Written by AbangNara | April 6th, 2012

Semestinya manusia yang memulakan cerita nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron akan tersenyum kambing melihat gambar di bawah. Mana taknya, empunya badan terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebenar untuk membuktikan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

kad pengenalan sebenar aaron aziz

Diharap peminat Aaron Aziz dan mereka yang kurang minat dengannya berpuas hati dengan bukti kukuh yang dipertunjukkan. Apa pun, Ahad ini Abang Nara rasa Aaron Aziz bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH. Apa kata anda?

Written by AbangNara | April 5th, 2012

Buat salah memang mudah, namun mengakui kesilapan dan memohon maaf bukanlah satu perkara yang mudah. Abang Nara respek dengan Azza Elite yang sedar akan kesilapan dirinya sekaligus memohon maaf apabila tidak menutup aurat semasa majlis pernikahannya di Masjid Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

azza elite mohon maaf

Oleh kerana kesilapan ini, sebuah blog hiburan (bukan BeautifulNara) telah menulis satu artikel yang bertajuk “Apabila Artis Jahil Agama”. Walaupun tidak menyebut nama Azza Elite, artikel tersebut telah menyebabkan Azza Elite meluahkan perasaan di Twitter petang tadi.

azza elite mohon maaf

Bagi Abang Nara, agak keras untuk melabel seseorang itu jahil agama dengan hanya melakukan kesilapan begini. Lagipun bak kata Azza Elite, dia sudah pun sedar akan kesilapannya sejak hari pertama lagi. Mungkin penggunaan “jahil agama” itu agak melampau. Kalau Abang Nara kena cop jahil agama pun panas jugak hati ini dibuatnya.

azza elite mohon maaf

Azza Elite menerusi Twitternya memberi masa kepada blog tersebut untuk mengeluarkan artikel yang ditujukan kepadanya sehingga petang tadi atau akan berhadapan dengan saman daripadanya. Apa pun Abang Nara percaya kekusutan ini boleh diselesaikan secara elok. Semoga jalan penyelesaian terbaik dapat ditemui oleh kedua-dua belah pihak.

P.S: Gaji programmer Google.

Written by AbangNara | April 5th, 2012

Terasa macam membaca buku Siri Bercakap Dengan Jin pulak apabila membaca cerita tentang Mamat Sepah di portal Murai. Nampak gayanya macam Mamat Sepah terkena gangguan jin atau pun buatan orang. Mana taknya, kalau makan pun terasa macam menelan kaca. Tak ke seram tue?

mamat sepah sakit

Kata Mamat Sepah:-

Saya sudah mula rasa penyakit aneh ini sejak beberapa bulan lalu. Saya sentiasa akan rasa lemah ketika waktu magrib sehingga ke malam dan telah menyebabkan saya tidak boleh tidur.Namun setelah berjumpa dengan doktor, saya hanya diberikan vitamin dan disahkan tidak mempunyai penyakit yang serius.Terus-terang, seumur hidup, saya tidak pernah mengalami rasa sakit sebegini sehingga apabila apa jua makanan yang masuk ke mulut saya akan rasa pedih seperti menelan kaca. Saya harap sangat saya dapat kembali sihat seperti biasa.

Fuh ~~~~~~~~ Nasihat Abang Nara apa kata Mamat Sepah jumpa ustaz-ustaz ataupun Ashraf Muslim untuk berubat secara Islamik. Kadang-kala memang ada penyakit yang doktor tak dapat tahu apa puncanya namun boleh diselesaikan secara tradisional. Yang bagusnya Mamat Sepah tidak mahu kaitkan sakitnya ini dengan kena buatan daripada orang.

Ramai pihak termasuk orang yang mengubati saya di kampung berkata dia melihat saya seperti sudah terkena buatan orang dan orang itu adalah orang yang paling baik dan rapat dengan saya. Saya tidak mahu mempercayai sepenuhnya jangkaan mereka kerana saya sendiri tidak dapat bezakan orang disekeliling saya sedang bermusuh dengan saya atau tidak.Selama ini, saya bahagia apabila bersama rakan-rakan, cuma saya tidak tahulah jika ada musuh dalam selimut

Memang kena buatan orang itu ada logiknya. Sekali lagi Abang Nara berharap agar Mamat Sepah pergilah buat rawatan Islamik. Kang lagi melarat susah pulak nak carik makan. Apa pun semoga Mamat Sepah cepat sembuh dan dapat membuat lawak seperti biasa.

Written by AbangNara | April 5th, 2012

Berikutan pengeluaran gambar-gambar majlis pernikahan Adda Butterfly di BeautifulNara, Adda hari ini membuat pengakuan menerusi portal Murai yang dia memang sengaja merahsiakan perkahwinannya yang telah berlangsung 30 Mac lalu. Untuk pengetahuan, suami Adda ialah seorang duda bernama Ridzuan Mohammad.

perkahwinan adda butterfly

Adda berkata yang dia merahsiakan perkahwinannya kerana permintaan pihak keluarga lelaki yang mahukan privasi. Kata Adda:-

Sebenarnya bukan saya tidak mahu perkara ini dihebohkan tetapi saya cuma menghormati keluarga belah pihak lelaki yang mahukan privasi. Namun kami bercadang untuk mengwar-warkannya selepas resepsi yang akan kami adakan untuk pihak perempuan kelak yang akan berlangsung pada penghujung Jun ini. Walau bagaimanapun apabila gambar perkahwinan kami telah tersebar oleh orang yang tidak bertangungjawab dan sudah ada pihak media yang bertanya saya terpaksalah menjawabnya. Apa-apa pun saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku.

Hmmmm. Pernikahan kan sepatutnya diwar-warkan. Mungkin kalau taraf selebriti seperti Adda ini ada sebab khusus untuk merahsiakan perkahwinannya. Apa pun Abang Nara mohon maaf sekiranya perkongsian berita baik ini telah menggusarkan hati Adda dan suami. Untuk makluman, Adda bercinta dengan suaminya tidak sampai setahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

P.S: 10 foto yang mengemparkan dunia.

perkahwinan adda butterfly

Saya rasa ini semua kuasa Tuhan yang telah menentukan jodoh saya. Walaupun perkenalan singkat tetapi saya yakin dia jodoh saya selepas diperkenalkan oleh seorang kawan pada April tahun lalu. Malah sejak mengenalinya dia seorang yang jujur, ikhlas, mengambil berat serta bertanggungjawab terhadap diri saya. Saya juga berharap, dengan perkahwinan ini dapat menutup segala kisah cinta saya dengan Mamat Sepah.

Kepada Adda, selamat bergelar isteri dan selamat melayari kehidupan berumah tangga. Abang Nara doakan kebahagiaan anda dan suami.