Written by AbangNara | March 4th, 2012

Hari Jumaat yang lalu, Abang Long kita iaitu Aaron Aziz telah melahirkan rasa kecewanya kepada sesetengah peminat hiburan (terutama peminat Erykah Badu) yang telah mengaitkan pembatalan konsert Erykah Badu dengan filem lakonannya, Ombak Rindu.

erykah badu

Abang Nara rasa Abang Nara ada terbaca status beberapa orang di Twitter yang berbunyi lebih kurang begini:-

Erykah Badu w tattoo, haram.Ombak Rindu,misogynist sex slavery sado-masochistic love-rape film,halal. Cheers 4 hypocrisy!

Hohoho. Patutlah Aaron Aziz mengamuk. Filem lakonannya digelarkan love-rape film. Sesiapa yang dengar pun rasanya akan panas hati. Bagi Abang Nara, tak wajar isu Erykah Badu dikaitkan dengan filem Ombak Rindu. Tak ada kaitan langsung kot.

erykah badu

Kepada Aaron Aziz, harap anda bersabar ye. Apa pula pendapat anda?

P.S: Imej 3D yang cool di kolam renang.

Written by AbangNara | March 4th, 2012

Amy Mastura. Dari dulu sampai sekarang masih maintain cute mute. Memang Amy Mastura nie wajah yang tak makan dek usia. Adakah kerana Amy Mastura mengamalkan penggunaan produk KOSE?

amy mastura

Untuk peminat Amy Mastura yang merindui dirinya, layankan 17 gambar Amy Mastura semasa sesi bertemu peminat produk KOSE dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jutaan terima kasih kepada Ministry of Moment yang sudi menangkap gambar-gambar Amy Mastura yang awesome ini.

 
Written by AbangNara | March 3rd, 2012

Boleh tahan best. Itulah kata hati suci Abang Nara apabila pertama kali mendengar lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka (bukan pemain bola sepak) featuring Zizan Raja Lawak. Namun apabila ada seorang pembaca menghantar email kepada Abang Nara supaya meneliti lirik tersebut, sememangnya ada mesej yang tidak berapa sesuai.

bawaku pergi

Antara kata-kata di dalam email tersebut:-

Kalau dengar melodi, memang sedap. Catchy je. Tapi, jika diamati semula lagu nih, kalian perasan x ada yang x kena? Lagu nih ada mention “jangan bilang sesiapa”,”kita terus ke sempadan” & sbgnya. Mommy cuba dengar sampai abes. Mungkin mereka BERNIAT UNTUK TUNJUK MUDA MUDI NOWADAYS yang buat perkara2 begini [lari dari umah]. Tapi, mcm mesej x abeh. Xde conclusion macam nasihat ke hape. Mmg gitu je.

Abang Nara pun dengan pantasnya mengkaji lirik lagu Bawaku Pergi ini dan memang ternyata ada benarnya kata-kata pengirim email tersebut. Antara bait-bait lagu ini ialah:-

tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Kalau tak salah tafsiran Abang Nara, “buku merah” yang dimaksudkan ialah passport. Adakah lirik lagu ini menggalakan remaja lari dari rumah dan seterusnya mencari keenjoyan di luar negara? Lirik sepenuhnya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa kata anda?

 
Written by AbangNara | March 3rd, 2012

ASTRO sekali lagi dengan bangganya melancarkan dua (2) buah saluran definisi tinggi (HD) baru pada 1 Mac 2012, iaitu KIX HD (saluran 729, ASTRO), sebuah saluran yang dipenuhi aksi-aksi terhebat merangkumi pertandingan seni pertahanan diri campuran ‘mixed martial arts’ (MMA), pelbagai rancangan realiti dan siri TV, serta tayangan filem lewat malam yang mengujakan dan Celestial Movies HD (saluran 309, ASTRO), sebuah saluran filem berbahasa Cina bertaraf dunia yang menawarkan filem-filem Cina blokbuster terkini dan filem-filem hit Asia secara eksklusif dan pertama di Malaysia. Melalui penambahan saluran-saluran KIX HD dan Celestial Movies HD ini, maka pelanggan ASTRO B.yond HD akan dapat menikmati 18 buah saluran HD keseluruhannya kini.

astro hd

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran KIX HD dan Celestial Movies HD di pelantar ASTRO B.yond HD. Melalui penambahan dua buah saluran ini, pelanggan boleh terus menikmati pelbagai kandungan yang bermutu dalam bentuk HD dan kami bakal melancarkan lebih banyak lagi saluran HD di masa akan datang,” kata Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi ASTRO.

astro hd

KIX HD akan bersiaran berpaksikan tema , ‘Aksi di Siang Hari, Suspen di Kala Malam’ dalam bentuk definisi tinggi. Pada bulan Mac ini, bersedialah untuk pengalaman yang menyeronokkan dengan menonton KIX HD yang menyajikan paparan pelbagai rancangan terhebat bertemakan aksi, seram serta mendebarkan dalam HD. KIX HD akan menyiarkan beraneka macam rancangan TV yang akan membuatkan adrenalin para penonton berderau seperti A Yaksha, sebuah siri (12 episod) drama aksi epik era Joseon di zaman purba Korea, yang telah mendapat penilaian tertinggi di sana. Nantikan juga siri kejohanan seni mempertahankan diri ekstrem, iaitu DREAM 2012, sebuah program tahunan MMA wajib tonton yang dipentaskan di Saitama, Jepun yang memaparkan lagenda Fedor Emelianenko menentang bintang sukan angkat berat Satoshi Ishii. Bukan itu sahaja, para pencinta filem juga boleh menantikan filem-filem seram dan juga aksi lasak antarabangsa yang akan membuatkan anda terpaku di tempat duduk masing-masing.
astro hd

Di saluran Celestial Movies HD pula, pelanggan ASTRO B.yond HD akan dapat menikmati filem-filem blokbuster Cina dari Hong Kong, China, dan Taiwan serta produk-produk hit Asia lain dalam bentuk HD. Celestial Movies HD juga akan menampilkan program-program menarik di belakang tabir serta perkembangan berita dunia hiburan terkini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton tayangan perdana esklusif filem-filem blokbuster Cina di Celestial Movies HD antaranya The Sorcerer and The White Snake, Overheard 2, 1911, A Beautiful Life, My Kingdom dan Virtual Recall. Semua pelanggan ASTRO B.yond HD akan berpeluang untuk menonton Celestial Movies HD untuk suatu tempoh yang terhad, apabila saluran ini hanya akan dapat ditontoni oleh pelanggan New Emperor Pack kemudiannya selepas tamat tempoh itu.

astro hd

Kini, ASTRO B.yond HD menawarkan 18 buah saluran HD dan penonton boleh terus menikmati pengalaman HD yang tiada tolok bandingannya dengan pilihan program dari sekitar rantau ini dan antarabangsa, hanya dengan ASTRO B.yond HD. Saluran-saluran ini termasuk ONE HD, ASTRO Lifestyle HD (Food Network Asia HD & Li HD), AXN Beyond HD, AXN HD, HBO HD, Fox Movies Premium HD, FX HD, StarWorld HD, Sundance Channel HD, Discovery HD World, National Geographic HD,History HD, Astro Supersport HD & HD 2, ESPN HD, ASTRO Zhi Zun HD serta KIX HD dan Celestial Movies HD yang baru dilancarkan.
astro hd

Sementara itu, bermula 1 Mac 2012, semua pelanggan ASTRO akan dapat menikmati ESPNews (saluran 818, ASTRO). Para peminat sukan yang melanggani ASTRO Family Pek turut dapat mengikuti perkembangan terkini dunia sukan melalui ESPNews; saluran yang memberikan perkembangan terbaru dunia sukan 24 jam sehari.

astro hd

Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk mendapatkan ASTRO B.YOND HD dan untuk pengalaman menonton definisi tinggi yang tiada bandingan, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my/byond untuk keterangan lanjut.

Page 30 of 33« First...1020...2829303132...Last »