Written by AbangNara | April 23rd, 2012

Ternyata ramai yang terkejut apabila konsert Mania Sabtu lepas mengumumkan penyingkiran buat Akim dan Atilia. Daripada reaksi orang ramai, ternyata penyingkiran Akim membuatkan peminat tidak puas hati. Apa pun, oleh kerana keputusan Mania adalah berdasarkan 100% undian, penyingkiran Akim bermakna peminatnya sendiri tidak melakukan undian. Tak gitu?

akim

Bagi Abang Nara, persembahan Jaclyn Victor dengan lagu Grenade pada malam konsert Mania sememangnya persembahan yang terbaik. Jadi tidak mengejutkan apabila keputusan undian diumumkan dan Jac mendahului peserta yang lain. Ternyata Jac mempunyai auranya yang tersendiri. Dan penyingkiran Atilia bagi Abang Nara ada kewajarannya kerana tiada umph faktor di dalam persembahan Atilia.

akim

Berikut ialah kedudukan undian selepas konsert pada hari Sabtu yang lepas:-

1. JACLYN VICTOR – 13%
2. EBI – 13%
3. STACY – 9%
4. HAFIZ – 8%
5. ADIRA – 7%
6. SHILA AMZAH – 7%
7. HAZAMA – 7%
8. KRISTAL – 6%
9. ESTRANGED – 6%
10. ARIL – 6%
11. ALYAH – 6%
12. AKIM – 6%
13. ATILIA – 5%

akim

Daripada keputusan undian setiap minggu, Abang Nara nampak macam si Ebi maintain di kedudukan teratas. Adakah Mania bakal menyaksikan Ebi bergelar juara? Hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi untuk konsert final Mania. Sama-sama kita nantikan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Mania.

Written by serenity | April 23rd, 2012

Dalam masa setahun sebelum ini, pelakon kacak Shahrizal telah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita. Baru-baru ini pula, hubungan Shahrizal dengan kekasihnya iaitu Mira Liyana telah putus. Shahrizal mendakwa ianya putus kerana tohmahan seseorang, manakala Mira mendakwa wujud orang ketiga dalam hubungan mereka yang menyebabkan Mira memutuskan percintaan.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Kami bagaimanapun telah menerima kiriman e-mel dari seseorang yang mendakwa Shahrizal sudah ada kekasih baru iaitu pengganti Mira Liyana. Orangnya comel, walau kami tidak tahu siapa tetapi beliau dikatakan telah beberapa kali kelihatan dengan Shahrizal di beberapa program. Kalau betul ini teman wanita terbaru Shahrizal, tahniah diucapkan. Sudah semestinya pelakon kacak seperti beliau tidak sukar mendapat pengganti.

Written by AbangNara | April 23rd, 2012

Nampaknya semakin ramai yang sudah menyertai pertandingan Samsung Global Blogger dengan menghantar video masing-masing. Abang Nara semalam sempat layan beberapa video daripada Malaysia dan ternyata anda semua memang sangat kreatif. Susah jugak kalau Abang Nara nak menang hadiah percutian ke London nie.

ke london

Video penyertaan Abang Nara masih in the making lagi. Sukar jugak rupanya nak buat video yang benar-benar berkualiti. Selain daripada mimik muka yang pelbagai, macam-macam lagi tips yang dikongsi laman web Samsung Global Blogger. Antaranya ialah:-

1. Gunakan rakaman HD supaya video nampak lebih berkualiti
2. Gunakan tripod supaya video tidar bergetar.
3. Pastikan audio jelas supaya orang dapat dengar tanpa maximumkan volume>
4. Be funny, be kreative and be yourself.

Bagi Abang Nara, contoh video yang terbaik tak lain tak bukan daripada si Jamie Oliver nie:-

Abang Nara tengah buat video yang bertemakan impian Abang Nara sekiranya terpilih menjadi Samsung Global Blogger. Dapat merasakan kemeriahan Olimpik, dapat jumpa kawan-kawan baru dari seluruh dunia, dapat jalan-jalan kat London. Dan paling penting, dapat pergi tengok stadium Manchester United. Silap-silap dapat jumpa encik David Beckham.

ke london

So tunggu apa lagi? Buat video 30 saat anda dan sertai pertandingan Samsung Global Blogger hari ini jugak.

Written by AbangNara | April 23rd, 2012

Apabila kes penceraian sudah masuk ke mahkamah, maka kesemua perkembangan dapat dikongsi bersama peminat-peminat. Untuk kes penceraian Rita Rudaini dan Aidil, Rita memaklumkan yang dia bakal membuat tuntutan nafkah sehingga ratusan ribu ringgit daripada suaminya, Aidil. Menurut Rita, Aidil sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dalam bab pemberian nafkah

rita rudaini baru

Kata Rita:-

Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan. Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa

Agaknya memang betullah kot yang bola sepak di Malaysia ini tidaklah kaya sangat. Kalau main bola di UK confirm gaji puluh-puluh ribu seminggu, di Malaysia rasanya tidaklah sampai ke tahap itu. Paling tinggi pun Safee Sali yang bermain di Indonesia. Apa pun semoga tuntutan ini dapat diterima oleh pihak Aidil agar kes mahkamah ini tidak berpanjangan. Amin ~~

Page 10 of 32« First...89101112...2030...Last »