Written by AbangNara | May 29th, 2012

Lama rasanya tidak mendengar atau melihat foto terbaru Cahaya Malaika, puteri sulung hasil perkongsian Mawi dan Ekin. Rupa-rupanya pada Ahad yang lepas, telah diadakan majlis aqiqah untuk Cahaya Malaika. Majlis tersebut telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Yang penting Cahaya Malaika kini nampak sihat dan telah pun berusia 3 bulan.

gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika

Cute gila kan? Semoga Cahaya Malaika akan terus membesar sihat dan sejahtera hendaknya. Lagi 4 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Kosmo.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2012

Sememangnya Malaysia ini cuacanya panas sepanjang tahun. Jadi tidak hairanlah KL Sogo mengeluarkan baju-baju fesyen terbaru yang bersesuaian dengan cuaca di panas. Kalau dahulu Scha Al Yahya tampil dengan gaya-gaya Korean, kini Izara Aishah pula tampil dengan gaya comel yang mampu mencairkan hati para jejaka.

izara kl sogo

Abang Nara teringat kenangan zaman muda-muda dulu ikut mak ayah pergi shopping di Sogo ketika Hari Raya menjelang. Masa itu memang Sogo paling top. Balik rumah siap bangga cerita dekat kawan. Mungkin dengan pendekatan mengambil pelakon-pelakon popular menjadi model mereka, Sogo akan dapat kembali gah seperti dahulu kala.

Lagi 17 keping gambar Izara Aishah beraksi comel untuk fesyen musim panas dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada www.trendsetter.com.my.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2012

Tak lengkap rasanya kalau tidak berkongsi gambar-gambar semasa majlis pelancaran butik milik Nur Fazura yang diberi nama House of Doll. Fazura sendiri tampil anggun dengan pakaian jenama House of Doll. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan baju rekaan Fazura, anda boleh hadir sendiri ke House of Doll di Jalan Telawi, Bangsar.

house of doll

39 lagi gambar Fazura di sekitar majlis pelancaran House Of Doll dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada BuahMulut.com yang sudi berkongsi gambar-gambar ini untuk tatapan anda semua.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2012

Adakah masuk akal penggunaan lip lap untuk tajuk entri Abang Nara di atas? Abang Nara tak berapa tahu baju perempuan, tetapi rasanya baju yang Neelofa pakai untuk majalah Cosmopolitan edisi Jun 2012 akan bersinar seperti lampu sekiranya keadaan gelap. Mungkin pembaca BeautifulNara yang lebih arif tentang fesyen dapat membantu Abang Nara.

cosmo neelofa

Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Cosmopolitan Jun 2012 sekiranya anda peminat Neelofa.Kalau bukan peminat pun rasanya tak salah untuk membeli kerana banyak info lain yang boleh didapati daripada majalah ini. Tak gitu?