Written by AbangNara | August 15th, 2012

Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.

dialog

Berkata kepada portal Murai, Ayu memberitahu yang dialog-dialog yang dilontarkan di dalam drama turut memberi kesedaran kepada dirinya.

Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut. Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.

Siapa sangka daripada dialog-dialog sahaja hati Ayu Raudhah terbuka untuk bertudung. Malah, suami Ayu, Zaquan yang pada mulanya terkejut ternyata sangat gembira dengan perubahan ini. Kepada Ayu, semoga rezeki anda dimurahkan lagi selepas berhijrah ini. Tahniah sekali lagi kepada Ayu atas perubahan ini.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Nampaknya bulan Ramadhan ini membawa berita bahagia kepada Irma Hasmie dan suami. Menerusi portal Murai, Irma Hasmie telah mengesahkan yang dirinya kini sudah mengandung 5 minggu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas kehamilan ini.

irma hasmie mengandung

Irma Hasmie kini sedang mengalami fasa muntah-muntah dan pening-pening. Kata Irma:-

Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya. Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengidam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan

Semoga segalanya berjalan lancar buat Irma Hasmie. Jangan buat kerja berat sangat. Rilek-rileks terutamanya di trimester pertama ini. Tahniah sekali lagi. Tak sabar rasanya nak tengok kecomelan anak Irma dan Redza.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Rasanya ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu penamat yang bahagia dalam kisah cinta Aliff Aziz dan Anne Ngasri ini. Satu Malaysia sudah tahu yang mereka berdua bercinta dan menerusi Mingguan Malaysia Ahad lepas, Aliff memberitahu yang mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

aliff

Baguslah tue. Tak elok lama-lama bercinta. At least kalau ada perancangan tue sedap sikit telinga mendengarnya. Dengar ceritanya pun tahun ini Aliff Aziz nak bawak Anne beraya ke rumahnya di Singapura. Itu satu langkah yang bagus. Kata Aliff:-

Setiap orang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat seterusnya, sama dengan Aliff. Kami nak jugak rasa bahagia. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan Tuhan. Sebab itu, kami harap orang ramai terutama rakan media dan peminat agar bagi kami ruang dan masa tanpa memberi tekanan. Saya risau kalau orang masih bertanya, sedangkan kami tetapi macam itu saja.

alif

Abang Nara doakan agar perancangan Aliff Aziz dan Anne ini akan berjaya dilaksanakan. Kahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Namun kalau memang niat benar-benar ikhlas, pasti akan dipermudahkanNya. Semoga hubungan Anne dan Aliff akan berakhir ke jinjang pelamin hujung tahun ini. Sama-sama kita doakan.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Maya Karin dan Yasin di Westin Hotel. Selain daripada berbuka bersama-sama, majlis ini turut diadakan untuk memperdengarkan lagu baru dendangan mereka berdua yang bertajuk “Sinar Ini”.

maya karin

Yang seronoknya majlis ini dilakukan secara santai dan membolehkan mereka yang hadir berborak-borak kosong dengan Yasin dan Maya bila-bila masa sahaja. Selepas berbuka, secara tiba-tiba, Yasin dan Maya Karin telah pun mengadakan persembahan secara live. Selain daripada lagu Sinar Ini, mereka berdua turut mendendangkan lagu raya untuk para pengunjung.

Bagi Abang Nara, lagu Sinar Ini sememangnya menyerlahkan kekuatan vokal Yasin dan Maya Karin. Lirik lagu yang simple tetapi penuh makna menambahkan lagi kemerduan lagu ini. Tambah menarik, video klip yang dirakam untuk lagu Sinar Ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Best kan? Lagi 6 keping gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama Maya Karin dan Yassin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Pretty Peektures. Untuk lebih info tentang lagu ini, sila layari Facebook SinarIni.