Written by AbangNara | July 6th, 2012

Semasa berlangsungnya majlis malam Anugerah Stail EH! 2012, Fathia Latiff ternyata mencuri perhatian hampir kesemua peminat yang hadir. Boleh dikatakan dress yang dipakai itu cuba menampilkan sisi seksi dalam diri Fathia. Walaupun kategori artis wanita paling seksi dimenangi oleh Rozita Che Wan, mungkin tahun hadapan Fathia akan menjadi salah seorang calon top 5.

fathia seksi eh

Lagi 6 keping gambar Fathia sekitar malam Anugerah Stail EH! 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | July 5th, 2012

Semalam, bertempat di Grand Dorsett Subang Jaya, telah berlangsung majlis Malam Anugerah Stail EH! 2012. Untuk makluman, EH! ialah sebuah majalah yang sangat popular di kalangan muda-mudi Malaysia. Ramai selebriti yang hadir ke majlis ini dan yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah bakal ibu, Fasha Sandha.

gambar fasha sandha mengandung

Fasha Sandha yang ditemani oleh Jejai tampak makin berseri-seri. Nampaknya seri muka ibu mengandung sudah mula menunjukkan kesannya kepada Fasha. Dan kejelitaan Fasha semakin terserlah apabila mengenakan pakaian yang direka khas oleh Amelia Hassan. Memang seriously gorgeous sangat.

gambar fasha sandha mengandung

6 lagi gambar Fasha Sandha di Malam Anugerah Stail EH! 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook We Love Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | July 5th, 2012

Rasanya semua orang tahu betapa rapatnya Nora Danish dengan keluarga bekas mentuanya. Setiap tahun, walaupun selepas penceraian dengan Jejai, Nora Danish akan turut serta di dalam holiday trip keluarga mentuanya. Hari ini, menerusi Berita Harian, Nora Danish menegaskan yang dia tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya itu.

nora danish

Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-

Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.

Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-

Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran

nora danish

Semoga dengan penerangan daripada Nora Danish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.

Written by AbangNara | July 5th, 2012

Memang power sungguh tajuk yang digunakan oleh editor InTrend kali ini. “Kalau tidak dapat setiap malam, saya rasa ketagih”. Apa yang Eja ketagihkan sebenarnya? Buah epal? Kopi? Biskut Hup Seng? Terpaksalah Abang Nara pergi beli majalah InTrend untuk tahu jawapannya.

eja intrend

Apa pun karisma Eja memang jelas terserlah di muka depan InTrend kali ini. Masih gorgeous seperti biasa. Kalau anda peminat Eja, jangan lupa dapatkan majalah InTrend di kedai buku berhampiran anda hari ini jugak.

eja intrend

Dapatkan blouse dengan harga serendah RM39 sahaja untuk lebih bergaya di hari raya nanti. Kualiti kain terjamin, penghantaran pantas dan paling penting, design memang superb. Sila ushar sekarang jugak di www.gudang.my.