Written by AbangNara | July 13th, 2012

Sekarang ini di serata dunia semuanya sedang demam Kpop. Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Setiap kali ada artis Korea datang ke Malaysia, boleh dikatakan sold out jugaklah tiket-tiketnya. Paling hebat pastinya kehadiran Big Bang Ke Malaysia pada bulan Oktober nanti. Namun bagaimanakah Kpop ini bermula di Malaysia sebenarnya?

KPOP

Ketika Abang Nara sambung belajar di Korea pada tahun 2001, dunia masih tidak mengenali Korea. Samsung masih merupakan satu jenama yang dipandang rendah berbanding Sony. Drama-drama dan lagu-lagu Jepun masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Namun segalanya bermula dengan penyebaran video klip lagu “Because I’m a girl” daripada kumpulan KISS.

Dengan melodi yang menyedihkan, lirik lagu yang menyentuh perasaan dan paling penting, video klip yang mampu mengalirkan air mata, sejarah Kpop bermula secara viral di Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya tiada lagikah produk dari Korea yang sehebat lagu ini? Bermula dari sinilah masuknya drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven.

kpop

Kemudian kemunculan idola Kpop yang bukan sahaja boleh menyanyi dan menari iaitu Rain menerusi lakonannya di dalam drama FullHouse menghangatkan lagi demam Kpop di Malaysia. Ramai gadis-gadis remaja jatuh cinta dengan lakonan Rain di dalam drama ini sekaligus mengisytiharkan Rain sebagai kekasih impian mereka.

KPOP

Perlu diingatkan ketika ini penyanyi-penyanyi berkumpulan seperti Big Bang, Wondergirls, Girl Generation, KARA dan banyak lagi masih belum sampai pengaruhnya ke Malaysia. Pada ketika ini, kira-kira tahun 2007-2008, Kpop meluaskan empayarnya terlebih dahulu menerusi eksport drama-drama mereka. Kemungkinan besar kekacakan wajah hero dan kecantikan heroin drama Korea ditambah pula dengan jalan cerita yang sedih tahap gaban menyebabkan populariti Kpop meningkat secara mendadak.

KPOP

Nantikan part II yang akan menyusul minggu depan untuk informasi selanjutnya tentang fenomena Kpop di Malaysia. Kalau anda ada informasi yang menarik, ada fakta yang ingin diperbetulkan atau ingin berkongsi pengalaman Kpop anda, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Written by AbangNara | July 13th, 2012

Antara kehadiran selebriti yang tidak disangka-sangka ketika fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars designer ialah Fauziah Latiff. Kehadiran Jee sememangnya agak mengejutkan setelah agak lama tidak tampil di khalayak ramai. Abang Nara seakan-seakan tidak percaya apabila melihat wajah Jee yang masih nampak muda seperti tidak dimakan usia.

jee

Selain Jee, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah turut membuat penampilan istimewa. Malah Zaquan turut menjadi salah seorang model catwalk untuk busana Hari Raya 5 Stars. Ramai wanita yang hadir seolah-olah gugur jantung melihat kehenseman Zaquan membuat catwalk.

aidil

8 lagi gambar sekitar fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars dengan membaca entri ini sepenuhnya.

jee

P.S: Abang Nara selama ini memang teringin gila nak ada buku cek. Bukan apa, selalu orang-orang kaya dalam drama atau movie memang suka gunakan cek untuk buat bayaran. Keinginan Abang Nara tercapai jua apabila Citibank Ready Credit turut menyediakan perkhidmatan cek. Abang Nara dah berjaya bayar bil Astro guna cek minggu lepas. Fuh ~~ Terasa macam orang kaya sebentar. Hehehe ~~

 
Written by AbangNara | July 12th, 2012

Kelantangan Abby Abadi berbicara ketika berhimpun memohon pembebasan tahanan ISA membuatkan Dato’ AC Mizal mengajaknya berdebat secara terbuka. Menurut tweet yang dihantar oleh AC Mizal, Abby Abadi telah pun mengutuk PDRM dengan kata-kata yang diluahkan ketika berhimpun.

ac mizal

Antara kata-kata yang dilontarkan oleh Abby Abadi ialah:-

Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu dikira bershubahat. Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo. Saya tak pernah tahu pun. Bayangkanlah diri masing-masing, yang berada didalam tu kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni.

Video penuh di bawah untuk tatapan anda supaya dapat mendengar dengan telinga anda sendiri kata-kata daripada mulut Abby Abadi:-

Abang Nara tak mahu menyokong mana-mana pihak. Semua orang ada pendapat mereka sendiri. Persoalannya sanggupkah Abby bersemuka dengan AC Mizal dan berdebat secara terbuka tentang isu ini? Nampaknya dunia artis sekarang pun serba sedikit sudah bercampur gaul dengan dunia politik. Apa kata anda? Kredit info Media Hiburan.

Written by AbangNara | July 12th, 2012

Semua orang tahu betapa dalamnya kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil. Sekejap nak cerai, sekejap tak jadi cerai. Satu persatu cerita dikeluarkan di mahkamah. Dan baru-baru ini, hakim yang mengendalikan kes mereka menasihatkan agar Rita dan Aidil berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga kerana mereka adalah selebriti terkenal.

rita aidil

Kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad:-

Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka. Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik

Betul juga kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad ini. Impak perbicaraan kes Rita dan Aidil bukan hanya pada diri mereka sahaja tetapi juga kepada peminat-peminat mereka. Abang Nara doakan agar kes mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Lagi bagus kalau dapat diselesaikan secara baik. Kalau dah tak boleh sangat, hanya penceraianlah jalan terakhir. Semoga jalan terakhir itu dapat dielakkan.

baju beautifulnara

T-Shirt BeautifulNara kini boleh dibeli dengan harga RM29 termasuk kos penghantaran. Murah gila kan? Dapatkannya hari ini juga dengan menghantar email ke sales@gudang.my. Siapa cepat dia dapat. Sangat-sangat terhad.

Page 20 of 34« First...10...1819202122...30...Last »