Written by AbangNara | July 3rd, 2012

Abang Nara suka dengan kreativiti bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers si Yasin ini. Kesemua lagu garapannya memang sangat menjadi. Ada feel yang tersendiri. Dan apabila Abang Nara mendapat tahu Yasin telah bergabung dengan Maya Karin untuk sebuah lagu yang diberi nama “Sinar Ini”, Abang Nara makin teruja dibuatnya.

maya karin dan yasin

Abang Nara suka dengan lirik lagu “Sinar Ini”. Penuh dengan unsur ketuhanan. Suara Yasin memang tak dapat dipertikaikan lagi kehebatannya. Namun jangan terkejut kerana vokal Maya Karin di dalam lagu ini turut menyerlah. Tak percaya? Sila tengok YouTube pembikinan video klip lagu “Sinar Ini” di bawah.

Lirik lagu “Sinar Ini” untuk tatapan anda di bawah:-

kumenatap langit, dari jendela,

di celah awan, bima suria.
ku merasakan Mu.
ku rasa kasih yang lindungi ku.

seakan aku dengar Dikau berkata
lalu dalam diam kita berbicara
ku senyum padaNya, dan seraya ku kata;

bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa.
(dan) kutetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana.

Kau semestinya, yang terakhirnya
ku luah rasa sebelum ku terlena
pada impian ku, dan yang Kau mahu, kerana;

dugaan ini hampir aku atasi.
dan kau pun tabah selama ini bagai pasti
di sebalik menanti, bahagia mengiringi sinar ini.

Cantik kan liriknya? Abang Nara berharap agar lagu ini boleh meletup dan akan kerap dimainkan di radio kelak. Tak sabar nak tunggu ianya siap sepenuhnya. Untuk peminat Maya Karin dan Yasin, 11 lagi gambar mereka berdua ketika sesi rakaman video klip dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 3rd, 2012

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Inilah video yang dipersembahkan kepada semua tetamu yang hadir ke majlis resepsi perkahwinan Irma Hasmie di MAEPS malam Ahad lepas. Sila terharu mendengar kisah cinta mereka.

Dan di bawah ini pula ialah video ketika majlis pernikahan mereka. Sangat awesome kan?

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada team Awan Studio Malaysia yang merupakan videographer rasmi perkahwinan Irma dan Redza. Very good job done. LIKE Facebook Awan Studio tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi video-video yang best ini.

Written by AbangNara | July 3rd, 2012

Abang Nara rasa ramai kat sini pengguna tegar barangan Apple. Jadi hari ini, Abang Nara nak bagi peluang kepada anda untuk memenangi sebijik iPad baharu. Caranya sangat senang sahaja. Hanya perlu login Facebook anda di bahagian sidebar BeautifulNara ini. Sila carik gambar di bawah di bahagian sidebar dan login.

login fb

Setelah anda login, tinggalkan komen di entri ini dengan mengisi email yang anda gunakan untuk login Facebook anda. Peraduan ini hanya akan berlangsung selama seminggu sahaja. Seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi The New iPad dan 5 orang lagi akan memenangi T-shirt BeautifulNara. Itu sahaja ~~

P.S: Jangan risau sekiranya komen anda yang diletakkan email tidak keluar. Abang Nara kena manual approve. So tak perlu komen banyak kali.

P.P.S: Pemenang akan dipilih secara cabutan rawak. Abang Nara akan check Facebook si pemenang menerusi email yang diberi. Sekiranya si pemenang tidak dijumpai atau tidak menggunakan apps FB BeautifulNara, pemenang lain akan dipilih.

UPDATE: Hadiah The New iPad telah pun diberikan kepada pemenang bertuah. Nanti Abang Nara mintak dia bagi gambar wajah gembiranya ketika Abang Nara bagi dia iPad. Tahniah diucapkan kepada si pemenang. Teruskan mengguna apps Facebook BeautifulNara kerana akan ada hadiah menarik di masa hadapan untuk anda semua.

Written by AbangNara | July 3rd, 2012

Semasa majlis perkahwinan Irma Hasmie, Heliza Helmi telah pun menjadi pengacara majlis. Semoga selepas ini akan tiba giliran Heliza pula berada di atas pelamin dengan bakal suaminya. Pasti Heliza sendiri tidak sabar-sabar lagi untuk memegang status seorang isteri. Tak gitu Heliza?

heliza umrah

Sebelum majlis perkahwinan Irma berlangsung, Heliza dan beberapa rakan karibnya telah pun pergi menunaikan umrah. Lagi 33 keping gambar Heliza di sana dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Heliza Helmi.

 
Page 30 of 34« First...1020...2829303132...Last »