Written by AbangNara | June 27th, 2012

Kepada anda yang ingat Zed Zaidi akan mempertikaikan MyPR yang diperolehi oleh Aaron Aziz, anda ternyata silap besar. Zed Zaidi adalah seorang gentleman dan telah pun mengucapkan tahniah kepada Aaron atas berita gembira tersebut.

zed zaidi

Malah Zed Zaidi berkata yang persahabatan dengan Aaron tiada masalah walaupun dilanda kontroversi selama ini. Kata Zed Zaidi kepada Harian Metro semalam:-

Tahniah Aaron kerana bergelar penduduk tetap (PR) negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu. Tanpa sebarang niat, saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami, baru-baru ini.

Kan bagus kalau gini. Habis sudah satu kontroversi yang sangat besar tahun ini. Tak payah nak gaduh-gaduh lagi. Semoga Zed Zaidi pun dapat menumpukan lebih perhatian menjalankan tugas selaku presiden Seniman dengan tamatnya satu kontroversi ini. Diharap Zed Zaidi akan turut dapat membantu menyelesaikan persengketaan antara Neelofa dan Anzalna secepat mungkin.

Written by AbangNara | June 26th, 2012

Abang Nara tak tahu sama ada Mawi masih relevan kepada anda atau tidak. Namun bagi Abang Nara, Mawi tetap dekat di hati kecil ini. Abang Nara teringat ketika zaman AF. Satu family menyokong Mawi. Memang ketika itu gelombang Tsumawi sangat hebat. Dan kini, Mawi sudah pun memiliki akaun Twitter untuk memudahkan peminat mengetahui perkembangannya.

twitter mawi

Untuk peminat Mawi, silalah follow Twitternya di @CahayaAsmawi. Diharap Mawi akan selalu berkongsi gambar anaknya, Cahaya Malaika untuk tatapan para peminat. Kepada Mawi, welcome to the Twitterjaya.

Written by AbangNara | June 26th, 2012

Diana Amir telah pun selamat menunaikan umrah selama 11 hari yang berakhir 19 Jun baru-baru ini. Daripada status yang diupdate menerusi Facebook Diana Amir, umrah tersebut berjalan dengan lancar. Paling menggembirakan sudah tentu apabila Diana Amir dapat mencium Hajarul Aswad.

gambar diana amir umrah

Lagi 7 keping gambar Diana Amir menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 26th, 2012

Teringat Abang Nara zaman muda-muda dulu. Ramai kawan Abang Nara yang bercinta memberikan hadiah cincin kepada awek-awek mereka. Kata mereka, itu cincin couple. Tanda si gadis sudah kena chop. Namun bagi Zizan dan Juliana Evans, walaupun sudah memakai cincin serupa, mereka sekadar kawan baik sahaja.

cincin juliana evans zizan

Menurut Zizan, cincin tersebut adalah pemberian Juliana Evans kepada dirinya. Adakah ini bermakna Juliana Evans sudah chop Zizan? Hehehe. Itu satu gurauan sahaja. Daripada apa yang diberitahu kepada media, Zizan mengakui Juliana Evans sekadar kawan rapat yang sekepala dengannya.

cincin juliana evans zizan
Abang Nara respek dengan Zizan. Abang Nara yakin kalau anda berada di tempat Zizan, sudah pasti anda dah canang satu dunia Juliana Evans itu awek anda. Iyerlah, Juliana Evans kan cun melecun. Kalau tak chop awal-awal mahu kena rembat dengan orang lain. Mungkin Zizan dan Juliana Evans masih hanya mahu berkawan terlebih dahulu sebelum memasuki fasa percintaan.

cincin juliana evans zizan
Apa pun Abang Nara doakan agar perhubungan Zizan dan Jue akan menjadi lebih daripada kawan satu hari nanti. Bukan apa, kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Memang sesuai sangat kalau bercinta. Tak gitu? Kredit gambar kepada BuahMulut.