Written by AbangNara | May 27th, 2012

Gorgeus gila!!! Orang yang secantik Diana Danielle tampil lebih menawan apabila bertudung menghiasi muka hadapan majalah EH! untuk bulan Jun 2012. Nampak sangat ayu gitu. Pasti banyak cerita menarik yang dikongsikan oleh Diana Danielle untuk para peminatnya di dalam majalah EH! kali ini.
diana danielle

Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan terima kasih kepada Diana Danielle kerana sudi bergambar dengan baju T-Shirt BeautifulNara semasa Hari Belia 2012. Rakan Abang Nara yang turut berada di tempat kejadian terus jatuh hati dengan kesopanan dan kebaikan hati Diana Danielle.
diana danielle Kalau anda ingin dapatkan T-Shirt BeautifulNara ini, sila email ke [email protected] Terima kasih.

Written by AbangNara | May 26th, 2012

Pagi tadi, telah dijalankan mesyuarat agung Seniman untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS. Antara yang menarik perhatian pastinya jawatan Presiden sendiri. Dan jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zed Zaidi kerana telah dilantik menjadi Presiden Seniman. Untuk makluman, Presiden Seniman sebelum ini ialah Harun Salim Bachik.

zed zaidi

Zed Zaidi yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden Seniman dilihat memang layak untuk memegang jawatan Presiden selepas tampil berani memperjuangkan hak-hak artis Malaysia. Antara isu yang diketengahkan beberapa bulan kebelakangan ini ialah isu kebanjiran pelakon daripada luar negara di Malaysia. Diharap dengan kemenangan ini, Zed Zaidi akan terus memperjuangkan apa yang patut dengan adil dan saksama.

Tahniah kepada Zed Zaidi atas kejayaan ini.

Written by AbangNara | May 25th, 2012

Bersempena dengan Hari Bapa, majalah online Femag telah pun mengeluarkan edisi khas untuk menghargai ayah-ayah di seluruh Malaysia. Penghias muka depan Femag edisi ini tidak lain tidak bukan Kevin Zahri. Untuk anda yang tidak tahu, Kevin Zahri merupakan seorang pelakon yang sekarang aktif menjalankan perniagaan berasaskan fitness.

femag

Dan Abang Nara turut membuat penampilan istimewa disebabkan baru sahaja bergelar ayah baru-baru ini (padahal menyelit di mukasurat 57).

femag

So tunggu apa lagi? Baca sekarang majalah Femag ini secara online untuk mendalami isi hati mereka yang bergelar ayah.

Written by AbangNara | May 25th, 2012

Jarang sekali kita dapat melihat artis-artis wanita bergaya dengan uniform sekolah. Namun nasib anda baik hari ini kerana Izara Aishah yang terlibat dengan program Astro Oh My English tampil berpakaian sedemikian semalam di majlis pelancarannya. Memang super duper cute tahap naga gaban.

izara baju uniform

Untuk anda yang masih tidak menonton rancangan Oh My English ini, anda memang kerugian besar. Program education berbentuk komedi ini sedang rancak ditayangkan di Astro TVIQ Saluran 610 pada setiap hari Ahad jam 10 pagi. Semua episodnya memang serious sangat kelakar dan penuh informasi.

Lagi 8 gambar Izara Aishah dengan uniform sekolah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit kepada RotiKaya, Facebook Izara Aishah dan Facebook Astro Oh My English.