Written by AbangNara | June 29th, 2012

Pasti ramai yang teruja untuk melihat kecantikan, keanggunan, kekacakan dan ketampanan pasangan pengantin baru ini. Mengenakan busana pengantin daripada Hatta Dolmat, ternyata Irma Hasmie dan Reza Syah memang sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua.

gambar nikah irma hasmie

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Irma dan Reza Syah atas pernikahan mereka berdua. Majlis persandingan yang akan berlangsung di MAEPS 1 Julai ini pasti akan meriah. Lagi 21 keping gambar sekitar majlis pernikahan Irma dan Reza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie yang telah pun sah bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.50 petang tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan baju berwarna putih.

gambar nikah irma hasmie

Wang hantaran telah pun dirahsiakan namun Irma Hasmie menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan menghantar 13 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin lelaki. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Irma dan Reza atas pernikahan ini. Nantikan gambar sekitar majlis pernikahan mereka sebentar lagi. Kredit info dan gambar kepada  Mstar Online.

P.S: Demam EURO 2012 sudah semakin tamat. Siapakah yang anda mahukan dinobat sebagai juara? Itali atau Spain? Abang Nara tak kisah sebab pasukan feveret Abang Nara sudah terkeluar. Tapi Abang Nara kisah dengan promosi Whatchuwant daripada Xpax ini.

whatuwant

Abang Nara kisah sebab hadiah-hadiah yang ditawarkan memang superb. Ada Samsung Galaxy S II, ada Playstation, ada Macbook Pro dan ada macam-macam lagilah hadiah yang best. Abang Nara cuma perlu dial *128# dan pilih salah satu pack di bawah untuk berpeluang memenangi hadiah super awesome ini.

whatuwant

Dan sehingga 1 Julai ini, ada 2 pakej promosi Whatchuwant Xpax ini iaitu Football SMS Alert Pack dan Talk n Text Pack. Kalau selama ini Abang Nara sekadar habiskan masa dan duit di kedai mamat, kini Abang Nara boleh menang hadiah-hadiah yang best. Terima kasih kepada promosi Whatchuwant ini. More info di www.xpax.com.my/whatchuwant.php.

Written by AbangNara | June 29th, 2012

Marilah sama-sama kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Osman Kering yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3.45 petang tadi. Menurut status Facebook milik anak Allahyarham, jenazah Osman Kering akan dibawa ke Masjid Al Nijihin Sri Permaisuri pada jam 5.30 petang untuk urusan pengemubian.

osman ali meninggal dunia

Osman Kering yang berumur 58 tahun telah dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin ~~

Written by AbangNara | June 29th, 2012

Kalau daripada info yang diterima, Irma Hasmie bakal menjadi isteri orang pada hari ini selepas solat Asar. Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma. Semoga majlis pernikahan yang bakal berlangsung beberapa jam lagi akan berjalan dengan lancarnya. Pasti Irma sedang sangat teruja sekarang ini.

gambar pernikahan irma hasmie

Kepada lelaki di luar sana yang menaruh hati kepada Irma, pendamkanlah sahaja perasaan itu dan doakan agar rumah tangga Irma yang bakal terbina akan kekal selama-lamanya. Lagi 11 keping gambar bakal pengantin baru, Irma Hasmie dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada jurugambar rasmi majlis pertunangan Irma Hasmie, Hazelnart Work Photographic Studio.