Written by AbangNara | June 11th, 2012

Kisah cinta antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia nampaknya masih ada sinar harapan lagi. Semalam, menerusi BiPop, Fizz memaklumkan yang dia masih sempat mencuri masa untuk menjaga Almy Nadia di hospital setelah Almy menjalani pembedahan apendiks. Namun Fizz mengakui yang dia tidak pernah memaklumkan kepada Almy tentang hal lamaran.

fizz fairu dan almy nadia

Ikuti temuramah penuh antara BiPop dan Fizz Fairuz di bawah untuk mendalami isi hati si jejaka ini.

BIPOP: Jadi, kamu berdua sebenarnya masih hangat bercinta?
FF: Kami masih bersama. Malah, semasa dia sakit di hospital gara-gara pembedahan apendiks, saya ada mencuri masa menjaganya.

BIPOP: Kamu berdua selalu berjumpa ke?
FF: Memang apabila sibuk dengan komitmen seni, kami jarang berjumpa. Balik saja dari penggambaran, saya kepenatan dan tidur. Saya faham di pihaknya, dia pasti terasa dan sedih apabila kami tak selalu berjumpa. Saya akui apabila terlalu sibuk dengan dunia saya, ada kalanya saya terlupa hal lain, begitu juga dia. Tapi itu tidak beerti saya melupakannya. Saya percaya dia sendiri di pihak wanita akan gementar apabila terus diasak hal perkahwinan. Tempoh percintaan kami pun boleh dianggap lama. Jadi semestinya ramai mengharapkan ia akan berakhir dengan kesudahan yang indah.

Baca entri ini sepenuhnya untuk temuramah penuh.

 
Written by AbangNara | June 11th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara buat sedikit research tentang pembelajaran bahasa Korea. Ternyata memang ramai yang berminat. Ini mungkin kerana demam Kpop yang sedang hangat menular di seluruh dunia. Jadi hari ini, Abang Nara ingin membuka pendaftaran untuk kelas belajar bahasa Korea. Dengan hanya RM199 sebulan, anda akan mendapat:-

1. Kelas 2 kali seminggu, setiap kelas selama 3 jam
2. Buku teks disediakan
3. Guru mengajar daripada Korea sendiri
4. Pengajaran mengikut silibus Language Education Seoul National Universiti
5. Silibus merangkumi percakapan, penulisan dan pendengaran dalam Bahasa Korea

Kelas bahasa Korea ini akan bermula pada 16 Jun (10 pagi – 1 tengah hari) ini bertempat di 8-1, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang. Sekiranya anda berminat, boleh membuat pembayaran sebanyak RM199 ke Maybank 562834617464 (Gudangmy Resourses) dan hantar bukti pembayaran ke learnkorean@beautifulnara.com.

learn korean[Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas]

Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus menelefon Afizi di talian 03-87405015 @ 019-361-8718. Kalau anda mula belajar bersama kami, Abang Nara berani jamin boleh cakap Korea dengan lancarnya apabila Big Bang datang Malaysia nanti.

Written by AbangNara | June 11th, 2012

Susulan pendedahan Anzalna di dalam BiPop semalam kononnya Nelofa cuba menjatuhkan dia, Abang Nara sempat menghubungi Neelofa sama ada ingin membuat kenyataan tentang isu ini. Sayangnya Neelofa berkata yang dia ingin menyelesaikan perkara ini melalui saluran rasmi dan berharap agar Abang Nara bersabar sehingga tiba saat itu. Namun pagi tadi, Neelofa sempat meluahkan sedikit isi hatinya menerusi Twitter Neelofa.

neelofa

Seperti yang anda baca di atas, Neelofa menyatakan apa yang telah didedahkan oleh Anzalna adalah fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan dirinya.

neelofa

Abang Nara masih tidak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan “official way”. Adakah Neelofa akan membawa perkara ini ke mahkamah? Abang Nara berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik di antara mereka yang terlibat. Namun keputusan semuannya di tangan Neelofa. Sama-sama kita nantikan.

Written by AbangNara | June 11th, 2012

Pemain bass kumpulan New Boyz, Zack atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berdepan dengan hukuman maut atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja di sebuah kondominium di Damansara 2 tahun yang lalu. Jika sabit kesalahan, Zack boleh digantung sampai mati.

zack new boyz

Zack yang merupakan bapa kepada 2 orang anak telah ditahan reman sejak tarikh tangkapannya 26 Januari 2010 bakal mengetahui nasib dirinya apabila kes ini akan dibicarakan selama 5 hari bermula 24 September ini. Ketika prosiding, Zack kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum apabila dibawa keluar daripada mahkamah.