Written by serenity | January 1st, 2012

Tahun 2011 boleh dikatakan satu tahun yang banyak merubah kehidupan si cantik manis Neelofa Mohd Noor. Selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010, nama Neelofa meniti bibir peminat bukan saja kerana penampilannya, malah kontroversi yang melibatkan dirinya. Dia pernah dikatakan menjadi orang ketiga perhubungan antara Maria Farida dan Shahz Jaszle (yang akhirnya putus dan masing-masing kini membawa haluan sendiri), dan ada antara pelakon tanahair yang terang-terang membidas Neelofa di laman sosial. Tetapi yang nyata, Neelofa tegar menghadapi semua kontroversi dan bukan itu saja, rezekinya dalam bidang seni melimpah ruah. Melalui Portal Murai, Neelofa menyatakan:-

Memang betul tahun ini saya mula menceburkan diri dalam bidang seni dan tahun ini juga pelbagai kontroversi terkena pada diri saya. Apa yang boleh saya katakan saya menjadi mangsa keadaan sehingga tercetusnya segala kontroversi tersebut. Malah disebabkan kontroversi itu juga, saya rasa ada yang tidak suka saya dan ada juga mengenali saya.

Tetapi saya melihatnya dari sudut positif kerana dengan kontroversi juga diri saya dikenali.

Tahun ini, hanya drama lakonan saya saja yang ditayangkan di televisyen antaranya Jiwa dan Lara, Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta. Jadi orang lebih mengenali saya melalui kontroversi. Namun saya bersyukur makin banyak saya diuji, semakin banyaklah rezeki yang saya dapat.

Alhamdulillah, semoga tahun hadapan orang ramai dapat melihat hasil kerja saya kerana lima buah filem saya akan ditayangkan antaranya Azura 2012, Lemak Kampung Santan, Taiko dan SAM serta dapat melihat saya mengacarakan program Nona.

Menurut Neelofa yang merupakan penuntut di Universiti Kolej Sunway dengan major berganda dalam pengajian peringkat sarjana muda untuk bidang perdagangan antarabangsa dan pemasaran ini, dia berharap yang peminat akan menilai bakatnya melalui hasil kerjanya:-

Harapan saya semoga apabila mereka melihat hasil kerja saya nanti, sekurang-kurang mereka akan dapat menerima saya seadanya.

Dan mengenai kritikan atau kutukan yang diterimanya dari haters:-

Saya tahu ada yang benci saya dan saya tidak mahu memikirkan perkara itu dengan serius. Saya mahu buang jauh-jauh perkara itu dan lebih selesa memajukan diri saya ke arah kebaikan.

Semua itu menjadi semangat untuk saya terus maju ke hadapan tanpa perlu memikirkan kata-kata orang lagi.

Di samping itu, kami difahamkan Neelofa ialah wajah segar terbaru yang menjadi duta barangan kosmetik dan perhiasan wanita Avon, dan dia juga diundi sebagai artis kedua tercantik selepas Ayu Raudhah dan sebelum Rozita Che Wan untuk undian “5 Artis Tercantik” anjuran MyMetro. Kredit gambar Neelofa Official.

Written by serenity | January 1st, 2012

Malam semalam, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Dato’ Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin. Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu. Dato’ Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Kami kira ini hanya salah faham sesetengah pihak berkenaan kenyataan Dato’ Siti. Dia khabarnya hanya berkata dia berharap untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012. Tapi tak kisahlah, kami berharap hajat Dato’ Siti yang melangsungkan perkahwinan dengan suami, Datuk Seri Khalid pada tahun 2006 untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik saja.

Written by serenity | January 1st, 2012

Pelakon Fasha Sandha telah muncul sebagai penghias kulit muka hadapan majalah Pesona Pengantin untuk Januari 2012. Dengan gaun berwarna kuning jagung, dia tampil anggun dan antara yang dibicarakan di majalah ini ialah harapannya untuk berbahagia di penghujung cinta. Kami kira ini berkait dengan gosip sekitar akhir tahun lepas yang Fasha akan menamatkan zaman bujangnya dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram, bekas suami pelakon comel Nora Danish sekitar tahun 2012 ini:-

Menariknya, pasangan kekasih yang sebelum ini agak merahsiakan percintaan mereka dari umum seolah-olah memberitahu dunia tentang kebahagiaan mereka melalui laman sosial Twitter apabila, Jejai telah tweet kata-kata manis kepada Fasha dan dibalas pula oleh pelakon wanita itu:-

Written by serenity | January 1st, 2012

Baru-baru ini, Izreen Azminda telah mengumumkan dia akan berkahwin dengan Mohammad Riza Baharuddin, seorang krew produksi tetapi pelbagai cerita telah ditimbulkan oleh individu tertentu tentang tunangnya itu. Antara yang kami dengar, Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud, tetapi telah meninggalkan wanita itu ketika sedang sarat mengandung anak pertama. Bukan itu saja, Riza juga dikatakan masih tunangan seorang wanita bernama Rafeda yang juga pernah menggugurkan kandungannya hasil hubungan dengan Riza kerana pada masa itu Riza masih merupakan suami Julia. Pihak Harian Metro telah menghubungi Izreen, dan Izreen menyatakan:

Perempuan itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun.

Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.

Izreen yang mendapat pujian ramai kerana lakonannya dalam drama Tentang Dhia mendakwa dia percayakan tunangnya itu:-

Pun begitu, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan mengenai masa silamnya. Yang penting, saya percayakan tunang saya. Saya ada bercakap dengannya pasal isu ini dan meminta dia berterus terang jika ada perkara yang cuba disembunyikan daripada saya.

Saya harap sangat satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kebenaran, siapa benar dan siapa salah.

Kalau boleh, saya mahu fokus dengan karier dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak nafikan kadangkala kontroversi boleh membantu menaikkan nama artis, tapi pada masa sama ia boleh buat saya ‘down’ dan memberi kesan kepada kerjaya saya.

Orang kata, kalau dah cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Kita sebagai orang luar hanya boleh memerhati, dan berharap Izreen akan berbahagia dengan keputusan yang diambilnya. Buat pengetahuan anda, Izreen telah pun bertunang dengan Riza semalam, dalam satu majlis sederhana di rumah Izreen di Alor Setar, Kedah dan hanya dihadiri oleh teman rapat dan ahli keluarga.

Page 39 of 39« First...102030...3536373839