Written by AbangNara | August 31st, 2012

Hari ini ialah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Selamat menyambut hari kemerdekaan Abang Nara ucapkan. Pastinya semua orang sedang sibuk menghadiri jemputan open house sempena cuti umum dan Syawal. Selain bermaafan, silalah laungkan “merdeka” sebanyak 3 kali di rumah yang anda pergi beraya.

filem 29 februari

Namun jika anda kebosanan dan tidak tahu hendak buat apa,  bolehlah pergi menonton filem 29 Februari lakonan Remy Ishak di pawagam berhampiran. Ini merupakan filem 3D pertama Malaysia dan diterbitkan oleh KRU Studios. Abang Nara masih tak sempat tengok tetapi daripada apa yang didengar, boleh tahan juga ceritanya.

filem 29 februari

17 lagi gambar sekitar majlis tayangan filem 29 Februari yang telah dilangsungkan di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada BlissCandid Photography.

 
Written by AbangNara | August 31st, 2012

Fuh. Semakin lama semakin hebat servis yang diberikan oleh Astro. Kalau sebelum ini Astro muncul dengan Astro First di mana filem-filem tempatan boleh ditonton menerusi saluran 480 selepas 2 minggu tayangan, kini Astro muncul dengan Astro Best untuk peminat-peminat filem antarabangsa.
astro best

Bayangkan anda boleh menonton filem The Avengers, The Hunger Games dan banyak lagi selepas 3 bulan waktu tayangan filem-filem ini di pawagam. Hanya dengan RM10, seisi keluarga anda boleh menikmati filem-filem ini dalam kualiti HD menerusi saluran 481. Terbaik kan Astro Best nie?

astro best

Cara melanggannya adalah sama dengan Astro First di mana anda hanya perlu ke saluran 481, memilih filem apa yang mahu ditonton dan menghantar SMS untuk membeli filem tersebut. Selepas itu anda boleh menonton filem yang dibeli seberapa banyak kali yang anda mahu dalam tempoh 48 jam. Abang Nara sekarang tengah sibuk melayan filem The Avengers. Mana tahu untuk next filem Avengers Abang Nara dapat jadi salah seorang superhero. Hehehe.

astro best

Untuk maklumat lanjut tentang Astro Best, sila layari www.astro.com.my/vod.

Written by AbangNara | August 31st, 2012

Selepas gosip Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta dikeluarkan beberapa minggu lalu, Rita Rudaini hari ini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.

jue aziz rita

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-

Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota

rita baru

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-

Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

jue

Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-

Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Ada betulnya juga kata-kata Rita Rudaini itu. Mungkin ini adalah salah faham antara mereka berdua. Abang Nara rasa Jue Aziz dan Rita patut bersemuka dan berbincang secara baik-baik mengenai hal ini. Selesaikan secara senyap dan tak perlu berbalas kenyataan di media. Tak gitu? Apa kata anda?

Written by AbangNara | August 30th, 2012

Abang Nara tahu anda semua tak ada mood bekerja di office hari ini memandangkan esok sudah pun cuti. Untuk menghilangkan kebosanan anda, apa kata kita vote untuk lihat pilihan pembaca BeautifulNara antara Diana Amir dan Heliza Helmi. Menarik kan?

diana amir heliza helmi

Kedua-duanya masih single mingle lagi. Kedua-duanya manis bertudung. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Namun pasti anda mempunyai pilihan anda sendiri. Sila undi sekadar suka-suka di bawah.

4 lagi gambar Diana Amir dan Heliza Helmi yang dikeluarkan di Harian Metro hari ini untuk memudahkan anda membuat pilihan.

 
Page 1 of 3012345...Last »