orang tamak selalu rugi. Mana tahu kalau sharekan info ini, rezeki Abang Nara dimurahkan.

duit raya celcom

Sehingga 20 Ogos ini, Celcom First Data akan menghadiahkan 2 orang pemenang SETIAP hari RM1,000 seorang. Duit raya ini boleh dimenangi dengan 2 cara yang teramat mudah. Cara yang pertama ialah, purchase additional volume untuk line Celcom anda. Banyak pilihan yang ada so boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati.

duit raya celcom

Dan kalau korang taknak beli additional volume dan nak terus online mengikut kadar harian, mingguan atau bulanan, boleh cuba dengan melangganInstanet plan ataupun Mobile Internet Plan. Kalau Abang Nara sudah pasti ambil bulanan terus. Jimat pun jimat. RM50 je pun.

duit raya celcom

Dengan 2 cara di atas, duit raya RM1,000 boleh jadi milik anda. Senang je kan? Untuk info lanjut boleh layari www.celcom.com.my.

Written by AbangNara | August 8th, 2012

Rezeki bulan Ramadhan nampaknya apabila Faezah Elai hari ini mengumumkan yang dirinya sudah pun mengandung. Untuk makluman, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal Hanafiah kira-kira setahun yang lepas. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Faezah Elai dan suami.

faezah elai mengandung hamil

Buat masa ini tidak ada info lanjut yang dikongsikan oleh Faezah Elai mengenai kehamilannya. Diharap Faezah Elai dapat menjaga dirinya daripada melakukan aktiviti lasak. Tahniah sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini.

Written by AbangNara | August 8th, 2012

Salah satu sebab Abang Nara excited menghadiri malis berbuka puasa anjuran Arteffects International semalam ialah kerana kehadiran Mawi sekeluarga. Teringin nak tengok betapa cutenya Cahaya Malaika sekarang ini. Ternyata Mawi sekeluarga nampak bertambah ceria dan bahagia selepas kehadiran si comel ini.

gambar mawi sekeluarga

Maaflah gambar tak berapa nak terang kerana hanya menggunakan kamera biasa. Kepada peminat Mawi, album baru Mawi yang bertajuk Asma Ul Husna telah pun dilancarkan. Dengar cerita, jualan album ini sudah pun mencecah 5 ribu unit. Satu angka yang cukup hebat memandangkan album ini baru dijual selama seminggu. Tahniah kepada Mawi atas kejayaan ini.

gambar mawi sekeluarga

4 lagi gambar Mawi, Ekin dan Cahaya Malaika dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Arca makanan yang comel.

 
Written by AbangNara | August 8th, 2012

Betapa best dan beruntungnya menjadi Juliana Evans. Dapat pergi Australia dan buat bermacam-macam aktiviti lasak untuk rancangan TV9, Remaja Ekstrem. Tak sangka di sebalik keayuan wajahnya, Juliana Evans nie boleh tahan lasaknya. Siap ada buat aktiviti meneroka gua lagi.

juliana evans di australia

Kalau tak silap Abang Nara, Black dan Syamsul Yusof Deq One turut serta di dalam rakaman rancangan Remaja Ekstrem ini. Memang rezeki dioranglah dapat berjalan-jalan kat Australia. Jeles Abang Nara dibuatnya. Diharap kalau TV9 ada nak buat rancangan Remaja Kacak jangan lupa jemput Abang Nara. Hehehe.

juliana evans di australia

19 lagi gambar Juliana Evans di Australia dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Juliana Evans.

P.S: Cantik dan ektetik sungguh tangga-tangga batu ini.

 
Page 20 of 30« First...10...1819202122...30...Last »