Written by serenity | March 30th, 2012

Amanda Imani sering dilihat menampilkan gaya tersendiri di majlis-majlis yang dihadirinya, menyebabkan penampilannya diingati. Menurut laporan portal Murai, Untuk majalah WW (Wanita & Wawasan), Amanda muncul untuk edisi April 2012 dengan gaya ala Megan Fox.

Bagi kami gambar Amanda cantik sekali, dengan rona biru dan bibir merah ros metalik menyerlahkan kecantikan Amanda.

Majalah tersebut akan menampilkan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai penghias muka hadapan. Jadi jika anda berminat untuk melihat gaya Amanda denga lebih lanjut, bolehlah mendapatkan majalah WW edisi April ini. Konsep yang begitu menarik sekali. Kredit gambar, Facebook Amanda Imani.

***

Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah bakal diadakan pada 31 Mac 2012 (esok). Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan Tasik, KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.


Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ’shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 088 237052/057 atau 03 2052 3600 / 3702 / 3703 atau melayari http://www.jkkn.gov.my

Written by AbangNara | March 30th, 2012

Khas buat peminat Liyana Jasmay, Abang Nara kepilkan lagi 14 keping gambar sekitar majlis pertunangan selebriti kegemaran anda. Apa yang membuatkan Abang Nara tertarik dengan majlis pertunangan ini ialah pelaminnya yang sangat cantik. Kalau tak silap pelamin tersebut diletakkan di halaman rumah. Memang grand.

gambar tunang liyana jasmay

Lagi 13 keping gambar sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

P.S: Gambar askar Amerika dalam kapal terbang ke Afghanistan

 
Written by AbangNara | March 30th, 2012

Tak ada angin tak ada pokok, tiba-tiba di Harian Metro hari ini ada artikel berkaitan dengan Rozita Che Wan yang dikhabarkan bakal menjadi isteri baru suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk K. Menurut Rozita Che Wan, ini satu fitnah yang sangat besar dan tidak masuk akal langsung.

rozita che wan datuk k

Dakwaan yang khabarnya dikeluarkan oleh laman blog dan portal hiburan ini menyatakan yang Rozita Che Wan bakal menjadi isteri baru kepada Datuk K. Rozita Che Wan berkata:-

Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yag dikenali dengan nama “S” dua tahun lalu, saya masih belum bertemu jejaka pilihan hati. Saya dan anak amat meminati Datuk Siti Nurhaliza. Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama artis.

siti
Rozita Che Wan mengakui yang pelik bagaimana isu ini boleh timbul sedangkan dia tidak pernah berjumpa, mengadakan temu jani apa lagi merancang untuk berkahwin dengan Datuk K. Manakala Datuk Siti Nurhaliza yang dihubungi enggan memperbesarkan perkara ini kerana sudah lama dan sama sekali tidak wujud. Kata Datuk Siti:-

Saya berharap mana-mana laman blog portal hiburan yang mahu mencetuskan kontroversi, jangan palit kepada orang lain, sebaliknya menyampaikan maklumat secara telus dan berdasarkan bukti

Diharap Rozita Che Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K tidak ambil pusing dengan dakwaan yang sangat tidak logik ini. Semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik 3 insan ini.

Written by AbangNara | March 29th, 2012

Lama rasanya tak mendengar khabar atau melihat gambar-gambar terbaru pasangan pengantin yang masih hangat ini iaitu Lisa Surihani dan Yusry. Semalam mereka berdua telah menghadiri majlis pertunangan sahabat mereka iaitu Liyana Jasmay. Kedua-duanya nampak sangat bahagia.

gambar lisa dan yusry terbaru

Lisa Surihani nampak agak berisi di dalam gambar di atas. Kata orang, kalau berisi itu tandanya bahagia. Yusry pula seperti biasa masih maintain kacak. Senang cerita, kedua-duanya nampak sangat-sangat gembira melayari alam perkahwinan. Lagi 5 keping gambar terbaru Yusry dan Lisa Surihani dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Ryaniez Moments Photography kerana sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini.

 
Page 2 of 3312345...102030...Last »