Written by AbangNara | March 29th, 2012

Romantik juga bakal suami Fasha Sandha, Jejai ini. Bersempena dengan hari jadi Fasha, Jejai telah mengadakan satu majlis kejutan untuk tuan puterinya. Daripada gambar-gambar yang dilihat, Abang Nara dapat bayangkan layanan yang diterima oleh Fasha bak seorang puteri.

gambar sambutan hari jadi fasha

Siap ada selempang macam ratu cantik lagi. Dan kek hari jadinya pula adalah berbentuk mahkota. Mungkin Jejai ingin menyatakan bahawa Fasha adalahh ratu hatinya. Kira jiwa sentimental jugaklah Jejai ini. Memang respek habis. Lagi 3 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 29th, 2012

Anuar Zain. Pasti semua orang teruja dengan kehebatan dan kelantangan suara milik jejaka terhangat di Malaysia ini. Abang Nara kalau dengar Anuar Zain buat persembahan secara live di kaca TV, memang meremang bulu roma dibuatnya. Tak salah kalau nak katakan Anuar Zain memiliki suara emas.

anuar zain

Dan kini anda berpeluang untuk bertentang mata dengan penyanyi kegilaan ramai ini di Minggu Setiausaha 2012. Untuk makluman, Anuar Zain adalah salah seorang penyanyi kegemaran ketika Minggu Setiausaha. Dan untuk tahun 2012, Anuar Zain akan membuat persembahan di Kuala Lumpur Convention Centre (10 April) dan The Zone Regency Hotel Johor Bahru (17 April)

anuar zain

Khas untuk pembaca BeautifulNara, pihak penganjur telah sudi untuk menghadiahkan 2 keping tiket kepada pembaca yang bertuah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan komen terbaik “Mengapa Anda Suka Anuar Zain” di ruangan komen di bawah. Pastikan email yang digunakan adalah sama dengan email di Facebook anda untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah.

anuar zain

Namun sekiranya anda memang peminat setia Anuar Zain dan ingin mendapatkan terus tiket persembahan Anuar Zain untuk Minggu Setiausaha 2012, anda boleh membelinya secara terus di www.ticketpro.com.my. Kalau anda seorang boss, apa kata hadiahkanlah sekeping tiket untuk setiausaha anda bersantai bersama Anuar Zain.

anuar zain

Fuh. Cuba bayangkan anda dapat menatap wajah kacak Anuar Zain betul-betul di hadapan mata anda. Memang puas hati kan? So tunggu apa lagi? Tinggalkan komen terbaik anda ataupun dapatkan tiket di www.ticketpro.com.my.

UPDATE: Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 35% untuk tiket Minggu Setiausaha Anuar Zain dengan membeli di laman web I Love Discounts.

Written by AbangNara | March 29th, 2012

Argh ~~~ Pasti ramai yang bertambah kecewa apabila seorang demi seorang artis wanita hot di Malaysia mengumumkan status mereka sebagai not available. Yang terbaru, Fouziah Gous membuat pengakuan ekslusif kepada Mstar Online yang dia sekarang sedang bercinta dengan seorang Datuk Seri yang berstatus duda.

fouziah gous bercinta

Kata Fouziah Gous:-

Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini.

Apabila ditanya tentang kelibat dirinya yang sering kali dilihat bersama dengan kekasihnya itu di acara-acara hiburan, Fouziah Gous berkata:-

Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain.

Kepada yang kecewa dengan berita ini, jangan sedih-sedih. Doakanlah kebahagiaan Fouziah Gous. Kalau sudah memang tertulis jodohnya dengan Datuk Seri ini, semoga segala urusan ke arah itu dipermudahkan. Tahniah kepada Fouziah Gous sekali lagi atas berita gembira ini.

Written by AbangNara | March 29th, 2012

Memang seperti pinang dibelah dua sungguh pasangan berdarah manis ini. Sama kacak sama cantik. Majlis pun nampak sangat meriah sekali. Tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Liyana Jasmay yang kini telah selamat menjadi tunangan kepada Fathuddin Mazlan.

gambar majlis pertunangan liyana jasmay

Lagi 24 keping gambar sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Page 3 of 3312345...102030...Last »