Written by AbangNara | July 28th, 2012

Abang Nara suka dengan cara pemakaian tudung Diana Amir. Sesetengah selebriti wanita yang berhijab kadang-kadang pemakaiannya agak melampau. Nak kata tudung pun dah tak boleh. Kadang-kadang nampak macam kepala dililit dengan lebihan kain langsir yang dibeli di Jalan TAR.

diana amir tudung

Namun Diana Amir tetap maintain menggayakan tudung yang simple. Memang benarlah orang kata, simple itu lebih cantik. Tak ada serabut mata memandang. Sejuk je orang yang melihat. Abang Nara respek dengan Diana Amir dan cara pemakaian tudungnya. Memang wajar dicontohi oleh wanita-wanita Islam Malaysia.

diana amir tudung

Lagi 8 gambar Diana Amir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2012

Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini, selebriti-selebriti tempatan terutamanya wanita mencuba sehabis baik untuk menghormatinya dengan memakai tudung. Salah seorang daripadanya tak lain tak bukan ialah Shila Amzah. Serius kecomelan Shila jelas kelihatan apabila bertudung.

gambar shila amzah bertudung

Mana tahu dengan latihan bertudung di bulan Ramadhan ini, suatu hari nanti Shila Amzah akan terbuka untuk berhijab sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan. Lagi 8 keping gambar Shila Amzah bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.

serunding abang nara

P.S: Masih belum terlambat untuk anda bersahur dan berbuka puasa dengan serunding Nara yang dibawa khas daripada Kampung Laut, Kelantan. Keenakannya terjamin. Rasa daging dan ayamnya sangat menyelerakan. Tempah sekarang untuk makan seisi keluarga atau untuk menjadi dealer di kawasan rumah anda. Email ke [email protected] untuk tempahan dan pertanyaan.

 
Written by AbangNara | July 27th, 2012

Memang cute! Sebentar tadi Zed Zaidi telah pun berkongsi gambar anak lelakinya, Ryan Ziqry yang telah dilahirkan kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Sekali imbas, nampak macam iras wajah isteri Zed Zaidi. Kata orang, kalau anak lelaki ikut muka maknya, besar nanti confirm handsome.

gambar anak zed zaidi

Cute kan? Abang Nara nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Zed Zaidi dan wife kerana telah pun bergelar ayah dan ibu. Semoga anda berdua menempuh hari yang mendatang dengan penuh tenang. Bukan senang nak jaga anak nie. Kena banyak bersabar dan bersedia untuk bangun malam. Tak gitu?

gambar anak zed zaidi

P.S: Adakah Olimpik di London ini bakal menamatkan kemarau emas untuk Malaysia? Lee Chong Wei, Pandalela, Azizul dan kesemua kontijen negara kita perlukan sokongan anda untuk melakar sejarah. Tunjukkan sokongan anda di laman web ini. Mari tunjukkan semangat Malaysia Boleh!!!.

Written by AbangNara | July 27th, 2012

Abang Nara suka sangat-sangat dengan pasangan suami isteri Jejai dan Fasha Sandha ini. Mereka berdua memang sangat-sangat sweet. Dan baru-baru ini, Fasha telah pun mengadakan sambutan hari jadi yang simple untuk hari jadi suaminya yang ke 36. Terpancar sinar bahagia di wajah mereka berdua.

fasha jejai

Dan sebentar tadi menerusi Facebook We Love Fasha Sandha, satu gambar mereka berdua berada di Tokyo telah pun dimuatnaik. Kalau anda perhatikan betul-betul, sudah ada baby bump di perut Fasha Sandha. Abang Nara pulak rasa teruja tak sabar nak tengok anak mereka berdua. Confirm cute mute gila.
fasha jejai

Apa pun Abang Nara nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya kepada pasangan ini. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini memberi lebih keberkatan sebagai suami dan isteri. Tahun depan boleh sambut sebagai ibu bapa pulal. 5 lagi gambar pasangan bahagia ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.