Written by AbangNara | April 28th, 2012

Bukan senang untuk membuat sebuah filem aksi komedi, namun sekiranya nama anda ialah Afdlin Shauki, itu bukanlah satu perkara mustahil. Filem Berani Punya Budak adalah buah tangan terbaru Afdlin yang menjanjikan gelak tawa sambil anda mengkagumi pergerakan aksi-aksi menarik yang dilakonkan. Tengok trailer pun dah boleh agak yang filem ini mampu menggeletek jiwa raga anda.

Sedikit sinopsis untuk filem Berani Punya Budak untuk tatapan anda:-

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

filem berani punya budak

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah kerana kebanyakan dialog yang dilontarkan oleh pelakon daripada Thailand telah dialihbahasa oleh Afdlin sendiri. Kiranya apa yang mereka cakapkan ialah apa yang dianggap oleh Afdlin di dalam otaknya. Itu sebenarnya membuatkan filem ini menjadi lebih kelakar kerana dialog-dialog yang lucu dan tak masuk akal.

Jadi tunggu apa lagi? Pergilah tonton filem Berani Punya Budak untuk menghiburkan hati anda dengan aksi-aksi komedi daripada filem arahan Afdlin Shauki ini.

Written by AbangNara | April 28th, 2012

Abang Nara sebenarnya tidak mahu bercerita lagi tentang Zarina Anjoulie Lavocah ini namun rasanya semua orang perlu tahu kebenaran tentang gambar bercium milik Zarina yang tersebar baru-baru ini. Kesian pulak Abang Nara tengok Zarina sering dihimpit kontroversi. Untuk makluman, gambar di bawah yang tersebar adalah gambar Zarina dan abang tirinya. Mereka berdua berlainan ibu tetapi mempunyai ayah yang sama.

zarina

Menurut Zarina, hubungannya dan abang tiri sememangnya rapat sehingga sering bercium dan berpelukan jika berjumpa. Namun kemesraan mereka tidak lebih daripada adik beradik:-

elaki dalam foto itu bukanlah orang asing atau kekasih saya. Dia adalah abang tiri saya yang hanya berbeza ibu tetapi berkongsi ayah yang sama. Sebab itulah, orang melihat wajah dia tidak banyak persamaan dengan saya. Ini juga telah menyebabkan ramai yang membuat spekulasi bahawa dia kekasih saya. Jika benar dia kekasih saya, saya tidak akan bersikap bodoh untuk memuat naik gambar ini ke dalam Twitter. Begitu juga dengan menjadikanya sebagai gambar profil untuk BlackBerry Messenger (BBM). Saya dan abang tiri saya memang rapat. Kami memang selalu bercium dan berpelukan sayang seperti adik beradik lain. Bagi saya tidak salah jika bermesra dengan adik beradik sendiri

Gambar yang diambil tahun lepas itu ternyata mencetuskan kontroversi kerana ramai yang tersalah anggap lelaki di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya. Menurut Zarina, ini bukanlah kali pertama salah anggapan seperti ini terjadi.

Bila saya keluar dengan abang tiri, mesti orang cakap kami ini pasangan kekasih. Tetapi orang tak tahu, kami bermesra sama seperti adik-beradik yang lain.Apapun, saya tidak tertekan dengan gosip ini kerana bagi saya orang yang suka memperbesarkan perkara ini adalah orang yang tidak tahu kebenaran.

Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan berpuas hati dan tidak lagi memandang serong kepada Zarina. Kepada Zarina, Abang Nara nasihatkan tak payahlah upload gambar-gambar yang boleh menimbulkan kontroversi. Kan dah penat nak menjawab apabila gambar sebegini tersebar. Semoga lebih berhati-hati di masa hadapan. Info kredit portal Murai.

Written by AbangNara | April 28th, 2012

Abang Nara dapat rasakan betapa meriah dan gemilangnya majlis pernikahan Jejai dan Fasha Sandha semalam hanya daripada melihat video di bawah. Serius terasa terharu dan gembira melihat akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri. Semoga kekal buat selamanya.

Dan ada satu lagi video daripada Harian Metro di bawah untuk tatapan anda.

Nantikan gambar-gambar kualiti tinggi sekitar majlis pernikahan Fasha dan Jejai tidak lama lagi. Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru ini.

Written by AbangNara | April 28th, 2012

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Konsert Mania minggu ini ke udara di Astro Ria pada jam 9 malam. Dan tema untuk minggu ini ialah lagu duet. Kesemua peserta diberi pilihan memilih seorang penyanyi luar kegemaran mereka untuk bersama-sama menyanyikan lagu pilihan masing-masing. Abang Nara paling teruja dengan kemungkinan Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama Datuk Siti Nurhaliza. Pasti akan sangat mengujakan untuk melihat paduan 2 suara emas ini.

hafiz af

Ratu Rock Malaysia, Ella akan turut membuat penampilan istimewa berduet dengan kumpulan Kristal. Namun lagu apa yang bakal dinyanyikan masih lagi dirahsiakan. Dan masih banyak lagi pasangan duet yang dirahsiakan kehadirannya untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu kita semua. Tak sabar rasanya Abang Nara nak melekap di hadapan TV malam ini untuk melihat persembahan istimewa peserta-peserta Mania. Meh Abang Nara simpulkan sedikit persembahan yang bakal dilakukan oleh mereka.

HAFIZ
Bintang naungan empayar hijau ini agak runsing kerana sukar untuk mencari pasangan duet. Dia memilih lagu Ombak Rindu dan merancang untuk berduet dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Berjayakah dia?

ARIL
Aril memilih lagu etnik karya Dato’ M. Nasir, Ghazal Untuk Rabiah untuk dinyanyikan pada hari Sabtu nanti. Teman duet yang menjadi pilihannya adalah juara AF2 yang juga kink merupakan DJ Era FM.

ESTRANGED
Produser Muzik Ahmad Dhani tidak mempunyai masalah dengan lagu Nidji pilihan Estranged. Namun mereka masih berteka-teki mengenai pasangan duetnya. Khabarnya wanita itu adalah seseorang yang istimewa bagi salah seorang ahli kumpulan ini?

KRISTAL
Band naungan empayar Merah ini masih setia dengan genre rock mereka, lantas memilih Ratu Rock Negara sebagai pasangan duet. Lagu apakah yang akan dipersembahkan nanti?

STACY
Seperti Hafiz, Stacy juga mengalami masalah tentang pasangan duet. Dia hampir buntu setelah gagal memujuk Faizal Tahir untuk berduet dengannya. Apakah penyelesaiannya?

EBI
Ebi kelihatan selesa dengan kedudukannya yang kukuh di carta undian. Katanya mungkin ini ada kaitan dengan lagu singlenya Sayang Sabah yang kini sedang popular di Negeri Di Bawah Bayu itu.

HAZAMA
Hazama akui sedikit tertekan minggu ini kerana tidak seperti Ebi, kedudukan undiannya tidak stabil. Siapa pula yang menjadi pilihan Hazama untuk berduet nanti?

SHILA AMZAH
Shila amat gembira kerana berpeluang berduet bersama bintang yang diminatinya sejak kecil lagi. Menerusi lagu Hati Kama, dia akan berpadu suara bersama Noraniza Idris.

JACLYN VICTOR
Penyanyi naungan empayar Aubrey Suwito ini telah lama mengimpikan untuk menyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir di konsert besar seperti ini. Apatah lagi dia bertuah kerana dapat berduet dengan penyanyi asalnya, Maman dari Teacher’s Pet.

ALYAH
Alyah memilih lagu Di Persimpangan Dilema untuk konsert kali ini. Pasangan duetnya juga merupakan penyanyi asal lagu popular ini iaitu Nora J.

ADIRA
Adira akan menyanyikan lagu Ku Pinangmu Dengan Bismillah nyanyian asal Pasha Ungu dan Rossa. Tetapi, siapakah bintang misteri yang akan berduet dengannya nanti?

Siapakah yang bakal tersingkir di minggu ke 7 Konsert Mania? Sama-sama kita nantikan malam ini pada jam 9 malam di Astro Ria 104.

Page 3 of 3212345...102030...Last »