Written by AbangNara | June 29th, 2012

Abang Nara pernah terbaca kisah seorang kafir yang dipenuhi badan dengan tatu. Kemudian selepas mendapat hidayah, dia memutuskan untuk memeluk Islam. Namun seperti yang kita tahu, Islam menghalang tatu. Apabila dia mengambil wuduk, semua tatu yang ada di badannya terus hilang. Memang ajaib kuasa Allah kan?

awi rafael

Selepas mengakui memiliki tatu di badannya, Awi Rafael kini sedang berusaha menghilangkan tatu tersebut dengan cara perubatan Islam. Kata Awi Rafael kepada Mstar Online:-

Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa. Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden. Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut. Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya.

Abang Nara suka membaca kenyataan Awi Rafael ini. Nampak sangat tenang dan matang. Bukan senang nak mengakui kesilapan diri dan tidak menyalahkan orang lain atas penyebaran gambar tersebut, namun ternyata Awi percaya ada hikmah di sebalik kesemuanya. Semoga Awi Rafael kekal dengan sikap sebegini dan akan terus menjalani rawatan membuang tatunya.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Abang Nara kagum dengan kehebatan Ella merahsiakan hari pernikahannya yang tinggal tidak kurang daripada seminggu sahaja lagi. Sebentar tadi, portal Murai telah mengumumkan yang Ella bakal bernikah pada 7 Julai dengan seorang juruterbang yang berasal daripada Muar, Johor.

gambar nikah ella

Ella sebelum ini dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Menurut ahli keluarga terdekat Ella, majlis pernikahan akan dilakukan di rumah kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan akan berjalan dengan lancarnya.

P.S: Kucing buta yang comel.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Semalam Abang Nara sempat membeli Harian Metro untuk membaca lebih lanjut tentang kes penceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek. Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.

raja azmi cerai

Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri.

Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami.

Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.

Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.

Anak kami semuanya faham dengan situasi yang kami hadapi. Mereka sudah matang dan mengerti bahawa keluarga kami adalah mangsa fitnah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Malah esok(hari ini)ulang tahun hari jadi saya. Apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon petunjuk dan hidayah agar saya dan Jalani terus diberikan kekuatan meneruskan hidup.

Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.

Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti Jalani akan bertemu dengan wanita yang lebih dalam hidupnya.

Jalani pula hari ini menerusi Berita Harian menjelaskan bahawa penceraian mereka tidak ada kaitan dengan orang ketiga sebaliknya hanya mahu memberikan kebahagiaan kepada Raja Azmi yang tidak putus-putus dilanda kontroversi sepanjang perkahwinan mereka.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Pasangan bahagia ini pastinya bertambah bahagia selepas mereka berdua disahkan mendapat MyPR baru-baru ini. Abang Nara suka sangat dengan Aaron Aziz dan Diyana Halik ini. Tak pernah dengar cerita kurang baik tentang rumah tangga mereka. Diharapkan mahligai bahagia mereka berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat

aaron aziz dan diyana halik

Memang sama cantik sama padan kan? Pasti banyak cerita menarik yang dikongsikan oleh mereka berdua di dalam edisi majalah Stailista yang terbaru ini. Jadi jangan lupa dapatkan majalah ini di kedai buku berhampiran anda.

P.S: Semalam Abang Nara nak beli perabot dapur kat rumah kedai berhampiran tempat tinggal Abang Nara. Duit dalam Maybank hanya tinggal RM100 tapi perabotnya harga RM500. Lepas tue kedai tue tak terima kad kredit pulak. Tengah pening-pening memikirkan camna nak membayar, sekali tue teringat Citibank Ready Credit yang Abang Nara ada.

citibank

Yeah ~~ Kad nie sebenarnya boleh digunakan macam kad ATM biasa. Abang Nara dengan pantas pergi ke ATM yang ada tanda MEPS di stesen Petronas dan terus cucuk duit sebanyak RM500. Memang time-time perlukan cash macam nie sangat sesuai la menggunakan Citibank Ready Credit. Dapat gaji nanti terus bayar balik. Setel!!!