Written by serenity | June 30th, 2012

Siri Teater Tradisional 2012 merupakan satu program yang diadakan sempena bulan Festival Kuala Lumpur yang menekankan aspek penglibatan peserta dari pelbagai kaum. Program ini bertujuan untuk mengangkat martabat siri teater tradisional agar tidak lupus ditelan dek zaman.

Objektif mengadakan program Siri Teater Tradisional 2012 ini adalah untukmengangkat dan memartabatkan teater tradisional ke taraf kecemerlangan. Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap teater tradisional dan satu usaha ke arah pemuliharaan dan pengekalan seni teater tradisional.

Membuka persembahan malam ini dan esok (30 Jun dan 1 Julai) di Panggung Eksperimen ASWARA mulai 8.30 malam ialah persembahan teater Opera Cina yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Totalmas. Pada asal akar umbinya kumpulan ini mula diasaskan sekitar tahun 1957 dan bergiat aktif sehingga ke hari ini. Kumpulan ini telah dinamakan Persatuan Peminat Opera Dan Muzikal Cina Totalmas Kuala Lumpur (Opera Cina Totalmas) dan sebagai presiden kumpulan, Encik Tan Cho San (Frankie) menjadi tunjang utama menerajui semua aktiviti-aktiviti dan projek-projek bagi memastikan kumpulan ini bergiat cergas.
 Kumpulan ini dibantu oleh jurulatih-jurulatih yang terlatih di samping pemain-pemain watak (pelakon) dan ahli muzik. Kerjasama yang kukuh menjadikan kumpulan ini terus berkembang dan berjaya.

Opera Cina merupakan seni teater yang unik dan popular yang memaparkan identiti masyarakat Cina sejak ia dibawa masuk pada pertengahan abad ke 19. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti pemandangan pentas, kostum yang bersesuaian dengan tajuk pementasan opera, dan juga seni lakonan.

Opera ini masih dapat ditonton hingga sekarang disebabkan oleh kewujudan, dedikasi dan cinta para pelakon sesebuah kumpulan itu

Teater Wayang Kulit Purwo pula akan menemui penonton pada 5 dan 6 Julai di tempat dan waktu yang sama. Di Johor kesenian Wayang Kulit terdapat di bahagian selatan pantai barat dan biasanya digerakkan oleh penduduk-penduduk berketurunan Jawa. Bermula dari kedatangan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu khususnya di kawasan pantai  barat Negeri Johor dan penempatan di kawasan Daerah Batu Pahat dan Pontian.

Di Kampung Parit Bingan Darat Mukim 8, Parit Raja ini kesenian Wayang Kulit Purwo ini telah diasas dan dipimpin oleh Allahyarham Embah Bakri seorang tokoh dikalangan masyarakat setempat. Beliau telah diangkat menjadi dalang wayang kulit purwo di kampung ini dan kemudiannya selepas perang dunia kedua diangkat pula Pak Sukur sebagai dalang seterusnya Dalang Tuan Haji Misiran Tarjo. Kumpulan ini kemudiannya diberi nama Kumpulan Wayang Kulit Purwo Setia Budi.

Kumpulan diambil alih oleh Dalang Encik Yusof Hj.Marji. Setelah beliau meninggal dunia kumpulan wayang kulit ini berpecah dua dan menggunakan nama asal Setia Budi dan menjalankan kegiatan di Kampung Parit Nipah dibawah pimpinan Wak Miskon dan kumpulan asalnya meneruskan kegiatannya dengan nama Kumpulan Wayang Kulit Sri Wahyuni di bawah pimpinan Dalang Encik Mohamad Hj.Marji dan Dalang Encik Margono Paijo. Pada masa lalu terdapat juga dalang-dalang undangan seperti Arwahnya Pak Margono Sitir dari Batu Pahat, Pak Misran dari Kluang, Pak Robion dari Johor Bahru dan Pak Karjo dari Pontian.

Manakala pada 7 dan 8 Julai. Teater Jikey akan dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA oleh Kumpulan Teater Tradisional Negeri Kedah.

Kesenian Tadisional Jikey adalah sejenis teater rakyat yang terkenal di kalangan penduduk di Utara Semenanjung terutamanya di Negeri Kedah dan Perlis.

Jikey merupakan kesenian yang paling ketara dengan ciri-ciri tempatan hingga menjadi satu identiti Pulau Langkawi yang menggabungkan unsur muzik, nyanyian, tari dan lakon. Jikey merupakan sebuah teater tradisional yang mempunyai cirri-ciri ‘folk’ dan teater ini hampir pupus. Ianya berbentuk teater sekeliling pada zaman dahulu yang berbentuk gelanggang. Gelanggang ini dibina di atas tanah kerana lebih mudah ditonton serta dilakonkan ceritanya tetapi telah diubahsuai pada masa kini dan boleh dipentaskan diatas pentas moden.

Kesenian ini hampir pupus dan pemain wataknya adalah terdiri daripada golongan warga emas. Jesteru persembahan-persembahan yang berkala akan membantu kepada usaha pengekalan dan pemuliharaan kesenian ini dari terus ditelan arus pemodenan.

Orang ramai dijemput untuk menonton teater-teater tradisional ini di Panggung Eksperimen ASWARA pada tarikh-tarikh yang disebutkan mulai 8.30 malam. Pas masuk percuma boleh didapati di pintu masuk. Program ini diseliakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Kalau bukan kita yang menghargari teater tradisional kita, siapa lagi, bukan?

Written by serenity | June 30th, 2012

Tidak disangka-sangka, Lana Nordin, pelakon yang pernah dijolok sebagai Pamela Anderson Malaysia berpakaian seksi maut di tanah seberang. Menurut Mangga Online, Lana telah berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.

Lana dilihat mengenakan bikini bahagian atas warna hitam dan skirt pendek bawah pusat. Wah, bisa ngetop persis Julia Perez ini! Malaysia Boleh. Kan? (gambar penuh sila lihat di Mangga Online).

Written by AbangNara | June 30th, 2012

The Kliker merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Reza Syah. Memang gambar-gambar diorang ini sangat superb. Irma dan Reza yang dah memang cantik dan tampan nampak semakin berseri di dalam gambar. Tahniah kepada team The Kliker atas hasil kerja yang mantap ini.

the kliker

18 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook The Kliker – Official Photographer for Irma Hasmie’s Wedding.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2012

Manchester United ialah pasukan kegemaran Abang Nara. Baru-baru ini apabila Manchester United mengumumkan Shinji Kagawa sebagai pemain baru mereka, Abang Nara menarik nafas lega. Akhirnya ada jugak creative midfielder yang muda sebagai pengganti Paul Scholes.

mencari ramli

Nampaknya kelab Manchester United semakin hari semakin berani mengambil risiko dengan pemain-pemain daripada Asia untuk membantu merampas kembali takhta kejuaraan daripada Manchester City. Park Ji Sung (KOREA), Dong Fangzhou (China) dan kini Shinji Kagawa (Jepun) telah pun menyarung jersi Manchester United. Adakah suatu hari nanti akan ada seorang rakyat Malaysia menjadi pemain Manchester United seperti Ramli di bawah?

Sebenarnya, pemain Malaysia ketika muda sememangnya sangat berbakat besar. Untuk makluman, kalau game under 13 atau under 16, mutu persembahan yang ditonjolkan boleh dikatakan setanding dengan negara Eropah lain. Sebab itulah, Abang Nara teruja sangat apabila TM melancarkan program “Mencari Ramli” ini.

mencari ramli
“Mencari Ramli” membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke bawah tak kira bangsa apa untuk mencapai impian mereka. Kalau Abang Nara bawah 16 tahun, confirm Abang Nara join program “Mencari Ramli” nie sebab hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik.
mencari ramli

Abang Nara dah tengok kat YouTube (klik sini untuk menonton) beberapa pemain yang menyertai program ini. Memang berbakat gila-gila punya. Kalau korang tengok, mesti korang tak sangka ada pemain sebegini hebat di Malaysia. Pastikan juga anda melekat di TV9 setiap hari Isnin jam 9.30 malam sebab segmen “Mencari Ramli” akan ditayangkan selama 10 minit.

mencari ramli

Kalau sekarang Malaysia sudah ada Nazmi Faiz yang bermain di Portugal, dengan program seumpama “Mencari Ramli” ini, tidak mustahil suatu hari nanti akan ada rakyat Malaysia yang bakal menyarung Manchester United. More info layari laman web rasmi Mencari Ramli, LIKE Facebook Team Malaysia dan follow Twitter Team Malaysia.

Page 1 of 3412345...Last »