Written by AbangNara | May 10th, 2012

Setelah 5 tahun menjanda, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki berbangsa Perancis, Eric Daniel Depp, 47. Untuk makluman, Nurul ialah bekas isteri kepada Ajai dan mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nadhira.

nurul huda abdul wahab

Majlis akad nikah akan berlangsung di Dutchess, Jalan Ampang, pada 6 Jun ini dan dibuat secara sederhana. Eric yang sebelum ini beragama Kristian telah pun memeluk Islam pada bulan Februari yang lalu. Eric telah melamar Nurul di hadapan ibu bapa Nurul pada 14 Februari 2011. Semoga ikatan perkahwinan Nurul kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

P.S: Menangi 2 keping tiket VIP bernilai RM600 ke konsert Maher Zain dengan hanya menjawab soalan mudah di sini.

Written by AbangNara | May 9th, 2012

Ramai artis yang memilih destinasi luar negara untuk berbulan madu. Contohnya seperti Awal dan Scha yang berbulan madu di New York. Lisa dan Yusry yang pergi berjalan-jalan sekitar Eropah. Namun bagi Fasha dan Jejai, destinasi pilihan untuk berhoneymoon mereka ialah di dalam Malaysia iaitu Pulau Redang.

gambar honeymoon fasha sandha

Abang Nara pernah pergi Pulau Redang masa kecik-kecik dulu. Pergh ~~ Memang cantik. Tenang melihat dan mendengar desiran ombak. Pasti Fasha dan Jejai pun sangat gembira dapat menghabiskan masa berdua di sana. Layankan lagi 4 keping gambar berbulan madu Fasha dan Jejai di Pulau Redang dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook We Love Fasha Sandha.

P.S: Video seorang bayi didera oleh ibunya sendiri.

 
Written by AbangNara | May 9th, 2012

Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki Elfira Loy pada bibirnya. Amcam ok tak pepatah baru Abang Nara? Elfira Loy yang sedang popular dengan drama Jangan Ambil Padang Kami khabarnya telah dilantik menjadi duta baru Maybelline menggantikan tempat Liyana Jasmay. Jutaan tahniah kepada Elfira atas berita gembira ini.

elifra loy duta baru maybelline

Menurut portal Murai, Elfira Loy yang berusia 18 tahun akan diperkenalkan di sebuah majlis yang akan diadakan esok. Gambar di atas ialah antara gambar-gambar yang diterima di dalam kad jemputan. Elfira Loy nampak menarik dengan gaya-gaya yang berbeza. Apa pun tahniah kepada Elfira Loy atas berita gembira ini. Semoga selepas ini akan lebih popular dan lebih banyak menjadi duta syarikat terkemuka.

Written by AbangNara | May 9th, 2012

Bukan senang untuk meminta maaf, namun Abang Nara respek dengan Mejar David Teo yang membuat permohonan maaf terhadap semua yang terlibat tentang isu arwah Bob Kuman baru-baru ini. Abang Nara dapat rasakan keikhlasan hati Mejar David apabila membaca tulisan di Facebook David Teo.

david teo mohon maaf

Berikut ialah permohonan maaf tersebut:-

Salam sejahtera,

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

Semoga salah faham yang berlaku akan dapat diredakan dengan permohonan maaf ini.

Page 20 of 29« First...10...1819202122...Last »