Written by AbangNara | July 23rd, 2012

Amy Mastura nie daripada Abang Nara kecik sampai sekarang memang mukanya tak pernah berubah. Still nampak muda. Kalau orang tak tahu , pasti ramai yang meneka umur Amy Mastura dalam lewat 20-an. Memang awet muda gila-gila punya.

amy mastura

Dan baru-baru ini, Amy Mastura yang merupakan duta produk KOSE telah hadir ke majlis pelancaran kempen “Save The Blue”. Kempen ini bertujuan untuk menyelamatkan terumbu karang di lautan Malaysia. Dengan setiap pembelian produk KOSE yang tertentu, keuntungannya akan disalurkan ke dalam kempen ini.

amy mastura

Menarik kan? Jadi kalau anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, bolehlah ke Facebook Kose Malaysia. Buat masa ini, layankan 14 keping gambar Amy Mastura di majlis tersebut baru-baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 23rd, 2012

Mungkin ini berita gembira buat Nora Danish tetapi merupakan berita sedih kepada jejaka yang menaruh hati kepada si ibu tunggal ini. Nora Danish hari ini menerusi Kosmo mengakui yang dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang mengenali hati budi si dia yang bertuah itu.

nora danish
Siapakah jejaka yang bertuah itu? Buat masa ini, identitnya masih rahsia. Namun yang pasti sudah tentu bukan Abang Nara. Hahaha. Kata Nora Danish:-

Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita.

Pasti ramai yang kecewa mendengar pengakuan Nora Danish ini. Namun Abang Nara berharap anda doakanlah agar Nora benar-benar bercinta dan seterusnya akan berkahwin dengan jejaka ini. Rasanya memang sudah lama Nora memegang status ibu tunggal. Orang kata, daripada hidup berseorangan, lebih baik ada berdua. Tak gitu?

serunding

P.S: Dapatkan serunding daging/ayam untuk persediaan bulan Ramadhan ini. Boleh buat duit lebih sekiranya anda berminat untuk tolong Abang Nara menjualnya. Kepada mereka yang membeli lebih daripada 3kg, ada hadiah misteri akan diberikan. Jika berminat, email kepada lorongsetia8@gmail.com untuk tempahan dan soalan.

Written by AbangNara | July 23rd, 2012

Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.

status irma hasmie

Abang Nara suka benar membaca kenyataan Irma Hasmie yang disiarkan menerusi Pancaindera semalam. Bertambah-tambah tahap kerespekan Abang Nara kepada Irma. Kata Irma:-

Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.

Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.

Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.

Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.

Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.

Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung.

Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.

Written by AbangNara | July 21st, 2012

Fuh ~~ Jeles sungguh Abang Nara melihat gambar-gambar percutian Diana Danielle dan rakan-rakan ke Eropah baru-baru ini. Diana sempat menjelajah London, Barcelona dan Amsterdam. Nampak sangat meriah dan sangat seronok. Ini yang buat Abang Nara teringin nak ajak wife pergi jalan-jalan ke Eropah jugak.

diana danielle eropah

Perkembangan terbaru Diana Danielle ialah dia akan muncul di dalam filem Hantu Gangster yang diarahkan oleh Namewee. Sambil kita menunggu, apa kata kita layan dan cemburukan percutian Diana Danielle dan rakan-rakan ke Eropah. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 34« First...89101112...2030...Last »