Written by AbangNara | May 4th, 2012

Setiap malam Sabtu, Abang Nara pasti tidak akan terlepas menyaksikan konsert Mania. Bukan senang mahu melihat nama-nama besar di dalam industri nyanyian berentap. Setakat ini, feveret Abang Nara tak lain tak bukan ialah Hafiz. Setiap minggu persembahan Hafiz tidak mengecewakan.

hafiz

Minggu lalu menyaksikan 2 kumpulan iaitu Estranged dan Kristal tersingkir daripada Mania. Dan ketika artikel ini ditulis, Aril sedang mendahului dengan undian sebanyak 32%. Namun seperti yang kita semua tahu, walaupun berada di tempat pertama ketika ini, semuanya tidak bermakna ketika penyingkiran diumumkan kelak.

mania baru

Dan minggu ini bakal menyaksikan setiap peserta Mania menyanyikan 2 buah lagu. Senarai lagunya adalah:-

EMPAYAR M. NASIR

NO ARTIST SONG
1. SHILA AMZAH ANGGAPANMU (ZIANA ZAIN)

IM ALIVE (CELINE DION)

 

2. HAZAMA SEKUNTUM MAWAR MERAH (ALLEYCATS)

KISAH KAU DAN AKU MERAH (ALLEYCATS)

 

3. STACY FANTASIA BULAN MADU (SEARCH)

PROUD MARY (TINA TURNER)

 

4. EBI TUNGGU SEKEJAP ( P.RAMLEE)

KEKASIH AWAL DAN AKHIR (JAMAL)

 

EMPAYAR AUBREY SUWITO

NO ARTIST SONG
1. ADIRA JANJI MANISMU (AISHAH)

BALQIS (SITI NURHALIZA)

 

2. ALYAH JAUH DISUDUT HATI (SUDIRMAN)

KASIH (SUDIRMAN)

 

3. JACLYN JOGET ANGAN TAK SUDAH (JAY JAY)

TERASING (SUDIRMAN)

 

EMPAYAR AHMAD DHANI

NO ARTIST SONG
1. HAFIZ SINARAN (SHEILA MAJID)

LAGENDA (SHEILA MAJID)

 

2. ARIL KAU LUPA JANJI (JAMAL ABDILLAH)

BIAR BULAN BICARA (BROERY)

 

Siapakah yang akan tersingkir minggu ini? Sama-sama kita saksikan di Astro Ria saluran 104 pada jam 9 malam Sabtu ini.

Written by AbangNara | May 4th, 2012

Jutaan tahniah kepada Ahmad Fedtri Yahya dan isteri yang telah pun menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 30 April yang lalu. Bayi yang dilahirkan dengan berat 3 kilogram ini diberikan nama Indah Sutera Jannah. Indah Sutera Jannah telah dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.

gambar anak fedtri yahya

Semoga dengan kehadiran puteri sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Fedtri Yahya dan isteri. Tahniah Abang Nara ucapkan. Kepada anda yang ingin mengucapkan tahniah secara direct, boleh LIKE Facebook Ahmad Fedtri Yahya. 2 lagi gambar si comel Indah Sutera Jannah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2012

Ingatkan selepas sah menjadi isteri kepada Jejai, tidak akan ada lagi kontroversi yang melanda pelakon popular, Fasha Sandha. Nampaknya Abang Nara tersilap apabila banyak suara yang mendakwa perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga Jejai.

fasha sandha

Apabila ditanya mengenai dakwaan ini, Fasha berkata:-

Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu

Apa pun Fasha sekarang sudah bergelar isteri kepada Jejai dan kelihatan sangat bahagia. Abang Nara sendiri terharu melihat status-status update yang telah dilakukan oleh Fasha di Facebook We Love Fasha Sandha. Nampak sangat yang dia sedang bahagia di samping suami tercinta.

fasha

Sama-sama kita doakan agar rumah tangga yang dibina oleh Fasha dan Jejai kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Written by AbangNara | May 3rd, 2012

Abang Nara memang seorang peminat Yuna. Sebelum Yuna femes dulu pun Abang Nara sudah mula menulis mengenai Yuna. Kini Yuna sudah super duper femes. Namun sebagai seorang manusia biasa, Yuna masih memerlukan pertolongan kita semua untuk menjayakan The Sparkle Project.

yuna the sparkle project

Dan Yuna siap buat video untuk memohon idea-idea anda yang kreatif untuk menjayakan video klip yang bakal diambil sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note.

Setiap minggu mempunyai tema yang berbeza. Tema untuk minggu ini ialah ‘Beauty and Dreams’. Abang Nara dah ushar website The Sparkle Project dan banyak sungguh idea-idea kreatif yang telah dikongsikan. Idea-idea anda yang terpilih sama ada menerusi tulisan,gambar atau video akan dimuatkan di dalam video klip Yuna nanti. Awesome kan?

yuna the sparkle project

Abang Nara suka dengan idea tulisan yang telah diupload oleh salah seorang peminat Yuna. Kreatif sangat!!!

yuna the sparkle project

Dan Abang Nara tahu pembaca BeautifulNara semua sangat kreatif, romantik, jiwang karat dan berbakat. Jadi apa kata bantu Yuna dengan idea-idea mantap anda agar The Sparkle video klip nanti akan menjadi lebih awesome.

yuna the sparkle project

Hantarkan idea anda sekarang jugak ke The Sparkle Project Website.