Written by AbangNara | March 26th, 2012

Ada berita yang kurang gembira untuk kita semua selepas kekenyangan makan tengah hari. Rumah Mawi di Bangi telah dimasuki perompak kira-kira jam 4 pagi tadi dan kerugian hampir RM10,000 dilaporkan. Yang penting, Mawi dan keluarga berada di dalam keadaan selamat.

mawi dirompak

Mengikut info yang ditonton menerusi TV3 sebentar tadi, Mawi khabarnya telah diikat oleh perompak. Mawi baru sahaja pulang daripada jelajah ABPBH di Johor Bahru sekitar jam 2 pagi sebelum rumahnya dimasuki perompak 2 jam selepas itu. Ketika kejadian, Mawi, ibu mertuanya, Ekin dan anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah.

Marilah sama-sama kita doakan agar Mawi dan keluarga bersabar atas dugaan ini. Semoga kesihatan Mawi dan keluarga tidak terjejas atas kejadian ini. Amin.

Written by serenity | March 26th, 2012

Pada malam 23 Mac lepas, telah berlangsung konsert Twin Tower Alive 2012 kumpulan K-pop all-girls terkenal dari Korea Selatan, SNSD (Girl’s Generation) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Dengar khabar sambutan terhadap konsert tersebut meriah sekali. Ini pula gambar-gambar aksi mereka semasa konsert.

Photobucket


Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar SoshiCafe.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan kesenian GEMA NUSANTARA kerana menyertai segmen pencungkilan bakat kami semalam. Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan lagi pada pertengahan bulan April (14 – 15 April 2012), dan seterusnya setiap bulan sehingga Disember. Kami menantikan bakat-bakat hebat untuk menyertai segmen pencungkilan bakat kami. Pastikan anda like fanpage Bazar Seni untuk keterangan lanjut kerana kami ada pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian untuk anda! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”! Like Fanpage kami untuk keterangan lanjut.

/

 
Written by AbangNara | March 26th, 2012

Kalau dulu tragedi yang hampir sama telah terjadi kepada protege Ziana Zain, kini ianya terjadi kepada Wanie. Semalam di konsert pertama, Wanie telah digantikan oleh protege Ferhad yang baru iaitu Tisha. Menurut info daripada pihak TV3, Wanie dinasihat untuk menarik diri kerana memiliki “low blood pressure”. Namun Wanie menafikan dia dengan rela hati menarik diri sebaliknya disingkirkan.

wanie mentor 6

Wanie tidak menyalahkan mentornya Ferhad kerana baginya Ferhad sudah cukup banyak menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Semalam semasa konsert Mentor berlangsung pun Abang Nara dapat nampak riak wajah Ferhad agak kurang selesa.

wanie mentor 6

Malah hari ini Wanie telah memberikan kenyataan pada portal GUA yang dia sebenarnya tidak memiliki “low blood pressure”. Kata Wanie:-

Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.

Ada betulnya juga kata-kata Wanie itu. Mungkin sudah bukan rezeki Wanie untuk berjuang di dalam Mentor. Kalau benar-benar berminat untuk menjadi seorang penyanyi, banyak lagi caranya. Mungkin Wanie boleh cuba masuk pertandingan yang lain pulak. Tak gitu?

P.S: 10 gambar street adversiting yang kreatif.

Written by AbangNara | March 26th, 2012

Sangat meriah dan sempoi. Tersengih bak kerang busuk sebentar Abang Nara apabila melihat gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Danny X-Factor dan Lin yang telah berlangsung di Zebra Square semalam. Majlis yang diadakan secara tertutup ini diatur oleh wedding planner, Dato’ Shahreza yang merupakan wedding planner Dato’ Siti Nurhaliza.

gambar danny dan lin

Lagi 39 gambar majlis resepsi perkahwinan Danny X-Factor dan Lin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada jurugambar dan juruvideo rasmi iaitu Lhmedia.tv dan Whitesignature.