Written by AbangNara | February 13th, 2012

Satu perkara yang Abang Nara benar-benar tabik spring kepada Siti Nurhaliza ialah kebijaksanaanya untuk menceburi bidang perniagaan. Bukan semua artis yang mampu untuk melancarkan satu produk kecantikan dan bersaing dengan puluhan produk antarabangsa di Malaysia. Namun Siti Nurhaliza membuktikan yang anak Melayu juga mampu berjaya dengan cara yang tersendiri.

siti nurhaliza

Dan pada 11 Februari 2012, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun melancarkan produk Simply Siti yang terbaru iaitu Dermagic di 1Borneo, Kota Kinabalu. Khabarnya produk Dermagic ini terjual dengan laris sekali. Siapa taknak gunakan produk dan mendapat wajah yang mulus seperti Siti Nurhaliza kan?

Lagi 13 keping gambar Siti Nurhaliza sekitar majlis pelancaran produk Dermagic Simply Siti di Kota Kinabalu dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Picaedo Photography. Anda boleh LIKE Facebook Picaedo Photography sebagai tanda terima kasih kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini.

P/S: (14 GAMBAR)Seni Pagar Yang Kreatif

 
Written by AbangNara | February 13th, 2012

Semalam semasa membaca BiPop, Abang Nara sangat tertarik dengan tulisan Raja Nurfatimah Mawar. Tak lain tak bukan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh Rita Rudaini. Izinkan Abang Nara berkongsi tulisan Raja untuk tatapan anda semua.

rita

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-

Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.

Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.

Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.

Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.

Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?

Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.

Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.

Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?

Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.

Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!

Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.

Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.

Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.

Kepada Raja, artikel anda kali ini memang terbaik. Abang Nara respek sangat-sangat. Semoga Aidil membaca artikel anda dan seterusnya terbit rasa keinsafan dalam dirinya.

Written by serenity | February 13th, 2012

Pada malam 11 Februari 2012 lepas, satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-23 telah diadakan di Bora Asmara, Jalan Penchala. Ramai yang hadir ke majlis tersebut, termasuk keluarga Neelofa yang besar, rakan-rakan, selebriti dan para peminat Neelofa yang dipanggil Lofers, yang turut menganjurkan majlis ini.  Antara selebriti yang hadir ialah Awal Ashaari yang juga merupakan pengacara majlis, Ana Raffali, Zain Saidin dan Iqram Dinzly,

PhotobucketSebenarnya ada beberapa berita terbaru tentang Neelofa, jadi kami akan senaraikannya dalam bentuk poin untuk memudahkan anda diges:-

1)      Neelofa akan memulakan perniagaan kasutnya. Dia telah pun siap membuat rekaan dan menghantar rekaannya ke kilang, produk kasut yang dihasilkan itu akan dijenamakan dengan namanya dan mula dijual.

2)      Neelofa sudah muncul sebagai model bagi katalog Avon terbaru dan kelihatan anggun dalam katalog tersebut.

3)      Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah memilih Neelofa sebagai pereka untuk kasut perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tahun ini.

4)      Lakonan Neelofa dalam telefilem komedi Ijam Non Yankee bersama Awal Ashaari dan Faezah Elai yang ditayangkan dalam slot cerekarama di TV3 Sabtu lepas mendapat sambutan baik para peminat.

Kredit gambar kepada REDPhotography, sila like beramai-ramai. Lagi 43 gambar selepas jump.

***

Buat julung kalinya Fiesta Seni Budaya Perak (FSBP) 2012 akan diadakan di negeri Perak. Matlamat tetap jitu iaitu menyemarakkan seni budaya dalam kalangan masyarakat terutama rakyat di negeri Perak. Pendekatan JKKN Perak dan Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Kebudayaan Negeri bertujuan memperkenalkan produk seni budaya melalui elemen seni muzik, teater, tari, visual, kraf tangan dan pelbagai elemen seni lain lagi. Fiesta ini aka berlangsung selama 3 hari iaitu  17-19 Februari (Jumaat -Ahad),  10.00 pagi- 10.00 malam di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Keterangan lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di talian 05-2537001, Puan Fairus binti Alias.

 
Written by AbangNara | February 13th, 2012

Akhirnya selepas tersebar gambar mesra Shila Amzah dan Sharnaaz semasa menghadiri AJL26, mereka berdua telah tampil ke hadapan dan mengakui sedang bercinta. Pasti ramai lelaki di luar sana yang meminati Shila Amzah akan patah seribu mendengar perkhabaran ini. Sabar ye semua ~~

shila bercinta dengan sharnaaz

Kata Sharnaaz:-

Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya. Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan. Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali. Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak.

Beruntunglah Sharnaaz dapat seorang kekasih yang begitu memahami dirinya. Kalau dah 27 tahun tue, memang molek benarlah berfikir tentang mendirikan rumah tangga. Abang Nara doakan agar percintaan mereka berdua ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kepada peminat Shila Amzah dan Sharnaaz, kalau anda kecewa dengan berita ini, silalah pergi karaoke dan nyanyikan lagu Patah Seribu sampai pecah anak tekak. Hehehe. Kredit berita Mstar.

P.S: 10 gambar penjelmaan misteri di dalam foto di Malaysia.

Page 20 of 31« First...10...1819202122...30...Last »