Written by AbangNara | January 29th, 2012

Akhirnya AJL26 melabuhkan tirainya dengan keputusan yang telah Abang Nara teka. Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. Satu keputusan yang bagi Abang Nara tidak ada kontroversi.

awan nano juara ajl26

Keputusan lain menyaksikan Hafiz merangkul vokal terbaik dengan lagu Awan Nano dan Alyah berjaya menggondol persembahan terbaik. Tahniah kepada semua pemenang. Sebentar nanti Abang Nara akan update gambar blue carpet AJL26. Tahniah sekali lagi.

Written by AbangNara | January 29th, 2012

Sebentar lagi, siaran langsung AJL26 akan ditayangkan tepat jam 9 malam di TV3. Jutaan peminat muzik tanah air pastinya berdebar-debar menunggu persembahan istimewa daripada 12 finalist AJL26. Dengan tema air, AJL26 menjanjikan sesuatu yang unik. Dan untuk makluman, ada tribute kepada Allahyarham Sudirman malam ini.

siaran langsung keputusan terkini ajl26

Abang Nara akan update keputusan daripada masa ke masa di sini untuk tatapan anda semua. Untuk ulasan secara langsung, silalah follow Twitter BeautifulNara. Selain komen di sini, anda jugak boleh memberi pendapat anda di Facebook BeautifulNara. Apa pun, good luck and the best kepada semua finalist AJL26.

Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano

Update secara langsung:
1. Persembahan pembukaan oleh penyanyi feveret Abang Nara, Jamal Abdillah. Weee ~~~
2. Fuh. Persembahan Awie terus membakar semangat AJL26. Mantop babe ~~~
3. Sheila Majid la pulak. Kenapa semua mantap-mantap untuk opening show nie? Arghh
4. Fuh ~~ Terkagum sebentar dengan persembahan tiga legend sebentar tadi. Persembahan 12 peserta selepas ini. Sama-sama kita nantikan.
5. Persembahan pertama daripada Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia.
6. Arrangement muzik yang sangat berlainan daripada lagu asal daripada Projek Pistol. Mantap dan sedap didengar.
7. Persembahan seterusnya oleh Jacyln Victor dengan lagu Sedetik Lebih.
8. Not bad jugak kan Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih. Lebih kurang tahap Abang Anuar Zain gak la.
9. Monoloque dan Atilia pulak. Yeah ~~ Lagu feveret gak nie.
10. Comel gila rambut Atilia. Lagu nie memang susah sikit nak nyanyi time live rasanya. Good effort anyway.
11. Yuna muncul untuk lagu Gadis Semasa. Memang arrangement lain 100% nie. Nice ~~
12. Nice outfit Yuna. Menarik tertarik kau memang da bomb.
13. Lagu Kalau Berpacaran pulak. Lagu best nie. Banyak nasihat.”
14. Serius comel sangat lagu Kalau Berpacaran nie. Ana Rafali nampak hijau gitu.
15. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Adakah dia akan menang?
16. 16 tahun dan dah masuk AJL. U go girl.
17. Juara Anugerah Mobile Celcom jatuh kepada lagu Sedetik Lebih.
18. Persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Karma. Ada orang kata ini adalah persembahan terakhir daripada Faizal untuk AJL. Layan ~~
19. Terbakar piano dibuatnya oleh Faizal Tahir
20. Seramai 30 orang juri telah digunakan untuk memilih lagu terbaik AJL26. Harap-harap tiada kontroversi.
21. Alyah dengan lagu Kisah Hati sekarang. Siapa sebenarnya manusia yang bernama Manusia Putih yang mencipta lagu ini?
22. Fuh. Starting pun dah sedap dah Alyah nie. Baju pun cantik gak. Nice
23. Arghhhh. Napa Remy Ishak muncul dan memeluk Alyah. Mesti ramai yang panas.
24. Sungai Lui daripada Aizad. Melodi yang mampu melegakan jiwa.
25. Aizad membuktikan yang bakat adalah segalanya. Kurang rupa sikit pun tak apa.
26. Hebat benar orang yang melukis kat belakang semasa persembahan Aizad nie.
27. Yuna dengan lagu Penakut. One of Abang Nara punya favourite song jugak.
28. Good persembahan daripada Yuna, sekarang ini lagu kegemaran ramai, Awan Nano daripada Hafiz akan didendangkan.
29. Awan Nano nano nano nano nano.
30. Beribu Sesalan sekarang ini. Adakah lagu feveret kebanyakan peminat muzik ini akan merangkul gelaran juara?
31. Memang meletop 3 Suara bawak lagu Beribu Sesalan. Meremang bulu roma.

Written by AbangNara | January 29th, 2012

Bukan senang untuk mengahwini seorang lelaki yang sudah pun bercerai untuk 2 kali, namun bagi Rahayu Rosli, Roslin Hashim adalah lelaki terbaik yang pernah dijumpainya. Semalam di Ukay Perdana, majlis persandingan 2 mempelai baru yang bernikah pada 28 Disember ini telah selamat dilangsungkan. Kedua-duanya nampak cantik bergaya.

isteri roslin hashim

Berikut ialah kata-kata Rahayu Rosli yang ditemui oleh wartawan Metro semalam:-

Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini. Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya. Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu.

Abang Nara doakan kebahagiaan Roslin Hashim dan isteri. Perkara yang lepas jangan dikenang. Mungkin ada sebabnya yang kita sendiri tidak ketahui. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

Beberapa keping lagi gambar Roslin Hashim dan isteri, Rahayu Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 28th, 2012

Akhirnya pentas Pilih Kasih 3 yang akan menyaksikan  pertarungan hebat antara 16 peserta untuk bergelar juara akan bermula tidak lama lagi. Setiap hari Ahad,  bermula 5 Februari pada jam 9 malam di TV2, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan dikeudarakan secara live.

pilih kasih 3

Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

pilih kasih 3

Sementara itu Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.

pilih kasih 3

Sila baca entri ini sepenuhnya untuk mengenali dengan lebih mendalam 16 peserta program Pilih Kasih 3 yang kesemuanya mantap-mantap belaka:-

 
Page 4 of 39« First...23456...102030...Last »