Written by serenity | February 28th, 2012

Suami pelakon Nadia Mustafar yang juga penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri dibelasah 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pukul 5.30 pagi kelmarin.

Harian Metro melaporkan, kumpulan lelaki itu dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana terdapat perselisihan faham dengan Hazil mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian itu, Hazil berkata dia baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat krew penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran. Mereka kemudiannya didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada krew penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum pertengkaran berlaku.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul krew saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Tambahnya, dia tidak tahu motif dipukul sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat setelah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Hazil dikatakan juga  perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya. Macam-macam ceritanya. Sampai macam tu sekali dipukul kerana rokok, seriau membaca penerangan Hazil. Dia kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar.

Written by serenity | February 28th, 2012

Awal pagi tadi, pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Ifa Raziah telah mengumumkan yang bekas juara Akademi Fantasia ke-3, Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Ekin telah mendapat bayi perempuan melalui Twitter.
Tahniah diucapkan kepada Mawi dan Ekin atas kelahiran ini. Sekiranya ada gambar atau sebarang berita lanjut, akan kami kemas kini kemudian.

Photobucket

Edit: Bayi Mawi dan Ekin lahir pada pukul 4.00 pagi.

***

Written by AbangNara | February 27th, 2012

Di kala seluruh rakyat Malaysia sedang teruja dengan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry, dalam diam Fasha Sandha telah mengupload sekeping gambar dirinya bersama Jejai menerusi Facebook We Love Fasha Sandha. Gambar ini jelas menunjukkan yang mereka berdua sedang berada di dalam butik pengantin.

jejai dan fasha

Malangnya tiada sebarang description yang ditulis oleh Fasha Sandha mengenai gambar yang diuploadnya ini. Namun menurut firasat Abang Nara, kemungkinan besar mereka berdua pergi bersama-sama ke butik ini untuk melihat rekaan baju pengantin. Persoalannya, adakah baju pengantin tersebut untuk mereka berdua?

Tiba-tiba kat rumah Abang Nara nie terbau nasi minyak pulak. Jeng jeng jeng.

P.S: Ilusi lubang 3D yang menimbulkan rasa seriau.

Written by AbangNara | February 27th, 2012

Abang Nara baru terbaca komen-komen anda yang pelik kenapa Lisa Surihani dan Yusry kelihatan masam di dalam gambar-gambar yang Abang Nara kongsikan sebelum ini. Sebenarnya gambar tersebut kebanyakannya diambil semasa bacaan doa sedang dilakukan. Itu yang muka serius sikit tue. Sila jangan buat konklusi sendiri ye.

lisa dan yusri

Lagi 12 gambar sekitar majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Mstar dan GUA.

 
Page 4 of 31« First...23456...102030...Last »