Written by AbangNara | July 25th, 2012

Wow. Memang ayat tengah mabuk bercinta sungguh. Johan As’ari akhirnya mengesahkan ayat-ayat romantis yang diluahkan di dalam Twitter sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Namun Johan masih menganggap status mereka sebagai kawan baik dan bukannya pasangan kekasih. Bagi Johan, perasaan cinta itu hanya akan wujud selepas akad nikah kelak.

johan dan nabila

Kata Johan kepada Mstar Online:-

Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.

Abang Nara tak sangka yang Johan seromantis ini orangnya. Walaupun muka nampak garang, namun dalam hati memang ada taman. Abang Nara doakan agar Johan akan menjadi manusia yang paling beruntung dengan berjaya memperisterikan Nabila suatu hari nanti. Kata orang, kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Berusahalah Johan!!!

P.S: Kek zombie yang super cool!!!

Written by serenity | July 25th, 2012

Seorang pemuda berusia 24 tahun, James Holmes telah menembak mati 12 orang dan menyebabkan 58 orang lagi cedera semasa tayangan tengah malam instalasi terakhir filem Batman arahan Christopher Nolan, The Dark Knight Rises Khamis lepas. Kejadian itu berlaku di sebuah pawagam berdekatan pusat membeli belah Aurora, Colorado, Amerika Syarikat.

Presiden Obama dan Nolan sudah pun memberikan penghormatan mereka kepada mangsa, tidak ketinggalan juga aktor yang memegang watak Bruce Wayne @ Batman, Christian Bale.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

PhotobucketBale dikatakan telah melawat dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa di Memorial Aurora, yang dibuat khas untuk memperingati mangsa. Turut hadir ialah isteri Bale, Sandra Blazic. Bale dan isterinya turut meluangkan masa melawat mangsa-mangsa yang terselamat di hospital.

Kes James Holmes telah diperdengarkan kelmarin, dan dia akan berhadapan dengan hukuman mati sekiranya disabitkan bersalah.

***

Menangi wang sejumlah RM 10,000 melalui Pertandingan Cipta Lagu Raya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negar (JKKN) (klik gambar di bawah untuk maklumat penuh).

Muat turun borang dan syarat dari menu MUAT TURUN di laman sesawang JKKN. Tarikh tutup penyertaan 31 Julai ini.

Written by AbangNara | July 25th, 2012

Semenjak dua menjak ini nama Aqasha semakin bertambah popular. Kehebatan Aqasha menjiwai watak di dalam drama lakonannya membuatkan jumlah peminatnya semakin bertambah. Tak salah kalau dikatakan Aqasha adalah antara nama besar di dalam industri hiburan Malaysia sekarang ini.

aqasha umrah

Dengan drama Dejavu Di Kinabalu yang sedang ditayangkan, kini nama Aqasha semakin kukuh di hati peminat dunia hiburan Malaysia. Abang Nara pun suka dengan mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Aqasha. Memang superb. Semoga ianya berterusan dan akan berkembang lagi di masa hadapan.

aqasha umrah

11 lagi gambar Aqasha menunaikan umrah baru-baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Pembunuhan yang berlaku semasa tayangan filem The Dark Knight Rises di Colorado.

 
Written by AbangNara | July 25th, 2012

Di kala Abang Nara menunggu waktu sahur menjelma, tiba-tiba hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending di Twitter. Hati Abang Nara mula tidak sedap. Masuk hospital ke si Zed Zaidi ni? Eksiden ke dia nie?

zed zaidi kemalangan

Dengan pantas Abang Nara menjegilkan mata dan mengushar apakah yang terjadi. Rupa-rupanya sekeping gambar eksiden yang melibatkan Zed Zaidi telah pun tersebar di Twitterjaya. Daripada gambar memang nampak teruk sangat kemalangan yang terjadi. Macam dah nyawa-nyawa ikan pun ada jugak.

zed zaidi kemalangan

Namun disebabkan Zed Zaidi ialah seorang pelakon, maka kemungkinan besar gambar tersebut diambil untuk shooting salah sebuah drama/filem lakonannya. Dan ternyata sebenarnya Zed Zaidi tidak eksiden pun. Sememangnya ianya adalah salah satu daripada babak lakonan untuk drama terbaru Zed Zaidi.

zed zaidi kemalangan

Kepada peminat Zed Zaidi, bolehlah anda menarik nafas lega. Tak perlu risau kerana pelakon kesayangan anda sebenarnya sihat walafiat. Abang Nara doakan agar hidup Zed Zaidi sentiasa jauh daripada kemalangan seperti di dalam drama lakonannya ini. Sama-sama kita doakan.