Written by AbangNara | May 30th, 2012

Lama rasanya tidak bercerita tentang perkembangan si cilik yang diberi nama Nur Aisyah Humairah ini. Makin besar makin comel dilihatnya. Lagi-lagi bila Nur Aisyah Humairah tampil dengan penampilan bertudung sebegini. Cute sangat kan?

aisyah

Rasa-rasa Nur Aisyah Humairah boleh menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak di luar sana sekiranya kekal dengan penampilan sebegini. Kalau anda tertarik dengan kecomelan Aisyah, sila LIKE Facebook Nur Aisyah Humairah sekarang. Lagi 12 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 30th, 2012

Ini kalau Aaron Aziz masuk Masterchef Selebriti dengan lengkap berpakaian sebegini, Abang Nara berani jamin confirm jadi juara terus sekiranya keputusan ditentukan menggunakan  undian SMS. Pasti ramai makcik-makcik, awek-awek dan gadis-gadis yang cair dibuatnya. Tak gitu?

aaron aziz chef

Sekali pandang memang nampak ada gaya dan bakat juga Aaron Aziz di dapur. Mungkinkah selepas ini Aaron Aziz ingin menceburi bidang masakan pulak? Siapa tahu kan? Jangan lupa dapatkan majalah Aroma di pasaran hari ini jugak untuk lebih banyak info terkini. Kredit gambar kepada Facebook Aroma.

Written by AbangNara | May 29th, 2012

Di kala ramai selebriti tempatan mengambil sikap merahsiakan perjuangan politik mereka, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza hari ini menyerahkan borang penyertaan keahlian UMNO hari ini. Untuk makluman, antara artis lain yang sudah pun memasuki UMNO sebelum ini ialah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Jamal Abdillah.

amy search masuk umno

Antara kata-kata Amy Search ketika sidang media kemasukannya ke UMNO ialah:-

Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya. Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.

Abang Nara tak mahu komen lebih-lebih kerana ini berkaitan dengan politik. Diharap anda juga mengambil langkah berhati-hati ketika mengomen supaya tidak terlampau dan menyentuh sensitiviti politik negara kita. Apa pun jutaan tahniah kepada UMNO kerana kini sudah mempunyai lagenda rock Malaysia sebagai salah seorang ahli mereka. Kredit info Mstar Online.

Written by AbangNara | May 29th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tomok dan isterinya, Ayu telah yang kini telah pun bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki mereka. Bayi yang masih belum diumumkan namanya ini dilahirkan dengan berat 3.33kg pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.

gambar anak tomok dan ayu

Gambar di atas telah dikongsi oleh Tomok menerusi Twitternya di @Tomok_NB_Oiam. Abang Nara ucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung ini. Selamat menempuh alam ibu bapa dan semoga anak Tomok dan Ayu akan sihat sejahtera sehingga dewasa kelak.

P.S: Maru, si kucing comel sambut ulang tahun ke 5

Page 1 of 2912345...Last »