Written by AbangNara | July 31st, 2012

Amboi memang aktif sungguh Sheikh Muszaphar menjalankan tanggungjawabnya menambah umat Islam di bumi ini. Dr. Halina telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keduanya menerusi blog Barelysupermommy Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan ini.
dr halina mengandung lagi

Ini bermakna Bella, anak sulung pasangan ini bakal mendapat adik tidak lama lagi. Dr. Halina berdoa agar kandungannya kali ini adalah lelaki. Sama-sama kita doakan agar hasrat Dr. Halina akan tercapai. Abang Nara ucapkan tahniah dan semoga kandungan akan sihat walafiat sehingga hari kelahiran kelak.

Written by AbangNara | July 31st, 2012

Ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Ke mana tak tumpahnya kecomelan kalau tak ke anak sendiri. Abang Nara tengok si Rayqal nie memang sebijan muka maknya. Putih melepak. Memang confirm besar nanti handsome dan menjadi pujaan ramai.

rayqal anak nora danish

3 lagi gambar Rayqal, anak Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MediaHiburan.

serunding abang nara

P.S: Sudah ramai yang merasai keenakan serunding Nara yang dibawakan khas dari Kampung Laut, Kelantan. Baru-baru ini ada orang dari Bangsar siap order sampai 7kg sebab sedap sangat katanya. Teruja tak nak try? Email ke lorongsetia8@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan.

 
Written by AbangNara | July 31st, 2012

Abang Nara ingatkan kaum wanita sahaja yang selalu ditipu dengan sindiket pelaburan Internet, rupa-rupanya kaum lelaki turut menjadi mangsa. Tambah hebat apabila pelaburan internet itu berjaya menipu Ady Putra sebanyak RM19,000. Satu angka yang agak besar juga di mata Abang Nara.

ady putra

Ady Putra telah pun membuat laporan polis berkaitan penipuan ini dan enggan mengomen lebih lanjut lagi. Alang-alang dah masuk bab penipuan Internet ini, Abang Nara ingin berpesan terutamanya kepada kaum wanita. Jangan mudah tertipu dengan email, Facebook Chat, SMS dan macam-macam teknik lagi yang kononnya ada omputih ingin berkenalan dengan anda. Itu sebenarnya penipuan semata-mata.

ady putra

Kebanyakan omputih ini sebenarnya adalah orang Afrika yang telah dilatih untuk menipu rakyat Malaysia terutamanya wanita. Wanita yang selalu ditipu pula ialah janda, andartu dan mereka yang tak laku di pasaran. Jadi bila ada omputih yang kata jatuh cinta dengan golongan seperti ini, pastinya hati berbunga-bunga. Bila duit dah habis ratus ribu, barulah sedar dah kena tipu.

ady putra

Jadi berhati-hatilah. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat manis. Abang Nara pelik jugak sebab modus operasi sindiket ini kesemuanya sama tetapi masih ramai yang tertipu. Abang Nara nasihatkan bacalah Harian Metro atau pun Kosmo sebab suratkhabar ini selalu membongkar penipuan sebegini.

Written by AbangNara | July 31st, 2012

Alhamdulillah. Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Tambah manis apabila penghijrahan itu dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Aleya atas penghijrahan ini.

sharifah aleya bertudung

Kata Sharifah Aleya kepada portal Murai:-

Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan.

Semoga Sharifah Aleya diberikan kekuatan untuk terus kekal bertudung buat selama-lamanya. Abang Nara tengok memang makin cantik apabila Sharifah Aleya bertudung. Jutaan tahniah sekali lagi kepada Sharifah Aleya atas hijrah ini. Anda juga boleh ucapkan tahniah kepadanya menerusi Twitter SharifahaLEYA.

Page 1 of 3412345...Last »